★★ ALAHAI HEROIN MAMA ★★

Harini pertama kalinya cheq drive kereta sendiri menuju ke bahagian kecemasan dengan bertemankan 3 orang heroin cheq ni. Gara-gara si kakak berlubang di dahi terhantuk simen sinki kat dapur. Puncanya heroin-heroin ni cheq ni bergurau senda kat dapur. Kalau tengok diaorang ni bergurau memang kasar mengalahkan budak lelaki.

Bila tengok dahi kakak berdarah ja, cheq mula meraung sambil mulut pot-pet pot-pet marahkan diaorang. Baru ja cheq tegur jangan main tolak-tolak kat dapur tu, dah dapat penyakit. Tapi si kakak ni steady jer, langsung tak meraung. Cuma berkerut dahi ja.




Gabra lorrr sebab nampak macam besar ja luka tu. Terus bawak pergi hospital. Nasib baik senang dapat parking dan orang pun tak ramai. Dah jumpa doktor, doktor bagitau takde kecederaan dalaman dan luka pun tak payah nak berjahit. Lega hati ni. 

Masuk bilik rawatan, nak letak gam kat luka tu bagi bercantum balik. Kelam-kabut jugak bilik rawatan tu bila 2 lagi heroin cheq ikut masuk. Maklum lah semuanya bakal jadi doktor, jadi semuanya nak dipegang. Alhamdulillah, semuanya dah selesai dan insyaallah tak akan jadi parut luka tu. 



10 comments:

  1. Xsakit ker. Tgk macam sakit pedih je luka itu. Semoga cepat sembuh. =)

    ReplyDelete
  2. itulah, budak2 kalau melawak memang kasar.. kekadang boleh dapat luka sini sana..

    ReplyDelete
  3. memang..lagi kita bising....lagi depa buat..kan..

    ReplyDelete
  4. alahai...ciannyer dia
    ee...ngeri bila membayangkan darah banyak kuar
    get well soon ye kakak

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. takde apa2 yg serius terjadi..

    ReplyDelete
  6. boleh tahan juga si heroin ni...

    ReplyDelete
  7. Assalam ann,
    heroin betui kakak
    terer tak nangeh langsung :)
    ati2 naaaaaaa laen kali :)

    ReplyDelete
  8. nasib baik tak serius...budak2 macam tu la...semoga kakak cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah xde pape anak kak..

    ReplyDelete
  10. alahai ciannya..memang kan anak2 bergurau memang ganas..nasib baik tak teruk sangat kan mama..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.