Dah hari Jumaat pun harini. Hari Ahad ni sekolah dah bukak. Kakak dah merungut, cuti sekolah ni tak pergi jalan mana-mana pun. Pagi ke taska sampai ke petang. Balik rumah muncung, siap-siap bagitau esok tak mau pergi taska dah. Sebabnya kawan-kawan dia ramai dah balik kampung. Mama ngan abah asyik kerja ja. Cuti sekolah pun sama ja macam hari sekolah. Pagi-pagi dah bangun, bersiap pergi taska.
Hmmmm....kesian anak-anak mama ni. Nak buat camna. Time cuti sekolah la, cuti mama ngan abah kena beku. Pagi-pagi mama hantar kakak, adik dan baby ke taska. Sebelah petangnya abah yang ambil. Dalam seminggu ni, time dalam kereta tu la kami nak bersembang pun. Malamnya, mama balik dah letih. Kadang-kadang masak, kekadang beli luar ja. Pastu masuk tidoq.
Takpa, anak-anak mama ni kuat. Lepas habis kerja mama ngan abah, kita pergi bercuti. Rata-rata kakak nak pergi bercuti nanti. Nak pergi petik strawberry la, nak naik kuda la, nak naik bot la...demand betul kakak ni. Tak kisahlah mana pun, asalkan kita satu family pergi holiday bersama-sama.
Hehe ank2 dah rindu nk g jln2 la tu :)
ReplyDeleteYe lar tu. Dh boring sangat tu, nak plak kawan-kawan duk bercerita gi jalan-jalan.
DeleteHahaha. samalah. aina ni senasib lah macam anak2 akak. dduduk umah je. huhu. tak pe lahh . nanti ada masa boleh jalan2 :)
ReplyDeleteHehehe...kesiannya. pasni jalan puas2...
Deletenasi baik anak2 mama tu dgr cakap kan..apa boleh buat kalau keje sendiri lain lah kan..sendiri ambik cuti :-)
ReplyDeleteGud girl diaorang ni. Tapi pasni mesti si kakak tu tuntut janji nak gi jalan-jalan. ;-)
Deleteanak2 kena berkorban, takpe, mama papa dapat cuti... jom holidayyyyy
ReplyDeleteKeja kumpul duit banyak2, pastu gi holiday habiskan duit...heheeh. yang penting anak2 happy.
Deletealamak, kesiannya anak-anak akak.. budak-budak biasalah, lama terperap mula merengek ajak berjalan..
ReplyDeleteKita yang tua ni pn leh serabut kalau terperuk dalam rumah ja.
DeleteSian anak akak bercuti di taska. Nasib dorang memahami :)
ReplyDeleteTerpaksa dik budak...merungut jugak si kakak tu.
Delete