Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 1

Sesuai sangat cabaran ni untuk cheq yang kekeringan idea nak menulis. Terima kasih untuk sis Kathy R'bain yang mencipta cabaran ni. Disebabkan bulan November, maka jawapan-jawapan yang diminta pun 11 semuanya. 


Hari : 11 tempat ingin dilawati di Malaysia


1. Cameron Highland
Walaupun dah pernah pergi, masih terkenang-kenang lagi suasana dan permandangan ladang-ladang teh kat sana. Dulu pergi tak dirancang, kali ni pergi kalau boleh nak masuk semua tempat kat sana.

2. Genting Highland
Mungkin cheq suka tempat-tempat sejuk kut. Teringin nak rasa permainan-permainan ekstrem yang ada kat sana.

 

3. Gunung Kinabalu
Nak mendaki sampai ke puncak gunung dan menikmati alam semulajadi dari gunung tertinggi di Malaysia.

4. Kundasang, Sabah
Tengok dari gambar macam ada kat ladang lembu di New Zealand ja. Cantik permandangannya yang mana belum dicemari dengan arus kemodenan.


5. Melaka
Kat sini banyak tempat yang boleh cheq lawati. Banyak tempat-tempat yang bersejarah dan tempat bershopping pun banyak.

6. Pulau Pinang
Rindu dengan pulau ni. Rindu nak naik feri, makan pasembor kat Padang Kota, berkelah di Batu Feringgi, naik keretapi di Bukit Bendera dan berpoya-poya kat shopping kompleks. Tu semua cheq dah buat pada zaman study dulu.


7. Pulau Langkawi
Sentiasa ada halangan nak pergi sini, padahal dah dekat dengan kampung pun. 

8. Pulau Perhentian
Dah lama pergi dulu, seronok berjalan-jalan dipantainya. Dengan angin-angin sepoi bahasa.


9.Legoland
Asyik dengar orang cerita pasal keseronokan dan kehebatan kat situ. Nak jugak sekali masuk ke dalam tu. Bagi anak-anak rasa, selalu main lego kecik-kecik jer.

10. Kuching, Sarawak
Hanya Sarawak dan Sabah ja negeri yang belum dijejaki lagi. Nak jugak rasa naik kapal terbang ke sana.


11. Rumah Emak dan Ayah
Kat sini la tempat yang cheq sangat-sangat nak melawat. Dah lama tak balik kampung sendiri. Rindukan emak ayah dan sanak-saudara. Rindukan bunyi ayam berkokok, katak berbunyi panggil hujan, ikan melompat dalam bendang, masakan emak dan segala-gala yang best di kampung.

Selesai untuk hari pertama.!!!

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 9

Day 9 : 10 Things You Want To Do

Sebenarnya macam-macam nak buat cuma masa ja macam tak cukup. Tapi kekadang ada sikap M juga, menyebabkan kerja tu tertangguh dan makin menimbun-ninbum.


1. Kerja Ofis
Dah lama cuti, masuk ofis harini tengok banyaknya fail atas meja. Kena settlekan dulu sebelum dia beranak-pinak.


2. Tulis Diary
Wajib untuk kerja macam cheq ni. Tertangguh dah lama. Nasib baik ada backup dalam kalendar phone.



3. Shopping
Barang dapur dah habis, nak pergi beli barang dapur.


4. Masak
Nak masak makanan kegemaran cik husband dan anak-anak.


5. Beli Kek Aiskrim
Teringin nak makan lama dah. Nak kena pergi beli...hehehe, bukannya buat sendiri


6. Bercuti
Bercuti balik kampung, jumpa emak dan ayah. Rindu sangat dah kat depa.


7. Ke Playground
Sejak beranak 3 ni, jarang cheq bawak anak-anak ke playground. Tak mampu nak kawal. Kena tunggu abah diaorang jugak


8. Aktiviti Lasak
Kalau boleh nak buat semua aktiviti lasak macam mendaki gunung, absailing, flying fox, berakit... dah lama tak buat benda-benda gitu.


9. Menjahit
Nak habiskan jahit kain batik gara-gara mesin jahit rosak..hehehe


10. Tidur
Paling best kalau boleh buat nyenyak. Kalau ada anak-anak kompom takleh lena punya.

Tinggal sehari ja lagi...

Liebster Award By Misz Minniey

Ditag lagi untuk Liebster Award dari Misz Minniey. Hampir-hampir terlepas pandang dah soalan-soalan adik. Sementara teringat ni, baik cheq jawab dulu. 


Ini soalan dan jawapannya  :-

1. Siapa tokoh yang korang ingin contohi.
Emak dan ayah saya. Mereka saling setia dan sanggup bersusah payah antara satu sama lain.

2. Siapa cikgu sekolah tabika korang ?
Allahyarhumah cikgu Ramlah. Baru meninggal awal tahun ni. Al-fatihah.

3. Apa kenangan manis dan sukar untuk dilupakan ?
Bersalin anak pertama. Happy dan bangga bila ada anak. Pengalaman pertama bertarung nyawa melahirkan anak.

4. Andai diberi pilihan...antara kucing dan arnab, yang mana korang suka dan why?
Maybe saya akan pilih kucing. Kucing ada macam-macam spesis, arnab rasanya sejenis tu ja kot..

5. Tajuk novel pertama yang korang baca ?
Tak ingat tajuk apa. Mengisahkan sorang nurse menjaga pesakit seorang lelaki kaya dan telah jatuh cinta. 

 6. Apakah impian yang anda inginkan ?
Pergi bercuti bersama family.

7. Tempat paling best korang pernah lawati ?
Langkawi. Dunia penuh coklat.

8. Apa perkataan yang korang selalu sebut bila korang marah ?
Diam la!!!!

9. Pendapat korang tentang pendidikan kanak-kanak masa sekarang ?
Bagus kerana penggunaan bahasa inggeris dalam beberapa subjek.

10. Pendapat korang tentang blog ini ?
Simple dan sedap mata memandang. Entry-entry yang ditulis berkisarkan isu-isu semasa.

11. Tema wedding korang warna apa ?
Dah terlepas dah dik. Tema saya dulu silver dan hijau.

DONE !!!

Ini soalan daripada cheq. Cheq memang tak tag kepada sapa-sapa pun. Rasanya macam semua dah kena. Tapi sapa-sapa nak jawab soalan ni, dipersilakan. Pastu maklum kat cheq semula, nak bagi markah...hehehe. Good Luck



Hari Kopi Sedunia.

Dengar radio Era tadi, baru tahu harini diistiharkan sebagai hari kopi sedunia. Pasni mesti ada hari teh sedunia, hari milo sedunia....ok dah, stop melalut tu.

Sebenarnya cheq memang pengemar tegar kopi ni. Nak plak kopi yang pekat, kawww lebihhh, memang ada umppp la. Tapi sejak cheq tekad nak susukan baby cheq ni dengan susu ibu, so cheq slowkan minum kopi ni. Hanya sekali-sekala ja minum, tu pun campur dengan milo. Memang lemak berkrim la.

Kopi yang cheq selalu minum adalah kopi cap gantang buatan anak jati Kedah. Agaknya memang jual sebelah utara ja kut, sebabnya 5 tahun duk negeri sembilan memang cheq tak jumpa kopi ni. Kat Kelantan ni pun dah masuk 3 tahun lebih pun masih tak jumpa jugak.


Jadi untuk mengelakkan bekalan kopi cheq habis, setiap kali cheq balik kampung cheq akan beli 3, 4 paket untuk bawak balik Kelantan. Emak ayah pun kalau datang sini pun akan bawak bekal kopi ni. Katanya kopi kat sini tak sedap. Kat rumah ni pun cheq sorang ja yang minum, kadang-kadang sampai keras masuk angin kopi tu. Abah mentua cheq pun takleh minum kopi yang cheq bancuh, pekat sangat katanya sampai takleh tidur. Cheq ni minum la satu teko pun, tidur tetap lena...hahahahha

SELAMAT MENYAMBUT HARI KOPI SEDUNIA 



Cabaran 30 Hari | Hari #28 : Andainya

Cabaran harini, 5 perkara bermula dengan ANDAINYA..
Ringkas, padat dan mudah untuk difahami.
Taknak tulis panjang-panjang, malas nak menaip.



~1~
Andainya aku punya sayap, tiap-tiap minggu balik terbang ke kampung. Rindu emak ayah dan sanak saudara.

~2~
Andainya dapat  aku balik ke waktu belajar di universiti, akan aku belajar sunguh-sungguh sampai dapat anugerah Dekan. Tak la menanggung hutang PTPTN ni, kira langsai.

~3~
Andainya aku ni dari keturunan yang kurus cekiding, tak payah la aku control makan. Ini tak ja...makan lebih sikit ja, terus kembang.

~4~
Andainya aku ada duit banyak, aku akan pergi ke London Weight Management untuk kuruskan badan aku dan badan cik husband aku. Kikihkih....

~5~
Andainya aku pergi dulu, tolong doakan aku...

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #24 : Rumah Impian Saya


Macam ni la rumah impian cheq, macam rumah masa zaman cheq dibesarkan. Kalau orang berlari kat atas, dari bawah dah dengar. Malam-malam pun sejuk. Kalau banjir pun selamat, takyah nk susah-susah ubah perabot. Cheq taknak rumah yang besar sangat, cukup la untuk kami 5 beranak ..(opsss, maybe 6 beranak atau 7).  Kalau besar sangat tak larat nak mengemas, nanti nak cari anak pun tak jumpa. Setakat 3 bilik pun dah cukup, anak-anak cheq semuanya gegurl, boleh kongsi bilik.

Yang penting, dapur dan ruang makan mesti besar. Sebabnya cheq nak kami semua makan sekali. Time tu la kita boleh sembang-sembang, bertanya masalah problem. Mesti ada halaman rumah untuk anak-anak cheq keluar bermain. Dalam rumah pun taknak crowded sangat dengan perabot. Biar simple tapi kemas. Biarlah selesa untuk kami berlindung dari hujan dan panas.

Yang paling best kalau dapat bina rumah tepi rumah emak dan ayah, kena angin sawah bendang petang-petang. Insyaallah bakal menjadi kenyataan, tanah kami adik-beradik memang dekat kampung emak ayah. Tunggu nak bina rumah ja. Siapa dulu bina dapatlah dulu dapatlah berjiran dengan emak ayah.

Inilah tanah kami adik-beradik. Sayup mata memandang. Habis la bendang, nak makan nasi nanti kena beli beras siam la.

Cabaran 30 Hari | Hari #22 : Destinasi Percutian Idaman

Susahnya bagi orang yang kerja macam cheq ni nak bercuti. Nak plak dapat bos yang tak sporting. Minta cuti seminggu, dipotongnya tinggal 4 hari. Camna gayanya nak pergi bercuti. 

Walaupun kebarangkalian nak dapat cuti lama tu agak sukar, tapi cheq tetap berangan nak bawak anak-anak cheq pergi bercuti. Tempat idaman cheq tentulah kat pulau. Ada pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Biarkan ombak pantai menghempas kaki, bina istana pasir sama-sama, jalan di pantai sambil berpegangan tangan. Malamnya berbaberque di pantai.....fuhhhhhhh,  bestnya berangan. 

Pulau Langkawi  - dipisahkan dengan laut ja dengan kampung emak dan ayah. Last sekali pergi tahun 2002. Punya la lama ..

Pulau Pangkor - Baru sekali jejak kaki ke situ. Pergi dengan trip family. Kumpul duit sendiri tau nk ikut pergi ni.

Pulau Maldives - Kalau dapat pergi holiday kt sini memang marvellos la. 

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari


Cabaran 30 Hari | Hari #17 : 5 Perkara yang dirindui

Cabaran hari ini. 5 perkara yang dirindui. Apa saja yang dirindui. So, inilah jawapan saya. Sudikan lah baca.



1. Zaman kanak-kanak
Zaman kanak-kanak la yang paling best. Takyah pikir apapun, tahu main ja. Makan pakai dah tersedia. Rindu giler zaman tu.

2. Time mengandung
Time peknen adalah masa untuk bermanja-manja dengan cik husband. Time tu nk apa, nk makan apa, sedaya upaya dia tunaikan. Sekarang ni tak sempat dah, sibuk dengan anak-anak.

3. Baru lepas bersalin
Rindu bau baby. Nikmatnya lepas bersalin. Ni yang tak sabar nak mengandung lagi ni.

4. Rindukan arwah adik
Dah 3 tahun arwah pergi. Rindukan gurau senda dia, kemanjaan dia, sifat caring dia sampaikan semua budak-budak sukakan dia. Al-fatihah untuk arwah adik lelaki saya yang sorang ni.

5. Rindu emak dan ayah
Of course rindukan saat-saat bersama emak dan ayah. Baru 2 minggu tak jumpa dah rindu giler ni. 

Done!! 


#cabaran30hari
#kelabbenashaari

Liebster Award Tagged By Irz Zack

Dah lama kena tag dengan adik Irz Zack  ni. Mama pun macam nak amik periksa UPSR jugak, kena prepare nak jawab soalan-soalan power ni. Ok mama dah ready..



Inilah soalan-soalannya :

1. Apa yang terjadi dalam diri korang dalam dunia Ini ?
    Dh jadi seorang isteri dan mama. Lebih bertanggungjawab rasanya.

2. Yang mana korang lebih suka? Kurang kerja untuk dilakukan atau kerja banyak tapi   
     anda memang minat kerja itu ? 
     Bergantung pada kerja tu. Kalau best, mmg akan buat sampai habis. Kalau tak best,
     bertangguh-tangguh la.
     
3. Ada tak benda yang pernah membuatkan korang sedih suatu ketika dulu yang 
     menganggu kehidupan korang sekarang ? Ada perubahan ?
     Kehilangan adik lelaki. Perubahannya sampai bila-bipla takdak adik lelaki dah sbb tu la
     yang sorang-sorangnya.

4. Adakah korang ni jenis kawan yang sama dengan korang harapkan daripada orang lain 
    Jugak ?
    Iye kot...belasah ja ni, soalan tak bape nk paham.

5. Apa yang betul-betul korang komited ?
    Tengah komited jawab soalanmu adik oii. Susahnya soalan.

6. Apa 1 perkara yang korang akan cakap kalau diberi peluang untuk menukar dunia ini ?
    Jangan kebersihan air dan hutan kita. Kita mewarisinya daripada anak-anak kita.

7. Apa yang korang berterima kasih sangat ?
    Jutaan terima kasih buat emak ayah yang telah melahirkan, menjaga, mendidik,
    mengasuh dan banyak lagi. Tak terbalas jasamu emak ayah.

8. Korang larikan diri dari apa ?
    Dari orang yang talam 2 muka. Suka menagih simpati dengan memburuk-burukkan
    orang lain. Please, get out from my live.

9.  Jenis orang yang macamana yang akan korang pilih sebagai teman hidup ?
      Penyayang, beriman, bertanggungjawab, baik hati.

10. Korang nak diingati sebagai apa ?
       Cukupla setakat anak-anak dan keluarga ingat saya dalam doa mereka bila saya dah
       takdak nanti. Saya taknak sanjungan yang lebih-lebih, cewahhhh...

11. Kehidupan macamana yang boleh membuatkan korang rasa cemburu ?
       Kehidupan berkeluarga yang perfect. Tapi kat dunia ni mana ada yang perfectkan.

Fuhhhh, soalan yang mencabar. Ni bukan soalan untuk UPSR lagi dah, Ni soalan level STPM ni. Agak-agaknya mama boleh dapat 100% markah kut.

Cabaran 30 Hari | Hari #15 : Surat kepada seseorang

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Cabaran harini, surat kepada seseorang. Cheq memang selalu tulis surat tapi berkaitan dengan kerja ja. Surat rasmi personal last sekali lepas hari raya aritu, tulis kepada cikgu kakak kat sekolah. Sebabnya balik raya kat kg melebihi had cuti.

Time kecik-kecik dulu kalau kena marah ngan emak ayah, cheq akan merajuk dan tulis surat kat emak ayah. Luahkan perasaan pastu tulis la minta maaf. Selalunya surat tu chea akan letak kat almari solek emak ataupn buh dalam poket seluar ayah. Lucu plak bila dikenangkan...hehehe

Satu lagi, setiap kali sebelum bersalin cheq akan tulis surat buat cik husband. Bukannya tulis kat kertas tapi dalam henpon dan simpan dalam folder. Kalau jadi apa-apa kat cheq semasa bersalin, dia akan baca.

Untuk cabaran harini, cheq takkan coretkan surat untuk sesiapa pn sbbnya surat adalah rahsia hati dan terlalu peribadi buat cheq. Nanti dikatakan mengada-ngada dan nak tagih simpati plak. Laman sosial bukanlah tempat untuk cheq luahkan perasaan.


#Cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari : Hari #11 : Perkara Lucu Pada Zaman Kanak-kanak.

Cabaran untuk hari ke 11. Zaman kanak-kanak memang meriangkan. Tak perlu fikir masalah dunia. Bangun pagi, siap pergi sekolah, balik rumah makanan dah siap, sebelah peetang main sampai penat. Dah tu malamnya tido...esok ulang semula. Alahai syoknya, macam nak ulang semula ke zaman budak-budak.

Cheq dulu ramai kawan dengan budak lelaki. Balik kampung pun sepupu lelaki yang ramai. So, dari kecik duk kawan dengan budak lelaki, asyik kena buli ja. Main pn permainan yang ekstrem la, masuk hutan, terjun sungai, main bola sepak dalam bendang, main guli...kayuh basikal keliling kampung. Tapi sekarang ni kalau jumpa dengan kawan-kawan lelaki dulu dah jadi malu-malu.


Kalau musim main guli, cheq mintak ayah belikan guli untuk cheq. Ayah akan beli seuncang, lebih kurang seratus biji dalamnya. Tapi tak sampai sejam, guli cheq dah abis. Nak kata main kalah, tak jugak. Rupa-rupanya budak-budak lelaki berpakat curi guli cheq. Dah bergaduh takmau kawan. Kejap ja tu....esoknya cheq dah bercegat depan rumah diaorg dh ajak pergi main. Tak pun diaorang yang datang rumah cheq...terus hilang rasa marah.

Macam tu jugak la dengan permainan lain pn, kalau main bola sepak...sampai habis game bola pn cheq tak sentuh...huhuhu. Jadi babu diaorang tolong amikkan air minum uuntuk.diaorang. Tapi cheq marah kat situ ja, tak pernah simpan dalam hati. Bila dikenang-kenangkan kembali, rasa lucu plak. Anak-anak zaman sekarang ni tak merasa la nak main-main gitu.


  1. #cabaran30hari
  2. #kelabbloggerbenashaari

SERABUT !!!!

Tiba-tiba ja  cheq dapat tugasan untuk outstation 2 minggu. Ni gara-gara pegawai yang sepatutnya pergi, bercuti plak. Bos plak petik nama cheq. Dengar ja khabar tu, terus nak menitik air mata. Rayuan pun dah tak diterima. Kalau bagitahu awal-awal, boleh la cheq buat perancangan. Ni esok dah kena lapor diri.

Yang serabutnya, sapa nak jaga anak-anak cheq ni. Abah diaorang plak kerja ikut shift. Kadang-kadang siang, kadang-kadang kerja malam. Lagi satu si baby tu plak masih menyusu badan. Mana la pernah berjauhan dengan si baby ni lagi. 

Pening memikir ni...!!!! Nak minta emak datang sini, tak tergamak plak. Baru ja minggu lepas datang. Tapi kalau bagitau, kompom emak ayah datang. Nak kirim budak-budak ni ke kampung, abahnya tentu tak lepas. Kompom abahnya meroyan tak dapat jumpa anak-anak tiap-tiap hari. 

Arghhhh...cam nak hantuk ja kepala ni ke dinding.

Ya Allah, tolong la hambamu ini.

Tak Jadi Macam Emak Punya

Hari minggu haritu emak ada buat keowtaw goreng...
Walaupun emak dah sampai kampung, mulut ni masih teras lagi kesedapan keowtaw tu...
So, cheq pun try la buat sbb bahan-bahannya  masih ada lagi, balance aritu punya...
Jadi la keowtaw goreng tu tapi tak sesedap emak cheq yang buat la..

Nampak cam sikit jer cheq makan, padahal 3 kali tambah. 
Sayur yang banyak sebab memang nak habiskan semua.
Jenuh anak-anak cheq pilih buang sayur ni..

Rasa bersalah plak makan sampai 3 pinggan. Habis diet cheq.
Cheq bagi 5 bintang...

Alhamdulillah, cheq ni bukannya pandai masak sangat pun.
Pas kahwin baru la belajar masak....terpaksa nak jaga suami la katakan
Masa duk ngan emak ayah, cheq anak manja..ada kakak-kakak yang buatkan..
Sampaikan sambil masak tepon mak tanya cara nk masak.
Dapat plak cik husband yang pandai dan rajin masak..
Belajar dengan cik husband la...free of charges..
Sekarang ni alalhamdulillah,  dah pandai masak..
Tak tahu la sedap ke tak...
Sedap la kut sbb cik husband tak pernah komplen..

KASIH IBU BAWA KE SYURGA, KASIH AYAH SEPANJANG MASA

Emak RONAH BT SALLEH...
Ayah YUSUF B IBRAHIM...

Bila ditanya tarikh nikah, dua-duanya jawab tak ingat...
Yang pasti masa nikah emak baru 17 tahun dan ayah 20 tahun...
Zaman dulu mmg nikah muda-muda...
Setahun kemudian baru la dapat anak iaitu kakak cheq yang sulung...
Kiranya dh 43 tahun mak dan ayah hidup bersama-sama...

Sebenarnya emak dan ayah adalah sepupu tapi tak rapat sbb emak dijaga oleh tok selepas berpisah dengan tokwan...
Masa emak berumur 16 tahun, baru la tokwan bela emak ni....
Masa tu baru kenal dengan sepupu sepapat belah ayah....
Dijodohkan emak dan ayah...
Kekal bahagia dan dapat kami 6 beradik...

Sampai sekarang pn, kalau ayah nk pergi mana-mana pn mesti usung emak ni....
Nk keluar isi minyak keta pn diajaknya emak...
Datin kannn kena la ikut dato....
Dulu masa emak kena tahan wad ayah setia menunggu emak walaupn kami adik -beradik dh bergilir-gilir jaga emak....
Tetap setia menunggu walaupn setakat mundar-mandir kat luar wad....

Ayah....walau apa pn kami adik-beradik minta, dia akan cuba tunaikan...
Dulu cheq minta motor. Mmg ayah belikan dengan dahulukan deposit, bulan-bulan bayar sendiri...pandai-pandai la cari duit sendiri.
Emak...apa yang kami minta tak pernah tolak. Nk makan apa pn bgtau ja, dia akan cari dan masakkan...
Dalam kami 6 adik -beradik,  emak kata cheq la yang paling manja, mengada-ngada lebih....
Dulu, masa ayah masih sihat, tup-tup dh sampai kelantan. Rindukan cucu-cucu diaorg ni...
Skrg ni, ayah kena bawak co-pilot kalau nk jalan jauh dh.


Semoga emak dan yah kekal bahagia dan setia hingga ke hujung nyawa, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberkati ALLAH swt.

Tahun 2009 - gambar family di hadapan rumah lama mak dan ayah. Masa ni kami masih lagi kekal dengan 6 beradik. Sedih tgk gambar ni, arwah adik dh takdak. 

Raya tahun 2012....ayah dan emak bersama anak-anak dan cucu -cucu. Ni pn tak cukup lengkap lagi ni. Ada adik-beradik.yang takdak dlm gambar ni.


Terima kasih emak kerana telah bersusah payah mengusung cheq dlm perut selama 9 bulan dan melahirkan cheq kedunia ini...
Terima kasih ayah kerana berpenat lelah membesar dan mendidik cheq hingga menjadi orang pada masa ini...
Berkat doa dan tunjuk ajar emak ayah la yang menjadi cheq boleh berdiri di atas kaki sendiri...
Tak terbalas rasanya jasa emak dan ayah terhadap cheq ni...
Harapan cheq semoga dapat mengembirakan emak dan ayah sebelum terlambat...
INSYAALLAH...