Macam ni la rumah impian cheq, macam rumah masa zaman cheq dibesarkan. Kalau orang berlari kat atas, dari bawah dah dengar. Malam-malam pun sejuk. Kalau banjir pun selamat, takyah nk susah-susah ubah perabot. Cheq taknak rumah yang besar sangat, cukup la untuk kami 5 beranak ..(opsss, maybe 6 beranak atau 7). Kalau besar sangat tak larat nak mengemas, nanti nak cari anak pun tak jumpa. Setakat 3 bilik pun dah cukup, anak-anak cheq semuanya gegurl, boleh kongsi bilik.
Yang penting, dapur dan ruang makan mesti besar. Sebabnya cheq nak kami semua makan sekali. Time tu la kita boleh sembang-sembang, bertanya masalah problem. Mesti ada halaman rumah untuk anak-anak cheq keluar bermain. Dalam rumah pun taknak crowded sangat dengan perabot. Biar simple tapi kemas. Biarlah selesa untuk kami berlindung dari hujan dan panas.
Yang paling best kalau dapat bina rumah tepi rumah emak dan ayah, kena angin sawah bendang petang-petang. Insyaallah bakal menjadi kenyataan, tanah kami adik-beradik memang dekat kampung emak ayah. Tunggu nak bina rumah ja. Siapa dulu bina dapatlah dulu dapatlah berjiran dengan emak ayah.
Inilah tanah kami adik-beradik. Sayup mata memandang. Habis la bendang, nak makan nasi nanti kena beli beras siam la.
suka jugak rumah kampung papan camni. time raya mesti lagi best. baru rasa suasana beraya kat kampung. =)
ReplyDeleteSaya dilahirkan rumah camni la dulu. Orang sembang kat bilik sebelah p7n dengar...hehehe
DeleteBestnya kak umah tepi bendang. Teringin nak rasa. Fefeeling cite nur kasih :)
ReplyDeleteBest, kalau musim membajak ikut pergi tangkap ikan dalam bendang. Kalau pas menuai, main rounders dalamnya...
DeleteSyoknya kalo dok kt kg...sejuk dan tenang je...untung la ada tanah.
ReplyDeleteKiranya tanah pusaka ni. Mak dah bagi-bagikan untuk kami adik-beradik. Nak buat rumah, boleh. Nak teruskan buat bendang pun boleh..
Deletebest rumah kampung... lagi2 dekat dengan bendang/sawah.... sha tak merasa hidup kat rumah cenggini... balik kampung pun rumah batu je... sobs
ReplyDeleteSekarang ni memang susah dah nak jumpa rumah gini, rumah kampung pun dah guna batu bata dah.
Deleteya allah rinduenye suasana kampung
ReplyDeletedesgn da lebih kurang rumah arwah atok da...
bile arwah tak ade da tak balik sane
igt mase kecik2 kalau budak2 berlari atas rumah bawah da mcm nak roboh da
Iyeee....saya pun dah lama tak rasa suasana tu. Balik kg skrg rumah semua dah berkonkrit.
Deletecantiknya rumahhhhh itu....semoga impian tercapai, amin:)
ReplyDeleteInsyaallah Amizza...
Deletekalau ada tanah sendiri..boleh buat rumah camni...tepi sawah padi..nyaman je tanpa pencemaran kan
ReplyDeleteHahaha....modal lagi banyak buat rumah kayu ni. Kayu lagi mahal dari bata dan simen. Insyaallah, suatu hari nanti, kalau tak jadi rumah camni, rumah kecik pun jadi la.
Delete