★★ SARAPAN TAPAI PULUT ★★

Assalamualaikum ualls.

Dah masuk hari Khamis dah pun.
Selalunya cheq memang suka hari Khamis, tapi kali ni rasa cepat sangat pulak dah.
Tak syoknya, cuti dah nak habis.

Hari-hari mesti pening pikir nak makan apa kann, samada time pagi, tengahari malam.
Pagi ni lepas hantar anak-anak ke tadika, cheq pusing kat pasar Siti Khatijah.
Niat utama nak cari pulut durian.
Teringin sangat nak makan, macam mengidam pulak 
Memang tak jumpa la sebab bukan musim durian.

Lastnya, cheq beli tapai pulut.
Jadilah, pulut jugak.
Makcik ni jual 4 biji RM 1.
Jadi cheq mintak beli RM5 dapat 20 biji.
Tak percaya, cheq sorang boleh habiskan semua tu.




Kita boleh pilih nak beli tapai pulut hitam ke atau pulut putih.
Lepas tu ada lagi pilihan.
Nak beli tapai untuk makan harini ataupun nak makan esok.
Makcik ni dah siap-siap asingkan.
Jadi takdelah terkena tapai yang tak sempat manis lagi kalau nak makan harini.




Sebiji tapai ni 2 kali jer cheq suap dalam mulut.
Memang sangat manis dan sedap.
Kena cari air kosong lepas makan tapai ni.
Yang selebihnua cheq masukkan dalam peti ais.
Lagi bertambah sedap makan sejuk-sejuk nanti.

Kalau datang ke pasar Siti Khatijah jangan lupa beli dan cuba try tapai ni.
Pasni anda takkan menyesal.





23 comments:

  1. Singgah pagi...
    Nieyl x berapa sangat pulut..sbb badan x tahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun cepat angin
      tapi pantang jumpa, hehehe

      Delete
  2. Waa sedappnyee tapai ni. meleleh air liur tengok. Tapai makan sejuk2 memang sodapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam peti ais tu untuk minum petang ni

      Delete
  3. Wow sedapnya mama tapai tu.. nak2 bila sejuk kan hehe.. zaza pun pernah beli bila tekak teringin nak makan.. *zaza kalau nk makan pulut durian biasa beli kat maydin mall..sentiasa ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini maydin mall jauh
      yang dekat ni takdak pulak

      Delete
  4. mak buat sendiri xyah beli..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah ada mak dekat
      mak kita duk jauh

      Delete
  5. Kita kalau balik umah mak mentua selalu gak makan tapai ni..tapi beli dekat machang jew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kelantan ni memang mudah cari tapai ni
      merata ada jual

      Delete
    2. Tu la...pergi je kat mana2 pun memang ada..harga pun agak berpatutan...kalau Kl ni nak cari punya susah...Nasib baik jadi menantu Kelantan

      Delete
  6. sedapnya... tgh prggy 23 weeks so kena skip T_T.. eija suka juga tapai nak2 bila sejuk.. kak 2 minggu lepas eija ke kelantan dapat makan makan pulut durian beli kat wakaf che yeh... sedap! puas jugak mencari kat subang ni.. kebetulan g kelantan umpa terubat ngidam iolss hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah pantang jangan pulun sangat makan pulut ni
      ye ke kat wakaf che yeh ada pulut durian
      nanti nak kena pergi cari jugak lah

      Delete
  7. sedapnya tapai..tapi sama macam miz eija lah..tak boleh nak sentuh tapai..tapai ni sedap dalam daun je..kalau dalam bekas plastik tak berapa nak umpph...lagi² dapat tapai pulut...nyummy sangat

    ReplyDelete
  8. Kat pasar siti khadijah mcm2 ada. Sue suka kuih topi. Kat klntn ja ada. Tapai x suka. Tp tahu la rupa tapai mcm mana.

    ReplyDelete
  9. Banyaknya tapai mama makan..hehe..Cik Mimie tak makan..hee

    ReplyDelete
  10. Assalam ann,
    semalam dah baca ada blogger buat entry tapai
    rini uols pulop wat entry tapai
    ish3
    tak leh jadik ni
    nak kena tempah tapai dah niiiiiiiiiiii
    seb baek jiran iols pembuat tapai he3 :)

    ReplyDelete
  11. sedapnya tapai......!!
    tapiii tak leh makan pagi2 laa... hehehehe... kena tunggu petang skit... :)

    ReplyDelete
  12. Fav wana juga ni mama..memang sedap makan time sejuk kan..

    ReplyDelete
  13. banyaknya mama makan.. Eyda tak minat tapai, dah pernah cuba, tapi tak masyuk dengan selera..

    ReplyDelete
  14. hehehe orang utara mmg suka tapai.. CT bleh telan tapi tak banyak.. sbungkus tu jela kot..
    bebaik Mama.. makan sikit2 pastu air masak banyak2 k..
    acah2 nak takutkan ahaha.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.