MAKAN MALAM AIR TANGAN SUAMI


Assalamualaikum 💕💕💕

Macam biasa, balik kerja mesti penat kannn.. 
Gitulah jadinya pada cheq.
Jadi semalam husband cheq volunteer untuk masak makan malam.
Cheq plak handle anak-anak dari A to Z

Husband cheq ni peel dia, kalau dah masuk dapur jangan kacau dia
Biar dia mula dan dia sendiri habiskan (peel dia sama dengan cheq)
Dari ruang tanu dah boleh bau tumis, sedap
Cheq cuma masuk untuk jadi tukang rasa ja
Time tu dah boleh komplain macam-macam

Masak asam pedas ikan campur-campur
Ada ikan selar kuning, ada ikan tongkol. Yang penting mesti
ada daun kesum dan nanas

Menu untuk malam ini adalah asam pedas versi Johor
Semua ikan yang ada dalam peti sejuk tu, dimasukkan dalam kuah asam pedas 
(dalam proses menghabiskan stok ikan dalam peti sejuk)


nampak dak orang diet makan. Pinggan penuh
dengan daun kesum

Orang Johor ni suka makan masakan yang pedas
Husband cheq kalau mesti dia ingat kat anak-anak
Jadi dia akan buatkan kuah asing untuk anak-anak cheq yang tak boleh makan pedas tu.
Sup kaki ayam

Sup kaki ayam untuk anak-anak

Licin pinggan, sedap tak terkata


Alhamdulillah, semalam kami sekeluarga kenyang dengan hasil air tangan suami dan abah kepada anak-anak cheq.
Walaupun mukanya nampak bengis dan ganas tapi selalu masuk dapur dan uruskan rumahtangga.
Bukannya takut isteri tapi tolenrasi dalam rumahtangga.
Insyaallah akan bahagia.

10 comments:

  1. Rajinnyaaa en somi... Seronok bila sesama memahami kepenatan seharian...

    ReplyDelete
  2. wah... sedap nampak masakan hband sis... untung la yer... perut kenyang hati senang sis bila hband dh masuk dapur.... hehe

    ReplyDelete
  3. uii..untungnya ada husband pandai msk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dia lagi pandai masak dari bini dia ni, hehehe

      Delete
  4. Sedap untung suami kak ann pandai masak ada masa.. Suami ada gak tolong2 kat dapur time xkeje hihihi nak masak x berapa lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ok la tu ekin. Mula-mula tolong dulu, nanti dia start masak la, hahaha

      Delete
  5. Hi dear..
    Licin pinggan..nampak pun mcm sedap..
    Betul tu, kita suami isreri perlu bantu membantu...
    Sesekali suami masak, hati kita pun bahagia...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.