Selalu sangat baca pasal aiskrim pasu ni. Jadi terliur la pulak nak cuba rasa tapi taklah sampai keluar mencari. Nasib baik la bukan mengidam, jadi boleh la tangguh-tangguh cari aiskrim ni. Hari Jumaat haritu sesaja keluar makan angin terjumpa la orang jual aiskrim pasu ni. Dah nampak kannn, ada depan mata. Belilah nak cuba rasanya.
Not bad lah rasanya. Aiskrim tu biasa saja, cuma uniknya dihidangkan dalam pasu yang kecik comel. Dalamnya diletakkan jeli, atasnya ditaburkan dengan biskut oreo yang dihancurkan. Last sekali dicucukkan sehelai daun. Dah makan dah, nanti kalau orang bercerita pasal aiskrim pasu ni, boleh lah cheq menyampuk.
Ni pulak nak cerita pasal aiskrim kegemaran cheq dan cik husband. Kalau keluar makan di kedai ikan bakar MIB, pasti kitaorang akan order aiskrim ni sorang satu. Namanya aiskrim kelapa. Aiskrim ni kat kelantan jer cheq jumpa, tak tahu lah kat negeri lain ada ke idak.
Kalau aiskrim pasu dihidangkan dalam pasu, aiskrim kelapa ni tentulah dihidangkan dalam buah kelapa. Of course la diaorang cuci dulu, buang kulitnya. Isi kelapa muda akan disagat atau dikikis dan diletakkan bersama aiskrim. Atasnya diaorang akan tabur jeli, coklat rice warna-warni dan kacang. Memang menarik perhatian anak-anak cheq. Diaorang akan kutip jeli dan coklat tu ja. Yang paling bestnya kat bahagian dalam bawah ada pulut. Jadi jangan makan aiskrim ni dulu sebelum makan nasi. Kang nasi memang tak makan dah sebab memang kenyang makan aiskrim ni.
Jadinya, kalau diberi pilihan memang cheq akan pilih aiskrim kelapa ni. Rasanya macam nak kena makan aiskrim kelapa ja malam ni ;-)
tak berapa minat dengan aiskrim pasu ni..biasa2 je..tapi aiskrim kelapa tu nampak menarik
ReplyDeleteMenarik dan jugak sedap ;-)
Deleteice cream kelapa tu bawah tu ice cream ke kelapa ? sedapnya ..
ReplyDeleteKat atas tu ais krim. Putih panjang tu isi kelapanya.
Deletezaza pon tak pernah cuba lagi.. pernah la tgok org jual tpi mood nak beli takde muahaha. lagipun zaza kurang gemar dgn aiskrim.
ReplyDeleteSaya ni pun nak kata hantu aiskrim bukan jugak. Tapi teringin tengok orang makan.
DeleteAssalam norihan,
ReplyDeleteiols dengan tengok saja pun bekenan kat sekim kelapa tu
flavour sekim tu kelapa jugak ek???? :)
Perisa asli kut sebabnya tak berapa manis. Aiskrim ni diaorang buat sendiri.
DeleteDia dah adjust kot.
DeleteBaguslah kalau x manis:)
macam macam aiskrim sekarang. dalam lesung batu pun hadooo ^^
ReplyDeleteAiskrim yang dalam lesung tu ngada-ngada, nak tiru aiskrim pasu jugak..;-)
DeleteAda ke dalam lesung batu?
DeleteJatuh himpap kaki tak pasal masuk spital.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDua dua blom pernah makan. Nnt kene cuba rasa gaklah.
ReplyDeleteBalik klate nanti sue kena try makan aiskrim kelapa ni. Rasanya kat belah pantai timur ja kut ada. Kalau aiskrim pasu tu dah merata-rata ada. ;-)
DeleteTak pernah jumpa lagi kat Seremban.
Deleteuissssssss ais krim kelapa ni buat ekin terliur la kak... nak kelik kelate ni kena g make ni... kak nanti bagi no nok whatsup deh mana taw ekin balik kelate nanti whatsup2 leh jmpa... hihihi....sbb rumah nenek belakang berek polis wakaf mek zainab tu jah...
ReplyDeleteMeh balik sini, nanti akak belanja ekin aiskrim kelapa ni..;-)
Deleteais krim kelapa tu mengiurkan betul la :) mana nak cari memalam ni ha...uwaaaa
ReplyDeleteMengidam ke? Kalau mengidam boleh tolong poskan..hehehe
DeleteSempat cair dulu.
mengundang sedap ni, errrrr kena cuba ni... yapi kt Melaka ada ka?.. huhuuuu, kot tak da kenalah try and error buat sendiri ni...
ReplyDeleteArea pantai timur banyak ais krim ni.
DeleteBoleh jugak cuba buat sendiri, takpe kita sendiri nak makan ..heheeh
done follow,499##
ReplyDeleteTenkiu follow sini ;-)
Deletedua2 tak pernah rasa lagi.. lagipun tak terasa nak mencari pun.. apapun aiskrim kelapa tuh nampak menarik.. nak buat sendiri laa, kat umah ada pokok nyoq.. hehehe..
ReplyDeleteAda buah nyoq, boleh buat sendiri.
DeleteAis krim dan bahan-bahan lain tu beli ja.
betul tu mama, save budget skit..
DeleteHehehe..xjumpa lagi aiskrim kelapa ni kat tempat cik mimie..:) aiskrim pasu pun x try lagi..hoho
ReplyDeleteAiskrim pasu tu pun rasanya first dan last akak rasa kut. Manis sangat
DeleteMeh la sini try aiskrim nyoq.;-)
aiskrim pasu popular skang ni kan mama..sana sini tayang aiskrim yang unik ni..aiskrim kelapa tu 1st time wana tengok tapi menarik tu.. :)
ReplyDeleteSebab hari-hari duk tengok gambar aiskrim pasu tu yang jadi teringin nak makan tu. Sekarang dah rasa dah, kira dah lepas teringin.
DeleteKat sana lagi la susah nak jumpa kut aiskrim kelapa ni.
Selalu dah dgr eskrem pasu tapi xpernah cuba takut kencing manis. Hehe..
ReplyDeleteEskrem kelapa pun ada?
Betul tu Dr. Aiskrim pasu ni manis sangat. Aiskrim kelapa ni diaorang buat sendiri. Kiranya homemade, kurang manis.
DeleteMemang lagi sedap dari aiskrim pasu tu. Yang ni kurang manis.
ReplyDeleteWow menarik betul ais krim kelapa ni...hehe
ReplyDeletekeduanya nampak sedap tapi belum pernah mkn..mana nk cari huhuh
ReplyDeletedua-dua tak pernah rasa lagi...huhu
ReplyDeleteSemua saya tak pernah makan. Hehe
ReplyDeletesaya UNDI pada aiskrim kelapa! nak jugakkk T____T
ReplyDelete