Jangkitan Berulang

Petang tadi ambik si adik Diyanah di taska, pengasuhnya bagitahu adik dapat jangkitan kutu. Perghhhh, berulang lagi kejadian lama. Dulu si kakak Dinah yang kena. Berbulan-bulan jugak baru nk hilang sepenuhnya kutu-kutu tu. 

Tiap-tiap hari cheq mandikan adik, gosok rambut dia, keringkan rambut dia, sikatkan rambut dia, tak nampak pulak telur kutu. Padahal hari khamis minggu lepas, bawak adik potong rambut. Takkan dalam masa 2 hari kutu cepat membiak. 

Taknak pikir panjang, pergi farmasi cari ubat kutu. Balik rumah terus lumurkan ubat tu kat kepala adik. Bungkus siap kepala dia tu. Pastu mula la operasi menyikat kutu. Tak cukup dengan sikap, cheq cari cara manual. Selak satu-satu rambut adik. Sah, memang ada kutu. Punyala cheq geram, berjam-jam cheq mengadap kepala adik, sampai nangis la dia. Penat  campur bosan la tu. Sudahnya kepala mama pun dah rasa gatal-gatal. Memang nak kena potong rambut jugak la camni.

Kalau cheq saja yang bersusah payah ubatkan kepala adik ni, tapi emak bapak yang lain kat taska tu tak bertindak, tak guna jugak. Esoknya pergi taska berjangkit lagi. Harap-harap kali ni cepat la hilang kutu-kutu semua ni.

Sempat lagi buat peace, tak padan dengan kutu ada kat kepala tu.

8 comments:

  1. i feel u. pernah kene masa sek asrama dulu.

    su tag mama di sini: http://www.sihatitunikmat.com/2014/09/giveaway-by-nazatupperwarejom-join.html

    ReplyDelete
  2. aduhai, seksanyer mencari kutu nih. hehehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Susahhh...ambil masa lama nk hilang sepenuhnya.

      Delete
  4. Main duit kutu best.. Tp knape dipanggil.duit kutu ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit kutu ni bila kita kumpul2 jadi banyak. Samala dengan kutu kat kepala, kalau dikumpul, rambut pn dah nmpk kot...iyela kot jawapannya. ^_^

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.