Jangan Sampai Terkena

Semalam cheq pergi ke Tesco dengan anak-anak jer. Cik husband tak ikut sekali sebab ada kerja lain. Sebenarnya dah 2, 3 kali cheq pergi sendiri dengan anak-anak. Mudah ja nak control diaorang ni, baby dan adik masukkan dalam troli. Si kakak pulak mengekor la cheq.

Tujuan sebenarnya nak cari pampers untuk si baby ni. Tengahari tu cheq dah pergi ke mini market, tapi takde yang dalam kuantiti banyak. Ada yang 12 keping, bape hari ja boleh pakai. Nak pusing ke supermarket, tengok jam dah dekat pukul 2..masuk opis dulu.

Ceritanya bermula bila cheq dah pilih pampers baby. Memang cheq pilih yang paling murah. Dah settle beli, masuk bab nak membayar. Cheq tengok satu-satu harga cashier tu scan. Tapi sampai kat pampers tu harganya dah lain. Bertambah mahal. Tak puas hati dah ni. Cheq tanya si cashier tu, dia tak boleh nak jawab. Dia panggil pulak supervisor dia la kot. Dari jauh muka masam mencuka dah. Bermula lah perbualan cheq dengan si supervisor tu.

C : kenapa harga lain ni? Dekat tanda harga sana harga lain
S : memang inilah harganya. Tak update lagi kat tag.

Wahhhh...senangnya dia menjawab.

C : saya dah pilih barang ni sebab harga dia. Jadi saya nak harga ini jugak. Awak pergi check tanda harga kat sana. Jangan nak menipu orang camni. Kat tanda harga tulis lain, nak bayar harga lain pulak.

Ada banyak lagi ayat cheq cakap dekat supervisor tu, dah lupa. Hati tengah marah. Si supervisor tu tak cakap apa. Terus dia kensel cheq punya pampers tu dalam bil. Dengan muka masam mencuka tu dia bawak pampers tu pergi check. Tak lama lepas tu dia datang balik pampers tu sekali dengan tanda harganya. 

Cheq pun malas nak tanya dia dengan muka masam dia tu, cheq just angkat kening ja kat dia. Dia pun angguk kepala. Ternyata cheq yang betul. Akhirnya cheq dapat jugak pampers tu dengan harga murahnya.

1. scan kali pertama, cheq sedar harga lain.
Sebelum kekecohan berlaku.

2. Kekecohan dah berlaku. Si supervisor tu
cancel pampers cheq nak beli tu.

3. Setelah bertikam lidah, akhirnya cheq
dapat harga murah tu. Tengoklah betapa
banyak beza harganya.
Para pembeli semua, perhatilah harga semasa nak membayar tu. Banyak kali dah dengar pasal ni, semalam kena kat cheq. Nasib baik cheq nak tengok dia scan tu. Kalau dah balik rumah, kira sedekah ja la duit kat tesco tu. Tak kuasa dah nak patah balik. Jadilah pembeli yang bija.




50 comments:

  1. ya Allah, abang sy pernah kena macam ni, tapi kat Mydin. dia nak beli beg beli belah tu, dkt tanda harga tulis bawah rm10. tapi masa nak bayar tu rasa beg tu nak dkt rm50! mujur la duit mmg bawak sikit, so, nak bayar pun tak boleh. check2 nampak la satu benda harga mahal. fuhh, melayang duit je camtu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau melayang berpuluh-puluh RM memang ralat.

      Delete
  2. ya , benda pun pernah berlaku dulu . punya la mom geram then nak cancel cashier tu pulak tak kasi. aduh , lepas bertikam lidah kawan cashier tu datang kata nak return boleh pergi kat main counter . hm, harga tayang tu lain , masuk bil lain --' nasib la mom saya jenis tengok resit lepas bayar . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik check kan.
      Kalau tak free jer diaorang kaya.

      Delete
  3. harap2 ni adalah kelemahan dari pihak pasaraya ,bukannya taktik keji jerut leher pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap gitu lah. Bila dah kerap berlaku ni harap pihak diaorang cepatkanlah perbaiki sistem diaorang tu. Kesian jugak orang yang tak alert tentang harga ni

      Delete
  4. Thanks mama for sharing...
    bagus mama tegas dgn supervisor tu..
    lepas ni Nad pun kena hati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebabnya haritu pergi sendiri.dan guna duit sendiri, tu yang lebih alert. Selalunya husband yang bayar, memang tak kisah bab bil ni ;-)

      Delete
    2. Ooo betul gak tu....Nad memang salu buat gitu gak hiksss

      Delete
  5. kita kena pertahankan hak kita sebagai pembeli. kann ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nani. Kalau selalu camni dan kita sebagai pengguna tak alert, memang cepat kaya la diaorang ni.

      Delete
  6. itu hak kita sebagai pembeli.. mereka tak boleh sesuka hati nak tukar2 harga kat tag dan scan jadi berbeza2.. banyak tuh mama, hampir rm10..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah eyda. Rasanya suara saya tinggi jugak time cakap dengan supervisor tu sebab semua orang perhati. Tapi hati tengah marah, hilang pulak rasa malu tu ;-)

      Delete
  7. ish sakit btl hati mcm ni kan..sy pon pnh jugak kena tp beli susu tin..kat tag lain, tp ble byr harga lain..rasa nak mengamuk tp x mengamuk la cme bebel2 dkt kwn je..sbb bli sikit je kn..geram tau..menipu je kejenye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak refund balik mila. Ni baru sorang, kalau 2, 3 orang yang kena camni..memang kaya la diaorang.

      Delete
  8. pehal di supervisor tu masam mencuka..ishh..x suka org mcm tu..then nasib baik si mama ni tegas org nya..bagus action mama tu..so mybe boleh jadi panduan buat sis JM jgk sbb bila dh bayar tak pernah semak semua bil tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supervisor tu lelaki JM, maybe dia ingat boleh makan la saya pompuan yang banyak anak.ni....heheheh. see my leg la..
      Kena hati-hati dah lepas ni JM ;-)

      Delete
  9. itu la.. kita kena bijak membeli kan mama.. zaza pernah kena time duit baki. nsib tnye balik..dia siap kira semula ternyata zaza yg betul.. kalau tak melayang duit zaza huhuhu.

    ReplyDelete
  10. kena selalu alert la camni time depa scan barang. Hehr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setengah orang depa check lepas dapat bil. Akak ja rajin tengok masa depa scan.

      Delete
  11. Setiap kali lps beli brg sue teliti balik resit bil. Pernah juga harga silap then pergi customer service settle. Nasib dpt blk duit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband saya selalu buat gini la. Check lepas dapat bil. Tapi kalau dah sampai rumah, memang malas nak patah balik dah.

      Delete
  12. kadang sempat kadang x nak check.. jangan shopping berlambak2 terus sebab susah nak check. banyak kali jadi mcm ni.. tayang harga lain, scan nak bayar harga lain..kalau scan murah tak pe gak kan..kalau ada laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya takdak lagi silap dapat harga murah. Kalau ada pun, kita buat diam-diam jer lah...hehehe

      Delete
  13. kena hati hati lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena hati-hati lepas ni. Penat kita cari duit, senang-senang nak kasi free kat diaorang..heheheh

      Delete
  14. Assalam ann,
    iols pun memang selalu perati setiap kali deme scan rege kat kaunter tuuuuuu
    tapi takat ni yang iols pernah kena kat GIANT jaaaaaa
    TESCO tak pernah lagik
    he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ni 1st time kena kat tesco. Jarang shopping kat giant, payah nak parking....heheheh

      Delete
  15. Selalu je benda ni berlaku lagi2 di giant..kena tgk betul2 kekadang harga dengan tag x sama..=_="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh bawak kalkulator sekali. Kalau tak sama dengan bil, something wrong somewhere la tu.;-)

      Delete
  16. wana pernah kena macam ni..tanda harga lain..sekali scan lain harga..sememangnya kena berhati-hati la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah terkena, mesti kita akan lebih berhati-hati kan wana ;-)

      Delete
  17. Kannn...tesco selalu jadi gini, banyak dah saya dengar aduan tentang tesco ni.

    ReplyDelete
  18. Kalau nil da kat stu nil ggit dia haha

    ReplyDelete
  19. pehhh mahal tuu.. naseb akak tgok time die scan tuu kan..

    senang btl jawapan die tuu kan. sabar jela kan :)

    ReplyDelete
  20. Memang kena check satu2 sebab pasar raya besar camni selalu ada promosi saban minggu. Turun harga naik harga, tapi tak udpate sepenuhnya dalam sistem. Lagi satu kalau beli barang timbang [un kena hati-hati. Kadang2 pekerja yang menimbang tu boleh punch salah harga. Kita yang end up beli barang mahal.

    ReplyDelete
  21. Saya pun pernah hampir terbayar lebih, sbb saya beli air mineral sekotak .. tapi cashier plak bukak kotak tu dan scan satu satu botol tu.. saya mcm pelik terus tegur dia.. kalau sekotak rasanya harga lain... terus dia tanya kat line leader dia.. adeh. cashier baru rupanya... LOL..

    --
    Fara---><a href="http://amfarra.blogspot.com>http://amfarra.blogspot.com</a>

    ReplyDelete
  22. Memang saya pernah terken.
    Beli tangga kat Giant.
    Dia letak harga RM70.
    Tapi, dia scan RM120. Beza 50 hengget.
    Dia kata harga yang betul RM120.
    Pedulik apa.. Salah dia..Dia walkie talkie soh worker dia check rege..konon nak tipu.
    Apa lagi..saya soh kawan saya lari balik tempat tangga tu n tunjuk kat dia rege display RM70.
    Dan..dan..masa tu die perbetul tanda harga.
    Mujur kawan sempat sampai masa dia tukar tu.
    At last dapat RM70.

    ReplyDelete
  23. pasal tnda harga ni mmg pernah kena..nak beli kasut,cantik,tengok harga murah je,rm30,pun belilah...beli scan kat cashier,harganya rm120+..haihh...memang tak beli la kalau harga macam tu..patutlah mahal...at last,dapat harga rm30 tu jugak...rasanya kasut tu memang mahal, pekerja dia salah letak harga...salah siapa kan..kalau barang mahal mmg x lah wanie nak beli,belum mampu nak bermewah macam tu..huhu

    ReplyDelete
  24. bahaya betulkan..takkanlah kita nak p scan satu2 barang before masuk trolley kan..nasib baik perasan kan alhamdulillah

    ReplyDelete
  25. Kuajaq jugak depa yg niaga ni kan. Pastu dah salah masam mencuka. Nasib akak jenis berani p lawan dia.

    ReplyDelete
  26. yes customer is always right. Hak kita untuk mendapatkan harga yang dipaparkan

    ReplyDelete
  27. saya memang suka sangat dengan supervisor yang muka masam hahaha

    ReplyDelete
  28. fight to the right. mamamyja selalu jugak bertekak bila dorang xnak ngaku kesalahan dorang. siapa suh tidak tukar harga or what ever kesalahan. hehehehe

    ReplyDelete
  29. selalu kan benda macam ni terjadi. kadang terfikir jugak, they all ni mmg sengaja ke buat strategi mcm ni?
    semoga Allah sentiasa lindungi kita drp penipu :)

    ReplyDelete
  30. hoooi main tipu plak cemni.. ni masuk category scammer ni amek duit orang suka2 hati..

    ReplyDelete
  31. ada eberapa org yg kerja kat psry besar mcm ni btau mmg selalunya ini trick mereka utk meraih untung. kita pun bukannya nak gagah cek rege kalau dah berlambak. mudah nak terlepas pandang. tp nasib merekalah nanti nak mencari kita kat akhirat sbb nk minta langsai.

    dosa dgn Allah, mudah nak ditaubatkan. lagi2 Allah tu Maha Penyayang. dosa dgn manusia ni.. sampai akhirat x selesai.

    ReplyDelete
  32. Tesco memang selalu macam tu....kita as pengguna kena pertahankan jugak...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.