Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 7

Day 7 : 10 Things To Do When You Are Bored

Hampir-hampir terlepas cabaran harini sebab leka berblogwalking. Itu pun tak sempat nak jengah semua blog. Selalunya cheq akan mengalami kebosanan kalau berada di rumah tanpa ada anak-anak. Rasa sunyi, kosong dan mula la timbul boring. Check it out tengok apa yang selalu cheq buat time boring..


1. Main Telepon
Ini selalunya kalau boring time meeting. Habis semua games yang ada dalam phone dimainnya. Lastnya, dengar telepon bunyi habis bateri.


2. Mengadap Laptop
Time takdak anak-anak la nak boleh mengadap laptop pun. Kalau tak berebut dengan diaorang.


3. Tengok Tv.
Sekarang ni asyik duk ulang tengok gambar Running Man. Tak pernah jemu.


4. Makan
Bila dah boring, mula la selongkar dapur. Kadang-kadang jajan untuk anak pun cheq bedal makan..


5. Memasak.
Bila dah boring, takdak benda nak makan, mula la nak memasak. Masak meggi pun jadi la.


6. Kemas Rumah
Boring mengadap benda yang sama setiap hari, mula la nak mengubah susun atur dalam rumah.


7. Keluar Jalan-jalan
Bila dah duk dalam rumah lama sangat, jadi boring. Anak-anak plak mula buat perangai. Maklum la rumah tingkat 4. Sekali turun ke bawah terus keluar jalan-jalan.


8. Tidur
Kadang-kadang bila dah terlampau boring. Nak buat apa-apa pun takdak mood, bantal la jawabnya. 

9-10
Ulang balik apa yang diatas sampai hilang boring...hehehehe

Sekian, terima kasih ♥♥♥♥♥


Cabaran 30 Hari | Hari #24 : Rumah Impian Saya


Macam ni la rumah impian cheq, macam rumah masa zaman cheq dibesarkan. Kalau orang berlari kat atas, dari bawah dah dengar. Malam-malam pun sejuk. Kalau banjir pun selamat, takyah nk susah-susah ubah perabot. Cheq taknak rumah yang besar sangat, cukup la untuk kami 5 beranak ..(opsss, maybe 6 beranak atau 7).  Kalau besar sangat tak larat nak mengemas, nanti nak cari anak pun tak jumpa. Setakat 3 bilik pun dah cukup, anak-anak cheq semuanya gegurl, boleh kongsi bilik.

Yang penting, dapur dan ruang makan mesti besar. Sebabnya cheq nak kami semua makan sekali. Time tu la kita boleh sembang-sembang, bertanya masalah problem. Mesti ada halaman rumah untuk anak-anak cheq keluar bermain. Dalam rumah pun taknak crowded sangat dengan perabot. Biar simple tapi kemas. Biarlah selesa untuk kami berlindung dari hujan dan panas.

Yang paling best kalau dapat bina rumah tepi rumah emak dan ayah, kena angin sawah bendang petang-petang. Insyaallah bakal menjadi kenyataan, tanah kami adik-beradik memang dekat kampung emak ayah. Tunggu nak bina rumah ja. Siapa dulu bina dapatlah dulu dapatlah berjiran dengan emak ayah.

Inilah tanah kami adik-beradik. Sayup mata memandang. Habis la bendang, nak makan nasi nanti kena beli beras siam la.