Terasa Aman Sekali

Baru harini telefon cheq senyap dari segala mesej dan call. Selama 2 minggu ni asyik duk tot tet, tot tet bunyi mesej masuk. Ini semua gara-gara Big Day semalam, apa lagi pilihanraya Kecil kat Tumpat nun. Dah nama pun bertugas sebagai urusetia, so macam-macam group la masuk kat whatsap tu. Nak berjimba-jimba dengan group sekolah pun tak sempat.

Tidur malam pun terganggu, selalunya memang off internet waktu nak tidur. Tapi waktu-waktu kritikal memang takleh nak off, takut ada berita terkini yang perlu di ambil tindakan. Gambar pulak memang terlampau banyak, dah beribu-ribu sampai jadi slow la telefon cheq ni. Nak padam tadi pun jenuh memilih, yang mana leh jadi kenangan tu cheq simpan.

Memang senang nak berhubung dengan adanya whatsap ni sebab mudah dan menjimatkan. Hanya mengggunakan line internet ja. Pastinya semua telefon sekarang mesti ada aplikasi whatsap ni.

Alhamdulillah, selepas tengah malam tadi selesai la tugas cheq. Mujur la takdak kejadian buruk yang berlaku. Memang orang Kelantan ni juruh-juruh. Cheq pun terus keluar satu-persatu group yang ada. Takmau ada gangguan lagi pada waktu malam. Baru la dapat tidur dengan aman malam tadi.




7 comments:

  1. heeeee btl tu mama.. dgn ade whatsp ni senng je nak berhubg.. nak2 hal2 kecemasan..
    tapi kadang2 jadi rimas lak bile dok tot tettt memanjang sampai ke pagi.. aishhh mane grop yang tak berkenann terus mute je.. setel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun group kebanyakannya bersangkut dengan kerja. Terpaksa...kdg-kdg sekali masuk bukan main banyak lagi mesej. Tak sempat nk baca.

      Delete
  2. Replies
    1. Juruh ni loghat Klate. Maknanya baik /sopan santun.

      Delete
  3. cheq suka whatsappp.... rasa macam best sungguh laaa kacau2 orang guna whatsapp ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...suka kacau orang yer. Saya pun suka jugak, tambah2 lagi ada group yang gila-gila. Boleh senyum sorang-sorang ..^_^

      Delete
  4. Hehe sy jd silent reader je selalu kalo group wassap ni

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.