السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
KOTA BHARU (15 Februari 2017) - Kerajaan Negeri mengisytiharkan 19 Februari ini sebagai cuti peristiwa bagi memberi peluang kepada semua rakyat Kelantan yang mahu menyertai Himpunan Mega RUU355 di Kuala Lumpur.
Perkara tersebut diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.
" Ia sebagai sokongan moral kerajaan negeri kepada usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan kepada Akta 355 ( Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016).
" Ia juga bagi membolehkan seberapa ramai rakyat Kelantan untuk menyertai himpunan itu nanti, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco kerajaan NEGERI do Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.
Pads 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Sumber : Sinar Harian
Semoga membawa keberhasilannya nanti..
ReplyDeleteInsyaallah, akan tercapai matlamat perhimpunan ni
Deleteyeayy..cuti..moga Allah permudahkan segala urusan
ReplyDeleteAmin, semoga semuanya dipermudahkan.
DeleteYeayyy, cuti =)