Ql kisahnya malam tadi. Masa cheq tengah siapkan bilik tidur, ada pulak tetamu tak diundang muncul. Cik lipas ni muncul dari mana tah. Terus cheq terhenti hampar tilam. Lipas tu pun boleh berhenti bergerak. Betul-betul depan cheq. Cheq bergerak ke kiri, lipas ni pun ke kiri. Cheq gerak ke kanan, lipas ni pun bergerak ke kanan jugak. Apalagi, cheq terus lompat keluar dari bilik.
Dulunya cheq tak takut lipas ni. Tapi ada satu kejadian tu telah mengubah menjadikan cheq jadi takut dengan lipas. Sukalah lipas tu kalau baca ni, hehehe. Kejadian lipas melompat dan terbang ke arah cheq masa duk asrama dulu telah mengubah segalanya. Sampai sekarang fobia kat lipas.
Harini mulalah operasi cegah lipas dari terus berada dalam rumah cheq. Dari malam tadi lagi google cari petua nak hapuskan lipas ni. Meh cheq kongsikan petuanya disini.
1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kalau sabun mandi yang wangi lagi bagus, sebab lipas ni tak suka benda yang wangi. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ni di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kerinh, gantikan dengan lemon yang baru.
3. Susah ke nak cari lemon. Boleh jugak guna timun, senang nak cari kan. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
4. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5. Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedil dan letak di tempat banyak lipas.
6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang. Tebuk uncang tu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Notajarihalus : jikalau ada baby kat rumah, pastikan baby anda tidak ke tempat-tempat yang telah anda letakn benda-benda semua ni. Takut baby anda yang dulu kutip.
Assalam ann,
ReplyDeletehaaaaaaaaaaaaaaaaa
iols pun tak sooookaaaaaaaa lipaih hokeyh
benci benci benci
tapi memang iols jarang sangat bunuh lipaih
asai jumpa ja iols teruih jerit panggil hubby n mak he3
salam singgah..sy pun geli lipas..hihi..
ReplyDeleteKat rumah akak pun dua hero tu memang tak suka dgn lipas..geli katanya ..hehe
ReplyDeletesama la lipas kak dgn lipas kat umah Fida..kita sembur ridset ingatkan dia nak lari...tapi lahi mai dekat Fida...alih2 ambik penyapu libas dia masuk lubang longkang.
ReplyDeleteBlog mama di review :)
ReplyDeleteTahniah! http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2015/04/review-blog-7-pengomen-aktif-mac-mama3.html
kena plak kalau lipas tuh melata kat kaki.. gelinya rasa.. huhuhu..
ReplyDeletebagus! boleh ikut petua ni! thanks mama!
ReplyDeleteheheh..kalau wana lompat kalau nampak cicak jatuh..huhu
ReplyDeleteSama la kak ann ekin fobia dengan lipas gara2 masuk dalam kain
ReplyDeletelipas tu ajak akak main2 dulu...
ReplyDeleteSatu lagi boleh letak bunga melur. Lipas memang tak suka
ReplyDeletebencinya lipas... kalau lipas je, saya menyumpah nyumpah terus kat situ xley cover dah. hehe. bagus mama share. saya memang ngah cari pun >.<
ReplyDeleteLipas Cik Mimie ok lagi..jgn katak or cicak..mau x cukup tanah berlari..hahaha
ReplyDelete