Masa Tidak Mengizinkan

Lately ni busy teramat. Nak jenguk blog sendiri pun tak sempat, apatah lagi nak skodeng blog-blog blogger yang lain. Dapat bos kecik baru, peelnya lain sikit. Semuanya nak ditukar. So, cheq kena rombak dan atur semula. Yang paling pening kena buat kerja yang orang tinggalkan. Tak tahu hujung pangkal, kena mula dari zero.

Siang-siang cheq kerja opis hour. Ni plak dah 2 malam turut-turut bermeeting. Balik rumah, bergurau senda dengan anak-anak, pastu masuk tidur. Kat opis walaupun komputer sentiasa ada depan mata, cheq tak pernah guna untuk bersosial. Hatta waktu rehat sekali pun. Senang guna phone sendiri. Nak karang cerita untuk blog memang tak sempat, just update status dalam fb ja.

Disebabkan tu, cheq tak sempat nak berblogwalking, baca komen, reply komen, balas apa-apa yang ditag untuk cheq ni. Bukannya sombong tau. Sekali-sekala tu ada jugak menyampuk dalam blog-blog sapa-sapa dan balas komen.

Insyaallah, pasni kalau ada kelapangan cheq akan balas kunjungan pengomen-pengomen di blog cheq dan pulun berblogwalking. Entry ni pun cheq karang masa tengah meeting. Ok lah, bos dah jeling kat cheq tu.

K..bye

Ihsan dari pakcik google

19 comments:

  1. Wah..hebat mama karang entry dlm meeting ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bosan sue. hari-hari meeting benda yang sama.

      Delete
  2. singgah malam disini hehehe.. terbaik

    ReplyDelete
  3. Tak pe akak. Mengerti. Hehehe. Sempat lagi ye menulis dlm meeting. \(^▽^@)ノ

    ReplyDelete
  4. heheheh smpt karang mase meeting tu mama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sampai turn saya kena marah lagi. hahaha

      Delete
  5. dah tak sibuk nanti boleh menyinggah umah yg lain..

    ReplyDelete
  6. paham2. hehe. dunia kita bukan tertumpu pada blog saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tapi kalau sehari tak tengok blog, macam tak kena plak

      Delete
  7. Amboi kak update depan bos. Nasib x ajak selfie. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. taknak la ajak dia berselfie. rosak gambar akak nanti...hehehe

      Delete
  8. busy sungguh tuu. xpe kak.. kite mgerti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersambung-sambung kerja...tak sabar nak cuti ni

      Delete
  9. sempat lagi tu up entri time meeting...HEBAK hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... bos cakap, kita angguk-angguk jer. tapi apa pun tak masuk dalam kepala otak ni.

      Delete
  10. haha menyempat update, caya lah~

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.