PENANGAN SI CHARLIE


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Cheq mula kenal dengan si charlie ni semasa cheq menuntut di Uitm Merbok. Sebelum cheq masuk situ, si charlie ni dah memang menetap kat situ. Siapa si charlie ni? Hensem ke dia? Sado sangat ke dia ni?

Sebenarnya charlie ni adalah serangga yang berbisa. Kecik je badan dia dan berwana belang merah hitam. Si charlie ni sukakan tempat yang lembap dan bercahaya. Kat rumah cheq ni, memang cheq pernah jumpa kat dapur tapi cheq tak hiraukan sangat, sampailah si charlie ni dah mengigit Damia. Cheq bagi madu, depa balas tuba kat cheq nooo..


Kejadiannya berlaku hari khamis minggu lepas. Cheq ambik damia kat taska, lepas tu kitaorang singgah bazar ramadhan. Sepanjang berjalan di bazar tu, damia asyik menangis ja. Sudahnya cheq dan damia tunggu abah dan kakak-kakaknya bershopping kat bazar dalam kereta ja.

Sampai kat rumah, cheq tengok lutut damia merah. Cheq ingatkan mungkin damia terjatuh kat taska, jadi cheq sapukan minyak gamat. Tapi cheq musykil juga sebab pengasuh damia takdak bagitau apapun. Malamnya damia demam, tidor dia pun tak lena. Kejap-kejap meregek.

Esoknya, demam damia masih tak kebah. Di lututnya plak timbul bintik-bintik nanah dan membengkak. Damia terus di bawa ke klinik. Pada masa ni cheq pun tak tahu lagi damia digigit charlie.

Hari kedua, bintik nanah semakin membesar. Demam damia pun on off ja. Memang asyik merengek sambil mulut duk sebut "sakit kaki". Nak jalan pun memang dah tak boleh. Asyik nak baring sambil menyusu badan. Cheq rasa habis air dalam badan cheq disedut damia.

Hari kedua
Pada malam tu cheq upload gambar lutut damia kat facebook. Rata-rata kawan cheq komen bagitau kena gigit charlie. Pada masa tu baru cheq terpikir ada betulnya. Kawan cheq siap telefon cheq bagitau cara nak merawat bisa ni dari merebak iaitu guna kapur makan dan madu.

Esoknya hari ketiga barulah cbeq dapat beli kapur makan tu. Caranya mudah ja just campurkan kapur makan dan madu tu. Kemudian sapukan keliling bengkak tu, jangan plak sapu atas bengkak tu. Kalau sapu jugak, tak tahulah jadi apa, sebab kawan cheq pun bagi petua setakat tu ja.

Kapur makan dan madu digaul bersama.

Hari ketiga : nanah dan bengkak semakin
membesar. Memang damia dah tak boleh
jalan time ni. 

Alhamdulillah, masuk hari keempat cheq tengok nanah dan bengkak di lutut damia dan mengecut. Hari tu Damia seakan lupa dia sakit kaki, dah bangun berjalan bermain dengan kakak-kakaknya walaupun jalan berencut-encut. Menjadi jugak petua kawan cheq ni.

Hari keempat
Cheq memang tak tahu cara nak hapuskan binatang berbisa charlie ni. Jangan sesekali picit binatang ni dengan menggunakan tangan. Dan cheq pun takkan bertolak ansur lagi dengan charlie ni. Nasib baik la damia ni cepat saya ubatkan, tengok gambar-gambar orang yang kena bisa si charlie ni dalam google lagilah gerun.



21 comments:

  1. sue pernah kena masa sekolah menengah di yan dulu ni. time org mesin padi dan bakar padi bukan main byk lagi. masa kene tu dia rasa pedih2, pastu naik la nanah. sue x ingat sue sapu apa, tapi alhamdulillah x merebak. kawan yg kene kat muka lagi la teruk macam luka terbakaq. jgn main2 dgn penangan charlie. sakit dan sgt bahaya.

    ReplyDelete
  2. Sy pun pernah kena masa belajar matrik perlis dulu, org ckp bisa ade dekat badan dia, xyah tggu dia gigit pun, dia merayap je dah jd kudis mcm yg sy kene dulu. haih

    ReplyDelete
  3. kesiannya kat damia...charlie memang bahaya....tgk ada budak kena gigit satu badan seriauuuuu...

    ReplyDelete
  4. bahaya ya si charlie ni.kena hati2 selalu.dah le Thaqif tu suka norr picit segala serangga ke semut lalu depan dia.

    ReplyDelete
  5. adeh..kesiannya...sampai macam tu sekali ,..charlie tu binatang apa pulak? kemain kerlas nama dia

    ReplyDelete
  6. musuh ketat ni ! selalu jugak kena dulu . dkt penang .

    ReplyDelete
  7. aida agreed bila ann kata jgn picit.
    aida sendiri pernah terpicit!
    and jari bengkak hampir 2 minggu! bisa giler!
    mata rabun. gi pegang and terpicit serangga pa ntah.

    ReplyDelete
  8. Bahaya betul serangga ni..takut jugak kalau melarat makin teruk..semoga damia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  9. ya Allah, tengok macam sakit sangat...kesiannya damia...kita arituh kena sengat tebuan kecik pun, nak nagis rasa...ini sampai nanah, sakitnya akk.... bagus tips kawan akk kasi tuh...besok2 kalau kita pulak terkena dnegan si charlie yang tak berapa hensem ni, kita boleh guna tips akk ni...tengkiu akk for sharing :D

    ReplyDelete
  10. owwhh.. terima kasih atas perkongsian ni... tadi singgah sini curi gambaq 1... dah kredit kat blog saya. hehehe. terbaca pasal charlie ni, baru laa cheq tau.... ganas binatang ni.. ish..... nasib baik hang tunjuk rupa paras si charlie tu... paih ni kalau aku jumpa dia kat rumah, siap laa anak branak dia.... Alhamdulillah damia dah boleh main2 ligan2...

    ReplyDelete
  11. Mmg dok kat bendang byk binatang ni... Pedih oo kena...

    ReplyDelete
  12. yg kecil jgn sangka tidak merbahaya huiii
    nasib damia dpt dirawat dengan cepat..tahniah mama

    ReplyDelete
  13. owh ada charlie rupanya...memang bahaya. kena letak belerang kot kat kawasan tertentu

    ReplyDelete
  14. anak buah belajar di matrik kepala batas memang banyak kali kena. situ kawasan bendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dia memang ada kat kwasan berdekatan bendang.. anak selalu kena terutamanya yang abang tu..

      Delete
  15. anak selalu kena terutamanya Izzat.. Eyda pun pernah kongsi mengenai charlie nih kat blog dulu..

    http://izzeyda.blogspot.com/2015/04/charlie-kumbang-rove.html

    ReplyDelete
  16. pernah baca pasal si Charlie ni di blog Eyda kalau x salah...bahaya binatang kecik nih

    ReplyDelete
  17. ishh bahaya jugak ye
    ayu xpernah tau pon ade serangga mcm nie

    ReplyDelete
  18. uish.. lepas ni tau dah.. mudah2an sapa2 yg kena tu cepat2 la rawat.. takot nya..

    ReplyDelete
  19. uitm mmg famous dgn charlie. haha uitm lendu pun same.

    charlie tak boleh picit. org ckp kalau nak bunuh die, salotape die atas simen. kalau bunuh macam nyamuk, nnti die keluarkan sesuatu utk panggil kwan2 die.kiteorg dkat kolej, mmg penuh lantai dgn salotape si charlie tu. hujung sem bru brani cabut haha

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.