KECIK-KECIK DAH BER"WASSAP"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Cerita bermula pagi-pagi buta, bila cheq dapat wassap bertanyakan anak sulung cheq Dinah.
Pada mulanya cheq ingatkan guru kelas Dinah tapi bila tengok gambar profile nampak muka orang lain.
Bila ditanya, rupa-rupanya kawan sekelas Dinah.
Alahai, dengan umur camni tengah pagi buta duk main wassap lagi.
Dinah ni nak minta tekan nombor abahnya pun tak tahu lagi.




Dalam dompet duit Dinah, memang cheq letakkan nota tentang nombor phone kami mak abahnya.
Mesti Dinah bagi nombor tu ke kengkawan dia.
Semalam sekali lagi budak ni wassap tanyakan Dinah.
Memang time tu Dinah takdak, pergi kelas fardhu ain.
Kat sekolah, cheq mintak la Dinah tanyakan sebab kawannya main wassap tu.
Rupanya saja-saja nak sembang ja...aduhaiiii.

Sebolehnya memang cheq takkan dedahkan terlalu awal penggunaan telefon untuk Dinah ni.
Sekarang ni terlalu mudah dengan penggunaan internet yang tanpa dapat dikawal, budak-budak dapat akses tanpa ada halangan.
Biarlah orang nak kata anak-anak cheq kolot pun.
Yang penting cheq senang hati daripada nak keluarkan duit bulan-bulan bayar bil telefon dan internet.

10 comments:

  1. Memang ramai budak-budak yg dah berwassap. Hihi

    ReplyDelete
  2. adesss darjah 2 dah pndai whatsup

    ReplyDelete
  3. aida pun x benar kan, ann.
    ada sorang member nurin pernah wassap.
    aida inform nurin, tak payah la kakak.
    jumpa kat skola aje.

    ReplyDelete
  4. Wah hebatnye budak2 skrg. Makin advance dgn teknologi....

    ReplyDelete
  5. Eyda ada sediakan telefon biasa untuk anak yang hanya boleh call atau sms jer.. bukan apa takut apa jadi kat anak2 masa Eyda ada kat opis.. ada jugak kemudahan untuk diaraong call..

    ReplyDelete
  6. budak2 zaman IT cepat betul pandai bab2 ni..
    si bongsu akak drjah 3 dah minta fb..oohhh tidak..tnggu la besaq sikit baru buat ya

    ReplyDelete
  7. Budak2 sekarang more in advance..kkdg bnda yg kita xtau..dorg bleh tahu =_="

    ReplyDelete
  8. ish..ish..ishh...risau lak bila kecik2 mak dorang dah sediakan data plan...

    ReplyDelete
  9. btl tu zaman teknologi skg ni tgk budak2 pon dah pakai henpon canggih da
    kite ni dulu kene kumpul wet sndiri la nak beli henpon

    ReplyDelete
  10. budak2 zaman skrg kan.. adk kite pun same lah tu. hp ibu yg jd mngse. no ayah tak brani nak bg dkqt kwan2

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.