Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 1

Sesuai sangat cabaran ni untuk cheq yang kekeringan idea nak menulis. Terima kasih untuk sis Kathy R'bain yang mencipta cabaran ni. Disebabkan bulan November, maka jawapan-jawapan yang diminta pun 11 semuanya. 


Hari : 11 tempat ingin dilawati di Malaysia


1. Cameron Highland
Walaupun dah pernah pergi, masih terkenang-kenang lagi suasana dan permandangan ladang-ladang teh kat sana. Dulu pergi tak dirancang, kali ni pergi kalau boleh nak masuk semua tempat kat sana.

2. Genting Highland
Mungkin cheq suka tempat-tempat sejuk kut. Teringin nak rasa permainan-permainan ekstrem yang ada kat sana.

 

3. Gunung Kinabalu
Nak mendaki sampai ke puncak gunung dan menikmati alam semulajadi dari gunung tertinggi di Malaysia.

4. Kundasang, Sabah
Tengok dari gambar macam ada kat ladang lembu di New Zealand ja. Cantik permandangannya yang mana belum dicemari dengan arus kemodenan.


5. Melaka
Kat sini banyak tempat yang boleh cheq lawati. Banyak tempat-tempat yang bersejarah dan tempat bershopping pun banyak.

6. Pulau Pinang
Rindu dengan pulau ni. Rindu nak naik feri, makan pasembor kat Padang Kota, berkelah di Batu Feringgi, naik keretapi di Bukit Bendera dan berpoya-poya kat shopping kompleks. Tu semua cheq dah buat pada zaman study dulu.


7. Pulau Langkawi
Sentiasa ada halangan nak pergi sini, padahal dah dekat dengan kampung pun. 

8. Pulau Perhentian
Dah lama pergi dulu, seronok berjalan-jalan dipantainya. Dengan angin-angin sepoi bahasa.


9.Legoland
Asyik dengar orang cerita pasal keseronokan dan kehebatan kat situ. Nak jugak sekali masuk ke dalam tu. Bagi anak-anak rasa, selalu main lego kecik-kecik jer.

10. Kuching, Sarawak
Hanya Sarawak dan Sabah ja negeri yang belum dijejaki lagi. Nak jugak rasa naik kapal terbang ke sana.


11. Rumah Emak dan Ayah
Kat sini la tempat yang cheq sangat-sangat nak melawat. Dah lama tak balik kampung sendiri. Rindukan emak ayah dan sanak-saudara. Rindukan bunyi ayam berkokok, katak berbunyi panggil hujan, ikan melompat dalam bendang, masakan emak dan segala-gala yang best di kampung.

Selesai untuk hari pertama.!!!

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 9

Day 9 : 10 Things You Want To Do

Sebenarnya macam-macam nak buat cuma masa ja macam tak cukup. Tapi kekadang ada sikap M juga, menyebabkan kerja tu tertangguh dan makin menimbun-ninbum.


1. Kerja Ofis
Dah lama cuti, masuk ofis harini tengok banyaknya fail atas meja. Kena settlekan dulu sebelum dia beranak-pinak.


2. Tulis Diary
Wajib untuk kerja macam cheq ni. Tertangguh dah lama. Nasib baik ada backup dalam kalendar phone.



3. Shopping
Barang dapur dah habis, nak pergi beli barang dapur.


4. Masak
Nak masak makanan kegemaran cik husband dan anak-anak.


5. Beli Kek Aiskrim
Teringin nak makan lama dah. Nak kena pergi beli...hehehe, bukannya buat sendiri


6. Bercuti
Bercuti balik kampung, jumpa emak dan ayah. Rindu sangat dah kat depa.


7. Ke Playground
Sejak beranak 3 ni, jarang cheq bawak anak-anak ke playground. Tak mampu nak kawal. Kena tunggu abah diaorang jugak


8. Aktiviti Lasak
Kalau boleh nak buat semua aktiviti lasak macam mendaki gunung, absailing, flying fox, berakit... dah lama tak buat benda-benda gitu.


9. Menjahit
Nak habiskan jahit kain batik gara-gara mesin jahit rosak..hehehe


10. Tidur
Paling best kalau boleh buat nyenyak. Kalau ada anak-anak kompom takleh lena punya.

Tinggal sehari ja lagi...

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 8

Day 8 : 10 Dream Places You Want To Visit.


Haiii...bertemu kembali kita di rancangan cabaran di bulan Oktober. Cabarannya adalah tempat-tempat yang diidam-idamkan untuk dilawati. Sebenarnya dalam Malaysia pun tak semua tempat cheq pergi. Keutamaan cuti-cuti dalam Malaysia. Masalah besar dalam nak bercuti adalah kewangan dan kelulusan cuti. Macam kami suami isteri, bukannya senang-senang boleh keluar daerah, kena dapat kelulusan dulu walaupun nak bergerak sehari 2. Meh la tengok tempat-tempat yang cheq nak sangat pergi, kut-kut ada yang sama boleh la buat rombongan.


1. Pulau Langkawi
Last sekali pergi tahun 2002 kut, dah lama sangat dah. Padahal kalau balik kampung tu, seberang laut ja nak redah pergi pun. Mesti dah banyak perubahan. Insyaallah, tahun depan mungkin terlaksana sebab dah ada dalam perancangan keluarga besar cheq.


2. Legoland
Setiap kali balik kampung cik husband, si kakak akan minta nak pergi sini. Cuti dah la singkat, tak sempat nak pergi. Nak plak sekarang ni, KFC bagi kupon diskaun untuk legoland, lagi la beria-ia dia nak pergi.


3. Kidzania
Terletak di pusat membeli-belah The Curve. Sesuai sangat dengan anak-anak. Tempat pembelajaran sesuatu pekerjaan dan diaorang boleh merasa sendiri buat-buat kerja kat situ.


4. Genting Highland
Setiap kali lalu highway Karak akan nampak lampu berkedip-kedip kat atas bukit. Itulah Genting Highland. Dulu dah sampai kaki bukit dah, nyaris-nyaris sikit lagi nak naik, kena panggil balik bertugas.


5. Sabah dan Sarawak
Semua negeri dalam semenanjung Malaysia cheq dah jejak. Sabah dan Sarawak ja belum lagi. Teringin nak naik kapal terbang ke sana.


6. Jalan TAR
Kegilaan apakah ini..??? Tempat gini pun nak pergi. Best giler kalau shopping kat sini, nak pulak dekat musim raya. Terkenang zaman muda-muda dulu buat gila berjalan dari hujungke hujung.


7. Mekah
Setiap umat Islam mesti impikan nak pergi ke rumah Allah ni. Insyaallah semoga suatu hari nanti kita semua dapat rezeki untuk ke sana.


8. Disneyland
Semuanya untuk anak-anak. Mesti diaorang happy bila dapat berjumpa dengan watak-watak kartun kat sana.


9. Pulau Jeju, Korea
Gara-gara tengok Running Man la ni. Tapi memang superb cantik tempat ni. Nak pulak tiba musim bunga, boleh tengok bunga yang berwarna-warni macam hamparan karpet. Rasa macam nak berguling-guling ja kat situ.


10. Pulau Maldives
Pulau dengan air laut yang jernih, pasir pantai yang putih...wahhh, bestnya kalau dapat snorkeling melihat hidupan dalam laut.

Kesemuanya angan-angan, tapi tak mustahil suatu hari nanti dapat jejak kaki ke situ. Cuma, tengah mengumpul duit untuk ke tempat-tempat dalam Malaysia dulu. Nak tunjuk kat anak-anak betapa Malaysia pun ada tempat-tenpat yang menarik dan best setanding dengan negara luar. Cintailah Malaysia.


Beraya di Perantauan Lagi

Kalau ikutkan cuti 4 hari ni, sempat sangat nak balik kampung. Tapi disebabkan kesihatan kakak baru nak pulih, so cancelkan dulu. Cik husband pun nak amik exam hari Selasa ni, takut kelam-kabut plak. Sob, sob, sob...mama yang beria-ria sangat nak balik kampung ni. 


Tambah sedih bila emak telepon tanya balik tak. Nak masak ketupat lebih katanya kalau kami sekeluarga balik. Sebab emak tahu yang cheq ni memang hantu ketupat palas. Emak mentua pun ada tanya jugak. Ajak beraya di KL, dekat la sikit berbanding nak balik Kota Tinggi nun. Nampaknya dua-dua tempat pun kami tak balik bagi sama adil.

Alaaaaa...macam la tak biasa raya kat sini. Cuma tak dak plan lagi nak masak juadah apa pagi raya ni. Tekak dan selera tak sama. Sorang tekak johor, sorang lagi tekak kedah... kita tengok sapa yang kena!!!

Hari Kopi Sedunia.

Dengar radio Era tadi, baru tahu harini diistiharkan sebagai hari kopi sedunia. Pasni mesti ada hari teh sedunia, hari milo sedunia....ok dah, stop melalut tu.

Sebenarnya cheq memang pengemar tegar kopi ni. Nak plak kopi yang pekat, kawww lebihhh, memang ada umppp la. Tapi sejak cheq tekad nak susukan baby cheq ni dengan susu ibu, so cheq slowkan minum kopi ni. Hanya sekali-sekala ja minum, tu pun campur dengan milo. Memang lemak berkrim la.

Kopi yang cheq selalu minum adalah kopi cap gantang buatan anak jati Kedah. Agaknya memang jual sebelah utara ja kut, sebabnya 5 tahun duk negeri sembilan memang cheq tak jumpa kopi ni. Kat Kelantan ni pun dah masuk 3 tahun lebih pun masih tak jumpa jugak.


Jadi untuk mengelakkan bekalan kopi cheq habis, setiap kali cheq balik kampung cheq akan beli 3, 4 paket untuk bawak balik Kelantan. Emak ayah pun kalau datang sini pun akan bawak bekal kopi ni. Katanya kopi kat sini tak sedap. Kat rumah ni pun cheq sorang ja yang minum, kadang-kadang sampai keras masuk angin kopi tu. Abah mentua cheq pun takleh minum kopi yang cheq bancuh, pekat sangat katanya sampai takleh tidur. Cheq ni minum la satu teko pun, tidur tetap lena...hahahahha

SELAMAT MENYAMBUT HARI KOPI SEDUNIA 



Cabaran 30 Hari | Hari #28 : Andainya

Cabaran harini, 5 perkara bermula dengan ANDAINYA..
Ringkas, padat dan mudah untuk difahami.
Taknak tulis panjang-panjang, malas nak menaip.



~1~
Andainya aku punya sayap, tiap-tiap minggu balik terbang ke kampung. Rindu emak ayah dan sanak saudara.

~2~
Andainya dapat  aku balik ke waktu belajar di universiti, akan aku belajar sunguh-sungguh sampai dapat anugerah Dekan. Tak la menanggung hutang PTPTN ni, kira langsai.

~3~
Andainya aku ni dari keturunan yang kurus cekiding, tak payah la aku control makan. Ini tak ja...makan lebih sikit ja, terus kembang.

~4~
Andainya aku ada duit banyak, aku akan pergi ke London Weight Management untuk kuruskan badan aku dan badan cik husband aku. Kikihkih....

~5~
Andainya aku pergi dulu, tolong doakan aku...

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #24 : Rumah Impian Saya


Macam ni la rumah impian cheq, macam rumah masa zaman cheq dibesarkan. Kalau orang berlari kat atas, dari bawah dah dengar. Malam-malam pun sejuk. Kalau banjir pun selamat, takyah nk susah-susah ubah perabot. Cheq taknak rumah yang besar sangat, cukup la untuk kami 5 beranak ..(opsss, maybe 6 beranak atau 7).  Kalau besar sangat tak larat nak mengemas, nanti nak cari anak pun tak jumpa. Setakat 3 bilik pun dah cukup, anak-anak cheq semuanya gegurl, boleh kongsi bilik.

Yang penting, dapur dan ruang makan mesti besar. Sebabnya cheq nak kami semua makan sekali. Time tu la kita boleh sembang-sembang, bertanya masalah problem. Mesti ada halaman rumah untuk anak-anak cheq keluar bermain. Dalam rumah pun taknak crowded sangat dengan perabot. Biar simple tapi kemas. Biarlah selesa untuk kami berlindung dari hujan dan panas.

Yang paling best kalau dapat bina rumah tepi rumah emak dan ayah, kena angin sawah bendang petang-petang. Insyaallah bakal menjadi kenyataan, tanah kami adik-beradik memang dekat kampung emak ayah. Tunggu nak bina rumah ja. Siapa dulu bina dapatlah dulu dapatlah berjiran dengan emak ayah.

Inilah tanah kami adik-beradik. Sayup mata memandang. Habis la bendang, nak makan nasi nanti kena beli beras siam la.