Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

19 FEBRUARI CUTI PERISTIWA DI KELANTAN



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



KOTA BHARU (15 Februari 2017) - Kerajaan Negeri mengisytiharkan 19 Februari  ini sebagai cuti peristiwa  bagi memberi peluang kepada semua  rakyat Kelantan yang mahu menyertai Himpunan Mega RUU355 di Kuala Lumpur.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

" Ia sebagai sokongan moral kerajaan negeri kepada usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan kepada Akta 355 ( Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016). 

" Ia juga bagi membolehkan seberapa ramai rakyat Kelantan untuk menyertai himpunan itu nanti, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco kerajaan NEGERI do Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Pads 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian  iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Sumber : Sinar Harian



MUSIM TENGKUJUH DAH TIBA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Setiap hujung tahun, negeri-negeri di Pantai Timur mengalami musim tengkujuh.
Di Kota Bharu ni, hujan dan mula turun sejak hari Jumaat lalu.
Tapi harini hujan turun dari pagi sampai sekarang ni, (8.15 malam) walaupun masih renyai-renyai.

Pemandangan hujan dari tingkap ofis

Mata pun layu ja bila nak buat kerja time sejuk-sejuk ni.
Mula lah timbul penyakit 'M' tu.
Paling ketara, jalanraya kat mana-mana ja dah mula sesak.
Orang ramai pakat guna kereta.

Masih lagi hujan waktu nak ambil kakak
 kat sekolah

Hujan-hujan ni jugaklah teringat hari Krisma tahun 2014.
Bila mana Kelantan dilanda bah besar.
Tahun ni plak, baru ja hujan start cuti dah beku. 😭😭

Hujan adalah rahmat, jangan anggap ianya satu kesulitan.
Berdoalah pada waktu hujan, insyallah dimakbulkan oleh Allah swt.

Beraya di Perantauan Lagi

Kalau ikutkan cuti 4 hari ni, sempat sangat nak balik kampung. Tapi disebabkan kesihatan kakak baru nak pulih, so cancelkan dulu. Cik husband pun nak amik exam hari Selasa ni, takut kelam-kabut plak. Sob, sob, sob...mama yang beria-ria sangat nak balik kampung ni. 


Tambah sedih bila emak telepon tanya balik tak. Nak masak ketupat lebih katanya kalau kami sekeluarga balik. Sebab emak tahu yang cheq ni memang hantu ketupat palas. Emak mentua pun ada tanya jugak. Ajak beraya di KL, dekat la sikit berbanding nak balik Kota Tinggi nun. Nampaknya dua-dua tempat pun kami tak balik bagi sama adil.

Alaaaaa...macam la tak biasa raya kat sini. Cuma tak dak plan lagi nak masak juadah apa pagi raya ni. Tekak dan selera tak sama. Sorang tekak johor, sorang lagi tekak kedah... kita tengok sapa yang kena!!!

Hari Kopi Sedunia.

Dengar radio Era tadi, baru tahu harini diistiharkan sebagai hari kopi sedunia. Pasni mesti ada hari teh sedunia, hari milo sedunia....ok dah, stop melalut tu.

Sebenarnya cheq memang pengemar tegar kopi ni. Nak plak kopi yang pekat, kawww lebihhh, memang ada umppp la. Tapi sejak cheq tekad nak susukan baby cheq ni dengan susu ibu, so cheq slowkan minum kopi ni. Hanya sekali-sekala ja minum, tu pun campur dengan milo. Memang lemak berkrim la.

Kopi yang cheq selalu minum adalah kopi cap gantang buatan anak jati Kedah. Agaknya memang jual sebelah utara ja kut, sebabnya 5 tahun duk negeri sembilan memang cheq tak jumpa kopi ni. Kat Kelantan ni pun dah masuk 3 tahun lebih pun masih tak jumpa jugak.


Jadi untuk mengelakkan bekalan kopi cheq habis, setiap kali cheq balik kampung cheq akan beli 3, 4 paket untuk bawak balik Kelantan. Emak ayah pun kalau datang sini pun akan bawak bekal kopi ni. Katanya kopi kat sini tak sedap. Kat rumah ni pun cheq sorang ja yang minum, kadang-kadang sampai keras masuk angin kopi tu. Abah mentua cheq pun takleh minum kopi yang cheq bancuh, pekat sangat katanya sampai takleh tidur. Cheq ni minum la satu teko pun, tidur tetap lena...hahahahha

SELAMAT MENYAMBUT HARI KOPI SEDUNIA 



Terasa Aman Sekali

Baru harini telefon cheq senyap dari segala mesej dan call. Selama 2 minggu ni asyik duk tot tet, tot tet bunyi mesej masuk. Ini semua gara-gara Big Day semalam, apa lagi pilihanraya Kecil kat Tumpat nun. Dah nama pun bertugas sebagai urusetia, so macam-macam group la masuk kat whatsap tu. Nak berjimba-jimba dengan group sekolah pun tak sempat.

Tidur malam pun terganggu, selalunya memang off internet waktu nak tidur. Tapi waktu-waktu kritikal memang takleh nak off, takut ada berita terkini yang perlu di ambil tindakan. Gambar pulak memang terlampau banyak, dah beribu-ribu sampai jadi slow la telefon cheq ni. Nak padam tadi pun jenuh memilih, yang mana leh jadi kenangan tu cheq simpan.

Memang senang nak berhubung dengan adanya whatsap ni sebab mudah dan menjimatkan. Hanya mengggunakan line internet ja. Pastinya semua telefon sekarang mesti ada aplikasi whatsap ni.

Alhamdulillah, selepas tengah malam tadi selesai la tugas cheq. Mujur la takdak kejadian buruk yang berlaku. Memang orang Kelantan ni juruh-juruh. Cheq pun terus keluar satu-persatu group yang ada. Takmau ada gangguan lagi pada waktu malam. Baru la dapat tidur dengan aman malam tadi.




Liebster Award Tagged By Budak

Assalamualaikum. Inilah jawapan-jawapan untuk soalan yang telah ditag untuk saya. Terima kasih pada BUDAK yang telah menyedia soalan-soalan ini. Hehehe, skemanya ayat.


1. Pasukan bola sepak pilihan anda?
    Kelantan. Gomo klate gomo.

2. Lagu patriotik pilihan anda?
     Warisan - Sudirman

3. Berikan nama negeri yang anda duduki dan berapa buah daerah yang terdapat dalam 
    negeri tersebut?
    Kelantan. Ada 10 daerah. Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Jeli, Tanah Merah, Gua
    Musang, Kuala Krai, Machang, Bachok, Pasir Putih,
   
4. Asam pedas berasal dari negeri mana?
     Melaka bandar bersejarah.

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang anda sukai?
     Pantun usik-mengusik.
  
6. Kalau celup stoking dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
     Dah kena air, kompom stoking jadi basah.

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong   
     jolokkan"
     Buah cempedak tu jiran sebelah punya, minta tolong orang lain yang ambil. Sebab kalau
      kantoi, orang yang jolok tu kena kejar.

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis Kpop?
    Korea

9. Siapakah yang mencipta blogger.com? 
    Huhuhu...tak pernah amik tahu pn.

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab 
       kenapa ia dianggap best.
       Blog saya ni takda la best sgt pn. Biasa-biasa saja. Terpulang kepada pembaca, kalau
       diaorg rasa best, diaorang akan singgah lagi.

11. Apakah perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
      Berasa sangat sedih ingatkan ni soalan terakhir, rupanya ada soalan  
      tambahan...yeahhh

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan diatas?
       Memang genius la. Soalan ni semuanya tak tercapai dek akal...huahuahua

13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas? 
       Tidak, guna otak yg Allah bagi...hihihi

DONE, selesai jawab soalan budak ni. Siap ada soalan tambahan lagi. Kalau jawab guna pen, kompom habis dakwat.

Cabaran 30 Hari | Hari #16 : Siapa, Bagaimana Saya 10 tahun lagi

Assalamualaikum semua..
Dalam tak sedar dah separuh bulan sahut cabaran ni. Mudah-mudahan cheq berjaya habiskan sampai 30 hari. Harini cabarannya siapa, bagaimana cheq 10 tahun lagi.

Hmmmm....10 tahun lagi, cheq dah masuk 4 series. Tapi itu semua rahsia Allah, ntah panjang umur ke idak. Kalau masih bernyawa, cheq tetap cheq jugak, takkan nk tukar jadi Siti Nurhaliza kut. Yang berbeza mungkin usia dan bentuk badan. Cheq tetap berkhidmat dalam pasukan seperti sekarang dan mungkin sudah berpindah keluar dari negeri Kelantan ni.

Tak dapat nak bayangkan la, anak-anak pun belum habis sekolah lagi. Tapi yang pastinya cheq dah memiliki rumah sendiri di kg. Ada rezeki nak ke Mekah samada buat umrah atau haji. Mungkin time tu dah ada anak lelaki.

Otak tengah freeze, tak dapat nk pikir dah. Cukup ka kut apa yang dah ditulis. Apa-apa pn masa depan adalah rahsia Allah. Tiada sapa pun yang dapat mengagak apa yang akan berlaku di masa hadapan. Cuma letakkan harapan untuk mencapainya.



Cabaran 30 Hari | Hari #1 - 5 Fakta Tentang Mama3Farhanah

Cabaran 30 hari dalam bulan September.
Maknanya sehari satu entry..
Tapi cheq dah terlajak ni, tak kira nak join jugak...

1st sekali masukkan gambar terbaru..
Ni la gambar terbaru cheq, diambil berselfie pada malam merdeka...
Tengah bosan tunggu order makan malam tak sampai-sampai lagi..

5 FAKTA TENTANG DIRI MAMA3FARHANAH

#1. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah...merantau cari makan di Negeri Sembilan dan sekarang sambung kerja di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.

#2. Bernikah pada usia 24 tahun dengan jejaka Johor. Mendapat anak pertama pada usia 25 tahun dan sekarang mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel-comel.

#3. Pada mata kasar orang lain,  nampak sombong tapi bila dah kenal saya seorang yang peramah.

#4. Pantang boring atau stress, mesti nak menghabiskan duit dengan pergi bershopping. Kiranya suka bershopping. Selalunya shopping barang anak-anak.

#5. Cepat sentap a.k.a mudah merajuk...

Ok, dah selesai cabaran #1, pasni sambung cabaran #2 plak...makin lama makin susah cabarannya..

JDT VS. TRW


Persaingan antara juara dan naib juara kumpulan C.
Siaran langsung di kaca tv, saluran Astro Arena 801.
Juga boleh tengok secara live di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu..


vs.  

Cheq ni bukannya minta bola sangat pn, tp disebabkan cik husband cheq minat, terpaksa layan jugak la..
Malam ni cik husband cheq layan bola kat stadium..
Dan tentunya dia sokong JDT, negeri kelahirannya...
Cheq pulak sokong kelantan sbbnya duk kat kelantan kannn...
Anak-anak pn cheq paksa sokong kelantan..
Walaupn cik husband cheq sokong Johor tp dia tak berani nk pakai jersi Johor, takut tak balik rumah...hahaha
Minta-minta la kelantan menang malam ni, boleh la jadi bahan nk perli cik husband cheq...


Semangat kesukanan dengan memakai jersi pilihan. Cheq dipaksa sokong Johor...okkk

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
GOMO KLATE GOMO

Sambut Malam Merdeka

Rupanya dh tahun ke 4 sambut merdeka kat Kelantan...
Sebelum ni tak pernah tahu pun orang kat sini sambut detik 12 malam kat mana..
Sebabnya cheq sekeluarga bukannya jenis keluar sambut-sambut perayaan ni pn..
Semalam keluar pn sbb tuntut janji dari cheq husband nk bawak kami sekeluarga keluar jalan-jalan...

Lepas makan malam, saja-saja pusing ka Tambatan Diraja Kota Bharu...
Nampak macam happening, rupanya tiap-tiap malam minggu mmg happening pn kat situ..
Ada buskers, kadang-kadang ada bling-bling man, pertunjukan ular, keta kuda...
Tambahan semalam nak sambut merdeka, lagi la meriah..








Ingatkan nak tunggu detik 12 jam, nak laungkan merdeka...
Tapi anak-anak dah meragam, so terus balik...
Sambut kat rumah ja...
Insyaallah tahun depan baby dah besar boleh kita sambut kat luar lagi...
Jangan ada baby baru sudah la...

WESTERN DINNER

Malam ni tinggal cheq dengan anak-anak ja kat rumah...
Cik husband cheq keja...
Kepala otak mula la duk memikir nk masak untuk dinner nanti...
Klau ada cik husband, dia yang selalu bagi cadangan..

Selongkar peti ais, bahan-bahan lebih untuk jamuan hari raya minggu lepas ada lagi...
Masak tu ja la cuma cheq pegi kedai beli sos prego cabonara...
Anak-anak cheq ni fobia dengan kuah yang berwarna merah..
Maklum la dah jadi orang Kelantan, takut pedas..


Bahan-bahan untuk menyediakan spagetti cabonara.
1. Spagetti
2. Sos prego cabonara
3. Daging kisar/sosej
(Pastikan daging kisar dibasuh hingga hilang bau hanyir)
4. Bawang besar & bawang putih
5. Minyak untuk menumis
6. Carrot (pilihan : taknak buh pn takpa)
7. Perasa ( garam, gula lada sulah)


Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu hingga naik bau.


Apabila bawang dah naik bau, masukkan daging kisar dan biarkan masak. Kemudian masukkan karrot dan kacau.


Apabila dah agak carrot tu lembut dah, masukkan sos prego cabonara. Tambahkan perasa
dan masak hingga kuahnya mendidih...jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Kalau terlalu cair, masukkan air bancuhan tepung jagung..

Inilah hasilnya bila dah siap. Dimasak dan dihidangkan penuh kasih sayang untuk anak-anak tercinta.

Mudah ja sebenarnya nak buatnya...
Bahan pn tak banyak dan cepat siapnya...
Kalau cik husband ada mmg kena masak nasik juga...
Perut dia tu perut orang melayu jawa, kena isi dengan nasik..
Sebab cik husband takde la, cheq masak masakan ni...

PIALA KPN 2014

Excited bila nama cheq terpilih untuk wakil kontinjen Kelantan dalam pertandingan congkak...
Bukan alang-alang orang leh main congkak ni...
Lagi pn ni 1st time, kontinjen hantar group congkak...
Sehari sebelum perlawanan, sibuk la mencari baju kurung untuk team kitaorang...
Nak pakai baju yang serupa..
Berjam-jam pilih baju, maklumla group kitaorang ni lain-lain saiz badan...
Last minute buat kerja, memang biasala tu...








Hari pertandingan, nama cheq dulu yang dipanggilnya..
Debar dada bukan main lagi...
1st pusingan lawan dengan KUALA LUMPUR alhamdulillah menang...
Lega skit...

Nak masuk pusingan kedua, jumpa juara bertahan iaitu KEDAH...
Takut dah dengar, sbb sebelum tu ada sembang-sembang dengan diaorang...
Kalau ikut strategi diorang, pihak lawan akan kalah dengan tinggal dua biji guli ja dalam rumah...
Mak aiiii...betoi-betoi otai diorang ni..
Lawan dengan diaorang mmg cheq kalah, tapi takla sampai tinggal 2 biji guli tu..
Ada la juga dalam 20 biji lebih...hihihi

Pusingan ke tiga jumpa dengan kontinjen BUKIT AMAN...
Tengok ahli group diorang semuanya veteren, kompom terror giler ni..
Takde la terror mana pn sbb cheq leh menang sbb mmg bersaing sampai set ketiga...

Selepas dihitung markah kesemuanya, kontinjen KELANTAN untuk pertandingan congkak dapat nombor 5..
Kira ok la tu, bagi kitaorang yang 1st time main..
Pastu training pn kadang-kadang jer...
Jurulatih dah offer cheq untuk tournament yang akan datang...
Hehehe...kena pikir dulu la dan kena atur strategi dari sekarang..







WAJIB DATANG SINI BILA ADA DI KELANTAN

Tempat shopping yang happening diKelantan...
Apa lagi, dah tentu la Wakaf Che Yeh...
Nak beli apa, semuanya ada di sini...
Dibuka ada sebelah malam...
Lagi ke tengah malam, lagi la happening...

This is Wakaf Che Yeh...yawww

Kalau musim cuti, memang sesak tempat ni...
Para peniaga pulak, kalau dapat customer org dari luar, mmg diaorang akan letakkan harga tinggi..
Kalau saudara-mara cheq datang sini, memang kat sini tempat selalu cheq bawak...
Cik husband cheq ni pandai kecek klate, so takle kena tekan dengan harga tinggi...
Malam Sabtu aritu, cheq bawak family kakak cheq ke sini...
Sebabnya nk cari pelikat pants...macam la kt Kedah takdak jual. Hihihi...


Bertolak lepas maghrib, lebih kurang 30 minit dari rumah cheq kalau jalan tak sesak....
Orang tak ramai lagi time tu, so nak jalan pilih orang pn senang...
Yang penting anak-anak tu jangan hilang dari mata...
Jauh skit ja, dengar la sora cheq duk menjerit panggil diaorang...

Dah jumpa pn pelikat pantsnya. Dapat harga murah sbb malam tu memang orang tak ramai. Lagi pn cik suami kita kecek klate pekat tawar harga...

Cheq jadi model tak berbayar untuk kain sutera ni...cantik tapi tak mampu nak beli  kalau beli pn bila nk pakai. Pegi kerja pakai unipom.

Beli buah-buahan yang segar..murah giler



Pas penat jalan-jalan, kita minum dulu...masing-masing duk pikir nk beli apa lagi pasni...

Ok lah, barang yang dicari pn dah dapat...
Orang pun dah makin ramai, cuaca pn dh panas...
Sebelum anak-anak buat perangai, jom balik...
Nanti ada sedara-mara yang datang, cheq bawak lagi ke sini...
Kalau nak harap datang sendiri, memang takla....