★★ RAGAM PEMANDU MALAYSIA ★★

Sakit jiwa tau bila tengah bawak keta slow and steady tiba-tiba ada motorsikal cilok bersilang kat depan.
Serba tak kena terus pijak brek. 
Tak reti takut ker bergesel dengan kereta jatuh tertiarap ke jalan.
Tak pasal-pasal kena lenyek. 
Cheq kalau naik motor dengan cik husband memang mulut tak berhenti potpet potpet pesan ke cik husband tu.
Dia pun selalu cilok, cheq kat belakang ni bernafas macam tak lepas ja.

Tu kisah orang bawak motorsikal. 
Yang bawak kereta pun ada ragamnya jugak.
Bawak slow macam bercinta di line kanan.
Kat belakang dah berderet ikut bontot keta dia.
Bila kita potong ikut kiri, toleh tengok selamba jer, takde perasaan bersalah langsung.
Ada jugak yang bawak slow, time kita nak potong boleh pulak dia tekan minyak .. laju jer pun.
Yang paling sakit hati, bawak slow kat trafik light.
Dah nak merah, boleh dia tekan minyak dan lepas.
Kita yang tertinggal, tak sempat lepas ni tak sakit hati.




Ikutkan macam-macam lagi perangai pemandu-pemandu kita ni.
Selalu sangat dah dalam FB sekarang ni mat motor sound driver kereta, yang driver kereta duk maki hamun mat rempit.
Yang paling dasyat bergaduh, bercakar, bertumbuk sesama driver kereta.
Sebenarnya semuanya sama je perangainya, masing-masing pentingkan diri sendiri.
Kenapa cheq kata gitu, ni sebabnya :-

1. Signal tu umpama perhiasan dan pelangkap aksesori je. Langsung tak pernah terdetik kat hati tu nak guna bila nak cilok ke, masuk simpang ke. Berat sangat tangan tu nak petik je signal tu.

2. Kedua-dua driver suka bawak laju. Dah tau had laju sekian-sekian tapi nak jugak bawak macam peluru. Tapi ada jugak yang bawak perlahan macam bercanda di persisiran pandai. Buat jalanraya tu macam bapak diaorang punya.

3. Suka cilok-cilok dalam jarak yang dekat. Kalau bergesel mesti nak salahkan orang padahal dia bawak tak betul.

4. Kedua-dua driver suka parking kat tempat yang dilarang parking. Selalunya kat parking OKU. Rupa-rupanya memang OKU tang otak. Nak dekat jer dengan tempat yang diaorang nak pergi.

5. Kedua-dua driver suka mencarut dan maki hamun. Contohnya dah boleh lihat viral kat fb tu. Perempuan cantik manis bertudung, tapi Ya Rabbi mulutnya keluar macam-macam benda yang tak sepatutnya. Benda dia punya pun dia sebut jugak.

6. Kedua-dua suka tambah aksesori dan bikin tak ikut spesifikasi yang dibenarkan JPJ. Contohnya lampu apa tah tu panggilnya, buat sakit mata driver kat depan. Kalau motor pulak, guna ekzos besar habaq hang. Kampung sebelah pun boleh dengar bunyi motor dia.

7. Suka langgar lampu trafik. Bukannya pi langar tiang lampu tu tapi lampu trafik dah merah pun selamba jalan ja. Kita pulak yang seriau tengok. Kalau jadi eksiden, tak pasal-pasal kena jadi saksi.

8. Last sekali, kedua-duanya tak makan saman. Duit banyak sangat tak tahu nak buat apa kannn...  takkan nak modified kereta tu jadi kapal terbang. Duit tak habis bayar saman.

Jadilah pemandu berhemah dijalanraya. Jangan digadaikan nyawa sendiri dan membahayakan nyawa orang lain. Peringatan untuk diri cheq jugak ni sebenarnya. Cheq ni pun cepat jugak panas hati kalau nampak orang kuang ajar kat atas jalanraya ni. Nak membalas ja.

15 comments:

  1. memang macam maca ragam pemandu ni. no tiga tu sokmo jumpaa

    ReplyDelete
  2. pemandu malaysia ni kebanyakkannya selfish...sorry to say but it's the truth...

    ReplyDelete
  3. Pemandu di malaysia rasanya mcm kena masuk balik kelas latihan memandu..apa yg mama coretkan tu mmg betul pun..

    ReplyDelete
  4. Betul tu...Cik Mimie ni pikir banyak kali jugak la nk bawa kereta..keyakinan tak cukup lagi =_="

    ReplyDelete
  5. memang setuju sangat apa yg mama ckp tu.. ikut perasaan sndri smpaikan org skliling jadi mangsa huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Betoi tu..Cheq pun..kalau drive kite mulut cheq dah macam berteh jagung tau...Tambah2 kalau kat simpang..ikut suka hati mak pak dia je nak potong kot kiri...signal tak bagi lagi..Bila kita himpit depan dia lagi himpit kita..mentang2 kita pompuan..geram tau...Ada sekali tu kita tekan minyak gaya mcm nak p F1..siap kita bagi lampu lagi..tapi dia buat dek jer..himpit gak..kalau kereta yg mahal lagi melampau.dia tahu kita tak mampu nak bayar dia..Geram sgt2..

    ReplyDelete
  7. Assalam Ann,
    memang tetiap hari bawak kereta asyik membebel ja iols ni tau3
    macam2 peel he3

    ReplyDelete
  8. bawak kenderaan di jalan raya ni sebenarnya kena sepakat jugak..bukan sekadar tolak ansur..kalau nak harap orang je yang bertolak ansur tapi kita tak,tak guna jugak..kan?/sebab tu kena ada sepakat..

    ReplyDelete
  9. setuju dengan semua tuh.. itulah kekadang naik geram jugak dengan pemandu-pemandu yang ada..

    ReplyDelete
  10. nak buat macam mana kak.. memang macam tu dah perangainya. hmmm... kita bising pun dorang wat donno gak. aritu pernah kawan bawa laju sangat. dah tegur banyak kali dah, tapi x dengar gak. baca macam pelesit. sekali accident. diorang sorang je... nasib baik x pape. ha, terus menyesal..

    orang malaysia ni kiranya dah terhantuk baru terngadah. kalau x kena dia belasah je

    ReplyDelete
  11. Setuju dengan semua itu... mereka dah lupa.masa first ambil lesen memandu mereka lupa tentang apa yg diajar hihihi.. aboh ekin pernah bgitaw macam.tu

    ReplyDelete
  12. Erm,betul sangat-sangat.kadang kita ni punyalah berhati-hati drive tapi orang lain buat masalah.kalau motor tu,kadang kita nak masuk kiri, dah bagi signal dan nak masuk.tiba-tiba datang motosikal dari belakang, selit kat belah kiri kita.geram tau.

    ReplyDelete
  13. Sakit hati jumpa pemandu yang xde sopan santun dijalanraya..

    ReplyDelete
  14. diorang ingat diorang je yang ada atas jalan n bayar cukai.. belagak.
    CT kalo boleh mmg nak jadi pemandu berhemah.. kecuali kalo sampai kat tempat yg pemandu2 mmg biadap macam kat georgetown.. memang kena sama biadap.
    lemah lembut gemalai memang tak jalan la kete..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.