Cabaran 30 Hari : Hari #11 : Perkara Lucu Pada Zaman Kanak-kanak.

Cabaran untuk hari ke 11. Zaman kanak-kanak memang meriangkan. Tak perlu fikir masalah dunia. Bangun pagi, siap pergi sekolah, balik rumah makanan dah siap, sebelah peetang main sampai penat. Dah tu malamnya tido...esok ulang semula. Alahai syoknya, macam nak ulang semula ke zaman budak-budak.

Cheq dulu ramai kawan dengan budak lelaki. Balik kampung pun sepupu lelaki yang ramai. So, dari kecik duk kawan dengan budak lelaki, asyik kena buli ja. Main pn permainan yang ekstrem la, masuk hutan, terjun sungai, main bola sepak dalam bendang, main guli...kayuh basikal keliling kampung. Tapi sekarang ni kalau jumpa dengan kawan-kawan lelaki dulu dah jadi malu-malu.


Kalau musim main guli, cheq mintak ayah belikan guli untuk cheq. Ayah akan beli seuncang, lebih kurang seratus biji dalamnya. Tapi tak sampai sejam, guli cheq dah abis. Nak kata main kalah, tak jugak. Rupa-rupanya budak-budak lelaki berpakat curi guli cheq. Dah bergaduh takmau kawan. Kejap ja tu....esoknya cheq dah bercegat depan rumah diaorg dh ajak pergi main. Tak pun diaorang yang datang rumah cheq...terus hilang rasa marah.

Macam tu jugak la dengan permainan lain pn, kalau main bola sepak...sampai habis game bola pn cheq tak sentuh...huhuhu. Jadi babu diaorang tolong amikkan air minum uuntuk.diaorang. Tapi cheq marah kat situ ja, tak pernah simpan dalam hati. Bila dikenang-kenangkan kembali, rasa lucu plak. Anak-anak zaman sekarang ni tak merasa la nak main-main gitu.


  1. #cabaran30hari
  2. #kelabbloggerbenashaari

8 comments:

  1. betul, anak-anak zaman sekarang sebok dengan gadget. tapi mamamyja x bg pon gadget kat dorang, melalaikan.. hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...saya bagi jugak tapi takdak la games yang merapu.

      Delete
  2. Beraninya terjun bendang x takut kena gigit ngn lintah no..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik-kecik dulu tak reti takut..hehehe

      Delete
  3. huish... mmg dasat nih zaman kanak2 cik tuan belog ni... good luck ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan dengan budak laki, ikut jer apa yang diaorang main. ;-)

      Delete
  4. hehe. sian kena buli. sy dulu budak laki pon kalah dgn sy. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu akak pompuan sorang dua ja, laki ramai. Kena buli, habis kuat pn akak meraung ja...

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.