Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

 Sekian Terima Kasih.


JINDRISSKA Blog Anniversary Giveaway

Tarikh tamat penyertaan :
30 April 2015

http://jindrisska.blogspot.com/2015/04/jindrisska-blog-anniversary-giveaway.html
klik BANNER untuk join

Saya nak menang giveaway ni sebab sejak menjadi seorang blogger, saya memang suka sangat mengumpul koleksi-koleksi fridge magnet dari rakan-rakan blogger. Paling suka kalau dapat edisi luar negara. Poskad yang saya dapat dari luar negara menjadi hiasan di pejabat saya dan menjadi impian saya untuk ke tempat sebegitu. Kalau boleh nak tambah koleksi poskad jugak.

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 7

Hari 7 : 11 blog yang selalu disinggahi




Untuk cabaran harini, kalau boleh nak senaraikan semua sekali blog yang ada dalam senarai cheq ni. Tapi sejak seminggu 2 ni, cheq jarang dapat berblogwalking. Sempat buat satu entry dan publish. Kadang-kadang komen kawan-kawan pun tak sempat nak baca. Sibuk hujung-hujung tahun ni.

Inilah antara-antara blog yang cheq akan singgah dan diorang pun rajin singgah juga blog cheq ni.

http://hidayuayumie.blogspot.com
http://coretancikfafa.blogspot.com
http://ceriteracintabalqis.blogspot.com

Jom lah terjah blog diaorang. Macam-macam cerita ada. Ada cerita personal, masakan, kesihatan, toturial, pengajaran, keislaman , nasihat, parenting dan macam-macam lagi la. Tak rugi kenal diaorang ni.

Top 10 Komentar Oktober

Berakhirlah bulan Oktober. Selamat datang bulan November, semoga segalanya baik-baik saja untuk bulan ni. Hujung bulan ni juga anak cheq yang kedua akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 4 tahun. 

Rata-rata harini, para blogger publishkan entry pasal top komentar. Cheq pun 1st time letak widget ni kat blog, so boleh la tahu siapa yang mempunyai jari-jari yang rajin mengomen. Dengan ini cheq umumkan 10 top komentar bagi bulan Oktober untuk yang rajin bagi komen di blog cheq.



Cheq takdak hadiah nak bagi. Hanya dengan ucapan terima kasih banyak-banyak. Kalau ada rezeki lebih, insyaallah cheq akan sediakan hadiah untuk top pengomen bulan ni. Doa-doakanlah yer. Cheq pun tak pandai nak edit-edit gambar untuk tatapan korang semua, jadi terimalah gambar kucing ni yang cheq ambik dari google.


Cabaran 30 Hari | Hari #29 : Bunga Kegemaran dan Ertinya



Wanita semestinya sukakan bunga. Bunga yang cheq suka, opkos la bunga ros yang berwarna merah menyala. Nak plak time study dulu tiap-tiap tahun pada hari Friendship gitu la, cheq akan dapat bunga ros merah plastik dari secret admiret cheq. Tak tahu sapa yang bagi, cheq selalu duk meneka-neka siapakah gerangannya. Tapi tahun terakhir cheq dah tak dapat, so kompom la secret admirer cheq tu senior daripada cheq. Tapi nampak sangat dia tak ikhlas nak berkawan dengan cheq, kalau tak tentu dia dah perkenalkan dirinya. Biarlah, dia sendiri yang rugi....(ayat terlebih poyo)



#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Dibaca

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang ni cheq memang tak sempat pun nak tengok berita kat tv, apatah lagi nak baca paper. Tengok dalam phone pun sekadar scroll terus ke bawah ja, jumpa tajuk best baru baca. Haaaa...tapi harini cheq jumpa artikel yang menyebabkan cheq terus teringin nak baca. Jeng, jeng, jeng....


Ni adalah kes pegawai kastam yang ditahan dan dibawa ke mahkamah untuk dituduh pasal kes rasuah. Rasanya kes ni dah 2, 3 hari lepas, tapi cheq dah ketinggalan. Bukan cerita dia yang menarik perhatian cheq, tapi gambar diatas ni haaa...

Apa kejadahnya tutup muka dengan spender. Tahu plak malu bila dah buat salah tapi takkan lah sampai kena serkup kepala tu dengan spender. Hahaha...kena spender yang dah dipakai, sedut la bau sendiri tu. Memang la cheq gelak bila tengok gambar ni, jangan la tunjuk sangat kebodohan tu. Nak kata cari populariti memang dah popular pun sekarang.

Anda nilai la sendiri !!!

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #20 : Quote Kegemaran

Assalamualaikum dan salam Sabtu. Tinggal 10 hari lagi nak menamatkan cabaran ni. Quote kegemaran saya ni memang simple macam tuannya yang ni jugak. Selalunya bila cheq rasa down, cheq akan pandang muka anak-anak. Terus semangat datang dengan sendirinya.

Inilah quote kegemaran cheq



#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Liebster Award Tagged By Fadzlina Hamali

Malam ni cheq gigih nak menjawab soalan sempena Liebster Award ni. Kali ni ditag oleh blogger Fadzlina Hamali. Sebenarnya dah lama kena tag tapi soalan ni terperuk kat bilik kebal dulu. Rasanya dah ada yang bocorkan soalan ni...hihihi. Apala agaknya soalan tu. Susah ke senang.



Soalannya berbunyi begini :-

1. Kalau anda jenis yang suka membaca, anda akan baca berkaitan dengan apa ?
    Apa-apa saja yang boleh dibaca dan difahami. Selalunya kisah-kisah benar yang boleh 
    dijadikan pengajaran.

2. Waktu sekolah anda pegang jawatan apa ? Best  tak ?
    Jadi pengerusi kelab seni. Bestnya ada excess sendiri nk masuk dalam bilik seni, so 
    kalau ponteng kelas mmg lari sembunyi dalam bilik tu la.

3. Apa yang anda akan buat kalau crush depan mata ?
    Saya telefon polis, bomba dan saya pastikan saya berada jauh dari kawasan tu. Takut 
    darah...

4. Waktu sukan sekolah, jadi apa ? Maskot ke ? Pompom girl ke ?
    Jadi atlet wakil pasukan rumah. 

5. Kalau ada masalah, pendam or luah ?
    Kalau nak cepat tenang jiwa, setel masalah better saya luahkan.

6. Siapa pelakon yang buat anda cair ?
    Shah Rukh Khan kot... bab romantik memang menjadi.

7. Blog @ Vlog, which one better ?
    Of course blog sebab saya tak tahu vlog tu apa.

8. Pernah jatuh cinta ? Sakit tak ?
    Pernah tapi tak sakit, best terasa macam diawang-awangan. Kalau jatuh motor mmg 
    sakit..hihihi.

9. Antara kawan dan sahabat, mana ok ?
    Huhuhu....ada beza ka. Tak tahu la. Suami kot ( lari dari soalan )

10. Kata-kata semangat yang sering anda gunakan setiap kali anda down ?
      ● pantang berundur ssebelum berjuang
      ● never give up
      ● chaiyok, chaiyok

Dah siap perah otak pun. Jawab pn macam tak kena ja dengan soalan. Yang penting vik sahut cabaran ni dengan menjawab soalan-soalan diatas. 


Liebster Award Tagged By Cikgu Faiz

Demam the Liebster Award tak abis lagi. Kali ni cheq ditag oleh Cikgu Faiz. Meh kita tengok apa soalannya dan apa plak jawapan saya.


Sila jawab soalan ni dalam masa 30 minit.

1. Kenapa korang suka berblog ?
    Untuk mengisi masa lapang. Selain itu mengasah skill menulis dan membaca kisah-
    kisah blogger lain.

2. Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blog ?
    Daripada membaca blog blogger lain terutamanya blog ben ashaari dan namee roslan. 
    Dari situ mulanya minat nak menulis.

3. Tempat menarik yang korang pernah sampai ?
    Kampungku tercinta. Memang menarik sangat dengan sawah terbentang.

4. Apa haiwan kesayangan korang ?
    Nyamuk. Tiap-tiap malam saya bagi ubat untuk diaorang.

5. Bila stress apa yang korang selalu buat ?
    Punggah kain baju dalam almari. Pastu lipat dan susun balik. Selalunya sekali dalam 
    sebulan pn susah nak stress.

6. Korang pakai handphone jenama apa ? Apa yang menarik tentang handphone tu ?
    Jenama samsung Note II. Istimewanya handphone ni sbb warna pink kegemaran saya 
    dan hadiah sempena besday saya.

7. Suka masak apa ?
    Masak makanan yang cik husband dan anak-anak suka makan.

8. Kenangan pahit yang korang alami ?
    Kehilangan satu-satunya adik lelaki.

9. Suka selfie ? Kenapa ?
    Time saya rasa saya cantik, saya suka selfie. Kalau rasa comot, lalu sebelah cermin pn 
    dh tak pandang.

10. Filem yang paling best korang pernah tonton ? Kenapa ?
       Banyak tapi paling best Lord Of The Ring. Sebabnya tinggal saya sorang ja setia 
       menunggu dalam cinema tu. Cite tu lama sampai 3 jam, kawan-kawan lain tak 
       sanggup nak tunggu. So, saya pn eksyen cerita kesudahan filem tu kat diaorang. 
       (macam tak kena ja jawapan ni )

11. Apa yang korang suka tentang blog cikgu Faiz ?
      Of course la warna pink untuk background tu yang menarik minat saya untuk terus 
     membaca blog cikgu. Secara jujurnya, saya belum khatam lagi menelek blog cikgu ni. 
     Pasni insyaallah saya akan sentiasa mengikuti blog cikgu. Pastu baru leh komen. 

Dah selesai pn anak murid ni jawab soalan dari cikgunya. Kalau ada tersalah kata atau ayat yang boleh menguris perasaan cikgu, mohon ampun dipinta.

Cabaran 30 Hari | Hari #19 : Resepi Kegemaran

Harini punya cabaran bab masak-memasak yang sangat sinonim dengan wanita. Cheq ni tak ler terror sangat bab-bab memasak ni. Resepi yang cheq suka masak adalah makanan yang bersup. Tak kira la sup ayam ke, sup daging ka, bihun sup ka...asalkan ada kuah sup tu. Sebabnya anak-anak ngan cik husband memang suka makan jenis-jenis sup ni. Lebih-lebih lagi anak-anak, makan nasi dengan sup ja. Takyah lauk-lauk tambahan lain dah. 

Lagipun sup ni mudah nak dibuat. Kalau malas sangat beli perencah jer masuk dalam air. Renehkan ja, dah siap untuk makan.

Salah satu resepi yang cheq buat untuk anak-anak.

Selesai cabaran untuk hari ke 19. Ringkas jer kannn.. 

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #13 : 5 Blogger Kegemaran

Sebelum ni saya hanya suka-suka baca blog-blog ni. Dah merasa seronok kerana setiap penulisan itu terselit pengajaran dan ilmu. Tak kurang juga yang menjadikan dunia blog ini sebagai mata pencarian. Sebelum ni mmg cheq ada buat blog tapi semuanya sekerat jalan ja, malas nk mengadap laptop. Sekarang ni senang ja boleh mengadap blog melalui smartphone ja. Banyak blogger-blogger kegemaran cheq ni, tapi cheq bagi 5 ja la. Hari-hari memang cheq akan singgah blog diaorang ni.

5 Blogger Kegemaran

Memang cheq salute kat bro ben ashaari ni. Selain daripada blogger yang berjaya dengan beribu-ribu followers, bro ben ni jugak suami dan ayah yang ohsem. Menjadi surirumah dengan menjaga Qhalif dan Zahra yang comel-comel tu memerlukan kesabaran yang tinggi dan bro ben berjaya. Setiap kali ada entry , memang cheq akan beri komen tp tak terlayan oleh bro ben ni sbb banyak sgt komennya.

Blogger ni cheq follow dari dalam fb lagi. Seorang isteri dan ibu kepada adam yang cute. Penulisannya yang santai memang best bila bacanya.

3. MAMANIZA
Baru jer kenal blogger mamaniza ni. Suka setiap penulisannya. Penuh dengan nasihat dan kadang-kadang terkena kat diri cheq jugak. Good luck mama, teruskan menulis.

4. FATIN LIYANA
Blogger kecil molek, comel lote ni. Dah seminggu takdak entry baru, maybe sibuk kot.

5. CIK EPAL
Blogger yang sekarang ni dah bergelar model. Comel dan ayu tengok cik epal ni. Suka tengok dia bertudung fesyen dan penulisannya yang santai.


##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari