Showing posts with label Telefon. Show all posts
Showing posts with label Telefon. Show all posts

TERSALAH ORANG


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sejak sebulan ni, telefon cheq busy sangat-sangat. Sebelum ni aman ja. Ada ja orang yang cheq tak kenai mai telefon cheq.  Kadang-kadang balai polis pun telefon cheq nak maklum repot. Ni sebabnya ada sorang pegawai baru masuk lapor sini, nama dia nak sama macam nama cheq. Noriha nama dia. Bezanya nama dia takdak 'N' kat belakang.



Sekarang ni duk macam-macam orang telefon tanya pasai kes depa, cheq dah serabut. Yang tak paling tahan tu, dah ada yang tunggu depan pintu ofis cheq nak tanya khabar berita kes depa. Cheq boleh bagitau yang depa salah orang ja. 

Bukan salah pegawai tu, bukan salah operator dan bukan juga salah orang kat kaunter tu kalau terminal orang. Depa memang tak berapa nak kenal lagi pegawai-pegawai baru ni. Nak plak sekali mai sampai 5,6 orang, tak sempat nak hafal nama. Nama cheq ja yang dah terpahat dalam hati depa. Hehehe.. 

~ terima kasih kerana sudi membaca ~

CABARAN NOVEMBER #2 BY KHATY R'BAIN : HARI 5 - Gambar Gajet Kesayangan

Hari 5 : Gambar gajet kesayangan

Dihadiahkan oleh cik husband untuk birthday cheq tahun lepas. 
Sangat penting sebab segala-galanya ada dalam tu.
Of course la telepon untuk hubungi satu sama lain.
Boleh jadi kamera merakam gambar-gambar terutamanya gambar anak-anak.
Jugak jadi jam sebab cheq memang tak pakai jam tangan.
Jadi kalendar, kadang-kadang blur lupa hari apa.
Diary untuk meluahkan perasaan, cewahhh.
Alarm clock, tapi selalunya tutup balik.
Selalunya jadi laptop sebab cheq selalu online melalui telepon.


Samsung Note 2. Semestinya warna pink.
Ihsan : google

Cabaran 30 Hari | Hari #26 : Gajet Kepunyaan Saya

Harini hari yang ke 26, yeeehaaaa tak lama dah nak habis cabaran ni. Kisah pasal gajet harini. Inilah gajet-gajet cheq. Kebanyakannya dibeli sendiri yer...


Susah payah cheq kumpulkan benda alah ni semata-mata nak ambik gambar ja. Selalunya cheq online guna telefon atau tab ja. Laptop tu buat pekasam kat rumah. Mana taknya, baru cheq pegang ja anak-anak dah sibuk nak tengok kartun la, frozen la...dah berebut dengan diaorang. Online guna telefon ni mudah, sambil nak tidurkan anak pun boleh online, cuma kena jengilkan biji mata je skit. 

Telefon samsung putih tu cheq standby kut-kut telefon yang satu lagi kiok takdak bateri, tapi selalunya jadi alarm untuk bangun pagi. Kamera tu dah lama cheq beli dan dah lama tak guna. Charger pun dah lupa simpan kat mana.

Dah semua gajet dikumpul kat sini, dengan apa plak diambilnya gambar ni...hehehe, pinjam tab si kakak plak ambil gambar ni. 

##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari