Dah masuk task ke 12 harini..
Inilah antara 5 wishlist saya. Mudah-mudahan akan tercapai suatu hari nanti.
1. Nak ke Mekah
Niat untuk ke Mekah samada menunaikan haji atau umrah. Kalau boleh nak pergi dengan suami, bawak emak dan ayah sekali.
2. Rumah tepi pantai
Bestnya kalau dapat rumah tepi pantai. Petang-petang bawak anak-anak jalan amik angin, kutip kerang dan berkelah sekali-sekala.
3. Ke Disneyland
Nk bawak anak-anak untuk berjumpa dengan watak-watak kartun kegemaran diaorang. Adik selalu ajak pergi. Dia ingat dekat kut.
4. Kereta Idaman
Teringin nak bawak Toyota Harrier. Tapi setakat ni tak mampu lagi. Mampu tengok orang lain bawak je.
5. Baby boy
Insyaallah sebelum umur capai 35 tahun nak tambah ahli keluarga lagi. Cheq dah ada 3 orang anak perempuan. Kalau dapat sorang baby boy pn dah ok.
Done !!!!
#cabaran30 hari
#kelabbloggerbenashaari
Cabaran 30 Hari | Hari #12 : 5 wishlist anda





