AisKrim Pasu VS AisKrim Kelapa

Selalu sangat baca pasal aiskrim pasu ni. Jadi terliur la pulak nak cuba rasa tapi taklah sampai keluar mencari. Nasib baik la bukan mengidam, jadi boleh la tangguh-tangguh cari aiskrim ni. Hari Jumaat haritu sesaja keluar makan angin terjumpa la orang jual aiskrim pasu ni. Dah nampak kannn, ada depan mata. Belilah nak cuba rasanya.


Not bad lah rasanya. Aiskrim tu biasa saja, cuma uniknya dihidangkan dalam pasu yang kecik comel. Dalamnya diletakkan jeli, atasnya ditaburkan dengan biskut oreo yang dihancurkan. Last sekali dicucukkan sehelai daun. Dah makan dah, nanti kalau orang bercerita pasal aiskrim pasu ni, boleh lah cheq menyampuk.

Ni pulak nak cerita pasal aiskrim kegemaran cheq dan cik husband. Kalau keluar makan di kedai ikan bakar MIB, pasti kitaorang akan order aiskrim ni sorang satu. Namanya aiskrim kelapa. Aiskrim ni kat kelantan jer cheq jumpa, tak tahu lah kat negeri lain ada ke idak.



Kalau aiskrim pasu dihidangkan dalam pasu, aiskrim kelapa ni tentulah dihidangkan dalam buah kelapa. Of course la diaorang cuci dulu, buang kulitnya. Isi kelapa muda akan disagat atau dikikis dan diletakkan bersama aiskrim. Atasnya diaorang akan tabur jeli, coklat rice warna-warni dan kacang. Memang menarik perhatian anak-anak cheq. Diaorang akan kutip jeli dan coklat tu ja. Yang paling bestnya kat bahagian dalam bawah ada pulut. Jadi jangan makan aiskrim ni dulu sebelum makan nasi. Kang nasi memang tak makan dah sebab memang kenyang makan aiskrim ni.

Jadinya, kalau diberi pilihan memang cheq akan pilih aiskrim kelapa ni. Rasanya macam nak kena makan aiskrim kelapa ja malam ni ;-)


40 comments:

  1. tak berapa minat dengan aiskrim pasu ni..biasa2 je..tapi aiskrim kelapa tu nampak menarik

    ReplyDelete
  2. ice cream kelapa tu bawah tu ice cream ke kelapa ? sedapnya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat atas tu ais krim. Putih panjang tu isi kelapanya.

      Delete
  3. zaza pon tak pernah cuba lagi.. pernah la tgok org jual tpi mood nak beli takde muahaha. lagipun zaza kurang gemar dgn aiskrim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun nak kata hantu aiskrim bukan jugak. Tapi teringin tengok orang makan.

      Delete
  4. Assalam norihan,
    iols dengan tengok saja pun bekenan kat sekim kelapa tu
    flavour sekim tu kelapa jugak ek???? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perisa asli kut sebabnya tak berapa manis. Aiskrim ni diaorang buat sendiri.

      Delete
    2. Dia dah adjust kot.
      Baguslah kalau x manis:)

      Delete
  5. macam macam aiskrim sekarang. dalam lesung batu pun hadooo ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiskrim yang dalam lesung tu ngada-ngada, nak tiru aiskrim pasu jugak..;-)

      Delete
    2. Ada ke dalam lesung batu?
      Jatuh himpap kaki tak pasal masuk spital.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Dua dua blom pernah makan. Nnt kene cuba rasa gaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik klate nanti sue kena try makan aiskrim kelapa ni. Rasanya kat belah pantai timur ja kut ada. Kalau aiskrim pasu tu dah merata-rata ada. ;-)

      Delete
    2. Tak pernah jumpa lagi kat Seremban.

      Delete
  8. uissssssss ais krim kelapa ni buat ekin terliur la kak... nak kelik kelate ni kena g make ni... kak nanti bagi no nok whatsup deh mana taw ekin balik kelate nanti whatsup2 leh jmpa... hihihi....sbb rumah nenek belakang berek polis wakaf mek zainab tu jah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh balik sini, nanti akak belanja ekin aiskrim kelapa ni..;-)

      Delete
  9. Ais krim kelpaa lebih menarik dan sedap kot..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lagi sedap dari aiskrim pasu tu. Yang ni kurang manis.

      Delete
  10. ais krim kelapa tu mengiurkan betul la :) mana nak cari memalam ni ha...uwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengidam ke? Kalau mengidam boleh tolong poskan..hehehe
      Sempat cair dulu.

      Delete
  11. mengundang sedap ni, errrrr kena cuba ni... yapi kt Melaka ada ka?.. huhuuuu, kot tak da kenalah try and error buat sendiri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area pantai timur banyak ais krim ni.
      Boleh jugak cuba buat sendiri, takpe kita sendiri nak makan ..heheeh

      Delete
  12. dua2 tak pernah rasa lagi.. lagipun tak terasa nak mencari pun.. apapun aiskrim kelapa tuh nampak menarik.. nak buat sendiri laa, kat umah ada pokok nyoq.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada buah nyoq, boleh buat sendiri.
      Ais krim dan bahan-bahan lain tu beli ja.

      Delete
    2. betul tu mama, save budget skit..

      Delete
  13. Hehehe..xjumpa lagi aiskrim kelapa ni kat tempat cik mimie..:) aiskrim pasu pun x try lagi..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiskrim pasu tu pun rasanya first dan last akak rasa kut. Manis sangat
      Meh la sini try aiskrim nyoq.;-)

      Delete
  14. aiskrim pasu popular skang ni kan mama..sana sini tayang aiskrim yang unik ni..aiskrim kelapa tu 1st time wana tengok tapi menarik tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab hari-hari duk tengok gambar aiskrim pasu tu yang jadi teringin nak makan tu. Sekarang dah rasa dah, kira dah lepas teringin.
      Kat sana lagi la susah nak jumpa kut aiskrim kelapa ni.

      Delete
  15. Selalu dah dgr eskrem pasu tapi xpernah cuba takut kencing manis. Hehe..
    Eskrem kelapa pun ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dr. Aiskrim pasu ni manis sangat. Aiskrim kelapa ni diaorang buat sendiri. Kiranya homemade, kurang manis.

      Delete
  16. Wow menarik betul ais krim kelapa ni...hehe

    ReplyDelete
  17. keduanya nampak sedap tapi belum pernah mkn..mana nk cari huhuh

    ReplyDelete
  18. dua-dua tak pernah rasa lagi...huhu

    ReplyDelete
  19. Semua saya tak pernah makan. Hehe

    ReplyDelete
  20. saya UNDI pada aiskrim kelapa! nak jugakkk T____T

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.