PEMBEDAHAN BREAST CANCER

Assalamualaikum 💕💕💕


Bersiaran kembali setelah beberapa hari menyepi. Menenangkan hati yang tengah gundah-gulana. Awal tahun ni, emak cheq disahkan menghidap breast cancer. Itu pun setelah emak perasan ada ketul kat pangkal ketiak dia.


Hasil carian imej untuk tulisan breast

Semalam emak cheq telah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan tu. Alhamdulillah selepas duk berjam-jam dalam wad pembedahan ( 1230hrs - 1630hrs ), emak cheq telah disorong masuk ke wad biasa untuk pemulihan.




Sepatutnya selepas pembedahan, pesakit akan melalui proses kimioterapi. Tetapi emak cheq menolak untuk membuat kimioterapi, disebabkan pengalaman emak cheq melihat betapa sengsaranya kakak cheq selepas buat kimioterapi. Kami anak-beranak memang tak memaksa, biar emak cheq sendiri membuat pilihan sendiri.

Doakan emak cheq bebas dari kanser dan sihat seperti biasa.

7 comments:

  1. moga mak mama3farhah cpt sembuh..aamiin

    ReplyDelete
  2. moga mak sihat...banyakkan beri sokongan untuk mak ye...:(

    ReplyDelete
  3. moga mak ann terus sihat 100% pasni.
    teruskan pemakanan yg sihat.
    in shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. Semoga mak kak ann sihat sepenuhnya nanti

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.