Showing posts with label Kasut. Show all posts
Showing posts with label Kasut. Show all posts

Cuci Mata Di G-Orange

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maybe bosan duk kat rumah seharian tanpa ada apa-apa aktiviti menyebabkan anak-anak cheq buat perangai. Abah diaorang balik ja dari kerja si kakak Dinah ajak pergi beli buku, adik Diyanah ajak beli kek dan baby Damia plak, tak sempat lagi abah dia bukak kasut dah mintak dukung.

Cik husband walaupun penat tetap nak tunaikan permintaan anak-anak. Lepas maghrib, keluar lah kami satu family. Dah selesai makan malam dan beli kek, tengok malam masih muda. Pusing-pusing dalam bandar pun tak sampai 10 minit dah selesai. Kalau balik rumah ni, kompom buat perangai lagi anak-anak cheq.

Bergerak la kami tanpa arah tujuan sampai la di hadapan bangunan G-Orange, pusat persbot dan kelengkapan rumah. Saja ajak berhenti, masuk cuci mata, kut-kut ada yang berkenan boleh la terus beli.

Bermacam-macam barangan elektrik ada dijual disini. 
Pelbagai jenis jenama.
Nampak macam sibuk jer memilih, padahal jalan-jalan
cuci mata ja.

Geram tengok perabot yang cantik-cantik ni. Sesuai
dengan harganya.

Masing-masing berangan macam duk rumah sendiri..

Lampu candelier yang sangat cantik. Nanti beli buh kat 
rumah sendiri la.



Terpegun tengok kecantikan  perabot-perabot kat sini dan ternganga plak tengok harganya. Memang datang cuci mata betul, habis pusing bahagian atas dan bawah, terus balik.

Cabaran 30 Hari | Hari #14 : Cerita Kasut Saya

Cabaran harini pasal kasut. Kasut cheq ni takla banyak sangat sampai kena ada rak sendiri.  Kat rumah ni cik husband cheq la pengemar kumpul kasut. Kalau time kecik-kecik dulu, kami adik-beradik pompuan mesti kasut serupa. Dah besar ni ada duit sendiri, leh pilih pilihan sendiri.

Kasut kegemaran

Ni la selipar kegemaran cheq, dah bertahun-tahun cheq pakai. Sedap bila pakainya. Ringan, nipis dan seksi. Murah ja tak sampai RM20 pn. Tapak dan talinya memang tahan cuma kain alas tu ja yang dah koyak-koyak. Kalau pakai ni jalan pn kena slow-slow sbb tapak dah haus, licin Sekarang ni selipar ni tersimpan dalam rak kasut, nk buang sayang. 

Kasut Baru

Baru ja beli hari Khamis lepas. Beli pun semata-mata nk pergi kerja outstation. Jenama pn ntah apa-apa ja. Cheq tak mementingkan jenama asalkan sedap dipakai. Harga pun murah sepadan dengan jenama la. Pas habis oustation, kasut ni pun masuk dalam kotak balik la. Bukannya nk pakai sangat pun.

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari