MALANG TAK BERBAU

Tragedi berlaku malam tadi. Dari dalam bilik, cheq dengar 3 beradik ni duk bergelak sakan, bersuka-ria. Cheq dalam bilik tengah kemas baju. Sekali-sekala dengar suara abah diaorang duk larang diaorang berlari dalam rumah. Abahnya tengah concentrate tengok bola sepak, JDT lawan Pahang.

Dalam riuh rendah gelak ketawa diaorang tu, tiba-tiba dengar baby menangis. Cheq abaikan dulu sebab abahnya ada kat luar dengan diaorang. Punyalah terkejut bila kakak bawak baby masuk bilik dengan muka baby penuh darah. Tak berani kakak nak tunjuk kat abah dia. Takut kena marah la.

Cheq masih lagi cool, angkat baby bawak pergi basuh dulu. Lepas tu lap dengan napkin bersih, nak tengok lukanya kat mana. Berlubang jugaklah dahi baby Damia ni. Letakkan minyak gamat kat tempat luka. Good girl betul la baby ni, menangis kejap ja. Darah pun kejap ja da berhenti mengalir.


Dah bertanda dahi Damia ni. Nasib baik
maintain comel lagi. Abaikan lukisan
abstrak kat belakang tu. Memang hasil
tangan diaorang 3 beradik.

Boleh tahan jugak besar lubangnya. Patut
lah darah banyak sangat yang keluar.

Abahnya kata diaorang 3 beradik ni main lari-lari dan pusing-pusing, bila dah pening si baby ni jatuh terkena bucu kabinet. Tajam jugak bucu kabinet tu. Betul lah kata orang-orang tua, jangan suka sangat, nanti duka yang datang. Haaa...camni lah, duk bergelak sakan sangat, lastnya dapat sakit. Dah larang pun buat tak dengar.  Tapi kan tak reti serik, lepas sapu ubat..masih nak main lagi. Kuat sungguh anak-anak mama ni.

Inilah bucu kabinet yang Damia nak pergi
cium tu. Tak pasal-pasal kabinet ni kena
marah oleh abah diaorang. Sayangkan anak,
kabinet dimarahinya..





17 comments:

  1. kesiannya. nasib baik tak teruk :)

    ReplyDelete
  2. nauzubillah kak oooi.. seramnya. bahaya tu lari lari.. anak buah CT minum susu then terus ngantok kot tertido kat sofa.. bangun tngk kaki terselit celah sofa tah la macam mana..

    good girl ni tak nangis.. *muah ciked*

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamana boleh terselit...;-)
      memang kuat budak ni..
      alhamdulillah, jarang dapat sakit

      Delete
  3. alahai kesian damia..nasib tak teruk sangat..apa2 bucu memang bahaya buat kanak2 sebab dorang ni suka sangat lari2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah wana, rumah sempit..
      nak main-main pun takde tempat
      nak kena letak sesuatu kat bucu tu rasanya
      takuttt

      Delete
  4. Kesian damia...moga cepat sembuh ye..haish, ngeri betul Cik Mimie bab2 gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lega dah cik mimie
      cuma berparut la nanti

      Delete
  5. comelnya damia ... bebudak main mmg kena perhati . kental lak jiwa dia . nangis sekejap je ... tapi bab berdarah tu mmg ngeri lah kan ...

    ReplyDelete
  6. Adoilah mama Damia.
    Sama macam Iri lubang kat muka dia tu.
    Iri kene tang pipi kanan.

    ReplyDelete
  7. alahai..sian dia...nasib baik kena di dahi jauh dari mata..itulah kan mama..bebudak mmg x boleh duduk diam...x pe sikit hari lagi hilang lah tu

    ReplyDelete
  8. ya Allah, hai laa damia.. budak time tengah lasak, bukan boleh larang..

    ReplyDelete
  9. adoi la sayang....
    sian dia ye...
    sakit tu!

    ReplyDelete
  10. Budak tengah seronok nak main kan..memang macam-macam..saya sendiri, macam-macam tragedi masa kecik dulu..hehe..moga luka cepat sembuh..kita yang tengok ni kesian..

    ReplyDelete
  11. Hehe budak2 mmg mcm ni...
    kalau Nad mahu gabra abes ni

    ReplyDelete
  12. Hehe budak2 dah kena baru ada akai. Tapi x serik.

    ReplyDelete
  13. betul!

    bila anak2 dah sakan sgt, kena redakan. mmg akan nangis kejap lagi tu

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.