Showing posts with label excited. Show all posts
Showing posts with label excited. Show all posts

Hadiah Lagi ;-)

Petang semalam lagi parcel ni dah sampai ofis. Tapi disebabkan cheq ada kerja kat luar, cheq wakilkan anak buah untuk sign penerimaan hadiah ni.
So, pagini excited masuk ofis bila tengok ada parcel atas meja.




Ni la hadiah untuk pemenang Blogwalking Bersama RedBellas. Buat masa ni belum tahu lagi nak guna untuk apa.
Boleh letak dalam keta, nak balik kampung masukkan baju je dalam tu.
Letak dalam opis pun ok jugak.
Dalam bilik kat rumah pun orait jugak.
Terima kasih RedBellas !!!


Aktiviti Sabtu : 3D Puzzle

Setiap hujung minggu, akan tinggal la kami 4 beranak terperuk kat rumah. Cik husband memang ambil kontrak mengajar setiap hujung minggu, so dia memang takdak kat rumah. Petangnya baru balik.

Untuk mengelakkan cheq dan anak-anak boring kat rumah, cheq akan sediakan aktiviti untuk kami bersama-sama buat dalam rumah. Nak bawak diaorang keluar jalan macam tak berdaya ja nak kawal 3 beradik ni. Minggu ni try nak buat 3D puzzle. Cheq terjumpa mainan ni semasa nk beli dakwat pen. Murah ja, RM 2 setiap satu.

Tengok dari gambar tu macam mudah ja nak buat. Masing- masing excited nak buat. Tapi bila dah start, makan jam jugak nak sudahkannya. Nak plak semuanya nak tunjuk terror, sampai lunyai jadinya. Kejap pasang, kejap buka balik. Akhirnya siap jugak. Memang puas hati bila dah siap. 






PIALA KPN 2014

Excited bila nama cheq terpilih untuk wakil kontinjen Kelantan dalam pertandingan congkak...
Bukan alang-alang orang leh main congkak ni...
Lagi pn ni 1st time, kontinjen hantar group congkak...
Sehari sebelum perlawanan, sibuk la mencari baju kurung untuk team kitaorang...
Nak pakai baju yang serupa..
Berjam-jam pilih baju, maklumla group kitaorang ni lain-lain saiz badan...
Last minute buat kerja, memang biasala tu...








Hari pertandingan, nama cheq dulu yang dipanggilnya..
Debar dada bukan main lagi...
1st pusingan lawan dengan KUALA LUMPUR alhamdulillah menang...
Lega skit...

Nak masuk pusingan kedua, jumpa juara bertahan iaitu KEDAH...
Takut dah dengar, sbb sebelum tu ada sembang-sembang dengan diaorang...
Kalau ikut strategi diorang, pihak lawan akan kalah dengan tinggal dua biji guli ja dalam rumah...
Mak aiiii...betoi-betoi otai diorang ni..
Lawan dengan diaorang mmg cheq kalah, tapi takla sampai tinggal 2 biji guli tu..
Ada la juga dalam 20 biji lebih...hihihi

Pusingan ke tiga jumpa dengan kontinjen BUKIT AMAN...
Tengok ahli group diorang semuanya veteren, kompom terror giler ni..
Takde la terror mana pn sbb cheq leh menang sbb mmg bersaing sampai set ketiga...

Selepas dihitung markah kesemuanya, kontinjen KELANTAN untuk pertandingan congkak dapat nombor 5..
Kira ok la tu, bagi kitaorang yang 1st time main..
Pastu training pn kadang-kadang jer...
Jurulatih dah offer cheq untuk tournament yang akan datang...
Hehehe...kena pikir dulu la dan kena atur strategi dari sekarang..