Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

Blogwalking Time

Dah lama cuti, so harini cheq malas nak pergi kerja. So, meh kita ponteng duk kat rumah sambil mengadap laptop tanpa ada gangguan...hehehe. Takde la, harini dan esok cheq ambil off sempena tugas kat PRK hari tu. Sepatutnya dapat 4 hari tapi bos cheq tu potong 2 hari. 2 hari lagi tu dia ambil untuk dia balik kampung nanti....Acah-acah jer, bos cheq suruh ambil kemudian 2 hari lagi tu. Cheq kan pekerja berwibawa, tak jalan kerja kat opis tu kalau cheq takdak.

Anak-anak dan hantar ke taska dan tadika, so takdak la diorang pun sibuk berebut laptop ni. Dah siap kemas rumah, masa untuk buka blog dan berblogwalking. Lama rasanya tak bommm kat blog kawan-kawan semua. Cik husband pun off harini, taknak layan dia. Buat la apa yang patut sorang-sorang tu...hehehe.

Okkk...sapa-sapa yang kena bomm tu, takyah risau nak balas balik yerr. 

                                     

Hadir Majlis Konvokesyen

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam kami sekeluarga attend Majlis Konvokesyen Taska dan Tadika Homalee kali ke 27. Sempena si adik Diyanah tamat pembelajaran di taska selama 4 tahun. Baru tamat taska, dah naik pentas ambil sijil. Bangga giler kami suami isteri, tu baru tamat taska...kalau dapat degree, lagi melompat apa. Ketiga-tiga anak cheq diletakkan disini.

Kali ni ketiga-tiga beradik ni ambil bahagian, si mama ngan abah duk dalam dewan dengan eenang-lenang setelah lepaskan mereka ni kat cikgu-cikgu diaorang. Datang pun awal sebab nak duk barisan depan sekali. Excited punya pasal.


Inilah adik Diyanah, susah betul nak bergambar. Sepatutnya ambik gambar dia masa atas pentas tapi dia boleh tidur plak time tu. Bila dah kejut, gamuk-gamuk plak...dahtu tak naik la pentas ambil sijil. Terkebil-kebil mama ngan abah tunggu depan pentas dengan kamera.Lain benor perangai anak no 2 ni.


Persembahan pertama si baby Damia atas pentas. Beria-ia cheq beli baju beropol-ropol untuk baby..heheheh. Cheq pun tak perasan lagu apa yang dia menarikan tu, sebab duk fokus dia menari ja. Pada mulanya risau jugak, kut naik atas pentas nangis ke,...rupa-rupanya baby ni berani, tak peduli orang ramai. Syabas mere bete..


Si kakak Dinah pun ambil bahagian jugak untuk kali ni. Lemah-gemalainya menari lagu Asmaradana. Macam cheq zaman muda-muda dulu la, kalau naik pentas ja mesti menari...hehehe. Last minit dia join group tarian ni, nasib baik dapat catchup step. Semakin berani si kakak ni, walaupun muka macam nak nangis kat atas pentas tu..


Alhamdulillah, dah selesai pun. Insyaallah, 2 tahun lagi datang sini lagi untuk konvo tadika adik dan taska baby. Tu pun kalau mama dan abah diaorang ni tak kena pindah kerja lagi. Tata..titi..tutu..