Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

CARA UNTUK HILANGKAN GELAP DI BAWAH MATA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ehsan : Google

Minggu lepas adalah salah satu minggu yang paling busy dalam jadual kerja untuk tahun ni. Lawatan kerja dari Pengarah hanyalah sehari saja tapi persiapannya makan seminggu jugak nak siap. Cheq pulak kena bahagian untuk siapkan laporan. Hari-hari tengah malam baru sampai rumah. Nasib baik laki ngan anak-anak memahami. 

Disebabkan tak cukup tiduq dan mata sentiasa duk mengadapkan komputer, makanya  bawah mata pun gelap atau lebih mesra cheq panggil "mata panda". Time tu nak tengok cermin pun takut.

Jadi, cheq cari jalan penyelesaiannya dengan bantuan pakcik google. Rupanya bukan setakat tak cukup tiduq ja, kemungkinan juga disebabkam kekurangan vitamin atau zat dalam badan, masalah hidung sering tersumbat dan mungkin juga disebabkan faktor genetik atau keturunan boleh menyebabkan jadinya gelap bawah mata ni.

Berikut merupakan beberapa tips mudah untuk menghilangkan lingkaran di bawah mata :-

1. Pudina
Hancurkan daun pudina dan sapu pada bahagian bawah mata. Cara ini dikatakan mampu untuk mengurangkan warna gelap di bahagian bawah mata.

2. Ubi kentang
Kalau daun pudina susah nak cari, kita guna ubi kentang yang mana senang nak cari. Caranya cuma potong ubi, dan hirisannya tu letak kat bawah mata. 

3. Dehidrasi
Bila dah busy, makan dan minum pun kita lupa. Banyakkan minum air. Bila badan kurang air badan akan alami dehidrasi akan menyerlahkan lagi lingkaran gelap bawah mata.

4. Tidur yang secukupnya.
Kurang tidur bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap bawah mata cumanya ia akan memburukkan lagi masalah itu. Bila kurang tidur, kulit akan hilang keanjalan serta kelembapan.

5. Uncang teh
Petua ni la yang cheq gunakan sebab uncang teh memang sentiasa ada dalam peti ais. Sebabnya cheq selalu buat teh ais dan simpan dalam peti sejuk. Jadinya uncang teh berperisa teh susu cheq letak kat bawah mata cheq. Boleh letak dalam tempoh 15 - 20 minit.

Sapa-sapa yang alami masalah bawah mata gelap bolehlah ikut petua ni. Diulang sekali lagi masalah bawah mata gelap bukan gelap mata. Sharing is caring.


★★ MELOMPAT NAMPAK LIPAS ★★

Ql kisahnya malam tadi. Masa cheq tengah siapkan bilik tidur, ada pulak tetamu tak diundang muncul. Cik lipas ni muncul dari mana tah. Terus cheq terhenti hampar tilam. Lipas tu pun boleh berhenti bergerak. Betul-betul depan cheq. Cheq bergerak ke kiri, lipas ni pun ke kiri. Cheq gerak ke kanan, lipas ni pun bergerak ke kanan jugak. Apalagi, cheq terus lompat keluar dari bilik.

Dulunya cheq tak takut lipas ni. Tapi ada satu kejadian tu telah mengubah menjadikan cheq jadi takut dengan lipas. Sukalah lipas tu kalau baca ni, hehehe. Kejadian lipas melompat dan terbang ke arah cheq masa duk asrama dulu telah mengubah segalanya. Sampai sekarang fobia kat lipas.



Harini mulalah operasi cegah lipas dari terus berada dalam rumah cheq. Dari malam tadi lagi google cari petua nak hapuskan lipas ni. Meh cheq kongsikan petuanya disini.

1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kalau sabun mandi yang wangi lagi bagus, sebab lipas ni tak suka benda yang wangi. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ni di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kerinh, gantikan dengan lemon yang baru. 

3. Susah ke nak cari lemon. Boleh jugak guna timun, senang nak cari kan. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.

4. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5. Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedil dan letak di tempat banyak lipas.

6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang. Tebuk uncang tu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Notajarihalus : jikalau ada baby kat rumah, pastikan baby anda tidak ke tempat-tempat yang telah anda letakn benda-benda semua ni. Takut baby anda yang dulu kutip.