Cabaran 30 Hari : Hari #2 - 5 Cara Memenangi Hati Mama3Farhanah

Entry ke 2 untuk cabaran hari yang ke 3...
Tertinggal gerabak keretapi...
Sebenarnya hati cheq ni dh diisi oleh seorang jejaka dah...
Dia la yang dah berjaya memenangi hati cheq ni..
Tapi disebabkan cabaran ini, cheq listkan 5 caranya...
Sebenarnya ada banyak tapi nk 5 ja..
So, tak la ngada-ngada nk taip banyak-banyak...

5 CARA MEMENANGI HATI MAMA3FARHANAH

1. HORMAT MAK AYAH DAN ORANG YANG LEBIH TUA..
Yang ni la cheq titikberatkan masa nk pilih jodoh dulu. Kena terima seadanya mak dan ayah cheq. Hormat tu bukannya dari perbuatan ja (jumpa, salam, cium tangan) tapi juga dari pertuturan dan pergaulan.

2. BAWAK PERGI SHOPPING / JALAN-JALAN
Yang ni paling senang, hanya siapkan duit ja. Tapi jgn kata cheq mata duitan plak. Bukan apa, nak uji bleh ka si jejaka tu tunggu melangut time cheq memilih barang...dia kenala beekongsi minat dengan kita kannn..

3. PANDAI MEMUJUK
Cheq ni cepat sentap dan mudah merajuk. So, nak la orang yang pandai memujuk. Bukanlah pujuk pakai bunga, coklat...cukup dengan kata-kata yang romantik (ngada-ngada)

4. AMBIL BERAT, CARING
Kita sakit tolong hantarkan ke klinik dan tolong bayar duit ubat (hehehe).

5. BERKERJAYA
Of course, ada kerjaya tetap dan ada gaji bulanan..macamana nk bela anak-anak nanti.. takkan nk harap makwe jer belanja...no way!!!


Gambar ini tiada kena-mengena dengan cerita di atas. Cuma nak tunjuk kecomelan baby cheq je.

#cabaran30hari
#kelabbloggeebenashaari

7 comments:

  1. good luck cabaran30 hari tuu...hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq...tercabar jugak nak habiskan 30 hari tu...;-)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hamboihh partt shopping tuu heheh.

    ReplyDelete
  4. Amoiii mmg comelnya babynyeee gerammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasi Jm...camtu la klau kuah tumpah ke nasik. Perasan plak mamanya...XD

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.