Cabaran 30 Hari | Hari #15 : Surat kepada seseorang

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Cabaran harini, surat kepada seseorang. Cheq memang selalu tulis surat tapi berkaitan dengan kerja ja. Surat rasmi personal last sekali lepas hari raya aritu, tulis kepada cikgu kakak kat sekolah. Sebabnya balik raya kat kg melebihi had cuti.

Time kecik-kecik dulu kalau kena marah ngan emak ayah, cheq akan merajuk dan tulis surat kat emak ayah. Luahkan perasaan pastu tulis la minta maaf. Selalunya surat tu chea akan letak kat almari solek emak ataupn buh dalam poket seluar ayah. Lucu plak bila dikenangkan...hehehe

Satu lagi, setiap kali sebelum bersalin cheq akan tulis surat buat cik husband. Bukannya tulis kat kertas tapi dalam henpon dan simpan dalam folder. Kalau jadi apa-apa kat cheq semasa bersalin, dia akan baca.

Untuk cabaran harini, cheq takkan coretkan surat untuk sesiapa pn sbbnya surat adalah rahsia hati dan terlalu peribadi buat cheq. Nanti dikatakan mengada-ngada dan nak tagih simpati plak. Laman sosial bukanlah tempat untuk cheq luahkan perasaan.


#Cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

8 comments:

  1. betul tu, apa yang patut dirahsiakan, kita rahsiakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarkan rahsia macam lagu dato ct...;-)

      Delete
  2. Assalamualaikum kita tag akak untuk cabaran liebster award..
    Boleh tengok disini
    http://officalmissyana.blogspot.com/2014/09/cabaran-liebstar-award.html

    ReplyDelete
  3. ramai blogger main rahsia2 kan..hehe

    nengok sy pny plak:
    http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-hari-15-surat-kepada.html

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.