SUPRISE : Hadiah Dah Sampai

Mintak mahap, minta mahap..
Tak sempat nak menulis ceritanya tapi dah tekan publish.
Kenapa kau ni Ann oiiii??? Dah ada orang tanya dah dapat hadiah dari mana.
Meh nak bercerita.

Pagi ni masuk ofis... Mak aiiii, suprise.
Atas meja penuh dengan fail...huhuhuhu ( macam nak pengsan sat )
Penangan 2 hari setengah tak masuk opis.
Di sebalik fail-fail yang banyak tu, ada parcel.
Senyuman terukir, semangat nak buka parcel okk.
Bukannya semangat nak buat kerja.


Bungkusan pertama ni cheq dapat dari sis Fuza Musa
Dapat shawl cantik ni sempena cheq join dan menang GA yang sis Fuza anjurkan.
Comel shawl ni, tak sabar nak pakai.
Nanti dah pakai cheq selfie yer. Tapi tak boleh lawan ratu selfie kita ni..hehehe



Ok, ini lagi suprise hadiahnya.
Cheq dapat dari blogger Invisiblenote sebab tergolong dalam  top komentarnya.
Comel tote bag tu, ada 3 kalendar yang bakal hiasi dinding ofis cheq.
Dah RM 10 tu cheq dah dah beli soto untuk brekpes tadi.
Terima kasih IM. Heheheh...dah tahu pun nama betul IM ni



Ini poskad datang dari jauh tau. 
Dari republic Chezh.
Walaupun cheq tak menang GA tu, tapi cheq dengan rela hati terima poskad yang orang tak tuntut ni.
Kihkihkih...gigih hantar alamat semata-mata nak poskad ni.
Terima kasih Hanis

43 comments:

  1. Woahh best nya , from who ? cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh...baru update yang sebetulnya. Tapi tak sempat nak tulis dah tertekan publish

      Delete
  2. wahh banyaknya hadiah.. tahniah mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu eyda.
      Datang serentak plak. Tu yang nampak banyak. ;-)

      Delete
    2. betul bila hadiah sampai serentak memang nampak banyak..

      Delete
  3. tahniah mama.. rezeki yg tak disangka2. alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu zaza.
      Seronok plak kumpul cenderahati dari kawan-kawan blogger

      Delete
  4. tahniah mama..semua hadiah cantik2..tote bag tu comel..bertuahnya dapat..poskad pun dari jauh tu..boleh buat kenangan kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang pulak nak guna tote bag tu. Poskad dah masuk dalam album gambar..simpan buat kenangan ;-)

      Delete
  5. Tahniah mama, hilang stress bila dpt byk hadiah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok hadiah hilang stress.
      Tengok fail, datang pulak stress tu...heheheh

      Delete
  6. Replies
    1. Best sangat...heheheh
      Bukan nak berbangga tapi berkongsi kegembiraan

      Delete
  7. Nasib baik ada hadiah yang menghiburkan hati di sebalik timbunan fail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengubat kestressan...hehehe
      Punah bahasa melayu..

      Delete
  8. Murah rezeki Mama :) Tahniah Mama :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah yer MF... Hadiah dari zumal jew belum post. Hehe ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Zumal.
      Hadiah apa ek dari zumal??
      Lama tak jenguk blog zumal, nanti akak singgah ek ;-)

      Delete
  10. Alhamdulillah... Hadiah tak seberapa.
    Tahniah Ann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu sis..
      Comel shawl ni tau. Macam tau-tau jer kita suka warna hitam.

      Delete
  11. bestnyaa. Tahniah naa. Poskad czech pun saya dah dapat gk. Tapi tak paham bahasa yg ditulis tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nasib baik ada nama hanis kat bawah tu. Tau la poskad tu dari chezc

      Delete
  12. Wah mama samalah dengan kak ana shawl dari Fuza tu, kak ana punya kaler kuning cair..Tahniah dan tq so much kat Fuza Musa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah jugak untuk kak ana.
      Bila nak berselfie dengan shawl baru tu kak ana??

      Delete
  13. Assalam ann,
    waaaaaaaaaaaaaa...maaanyaaakkkk adiah
    sonoknya
    tahniah yer :)

    ReplyDelete
  14. woww...kalau dapat2 bernilai mcm ni sis JM pun senyum sampai ke telinga..dh x peduli keje yg byk tu

    ReplyDelete
  15. Heheh..takmo jeles, jeles
    Nanti ada la rezeki fhatin ;-)

    ReplyDelete
  16. Seronoknya dapat macam2 hadiah! Congrats, Ann :)

    ReplyDelete
  17. bestnya...nak jugak kumpul hadiah dari blogger...tapi ada yang sudi bagi ke?hehe

    ReplyDelete
  18. wah wah banyaknya hadiahh..tahniah tahniah

    ReplyDelete
  19. best nya sis, banyak tul dapat hadiah. best2

    ReplyDelete
  20. kann?? kdg2 hadiah kecik je tapi hari y tension tu bleh release. hebat penangan kasih syg ni

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.