6 KESAN BURUK JIKA KERAP MAKAN TELUR


Telur mudah didapati dan murah berbanding dengan makanan laut yang lain. Kat rumah cheq, memang sentiasa ada telur ayam dalam peti ais. Standby kut-kut takdak lauk nak makan dengan nasik. Selalunya telur ni cheq buatkan jadi telur dadar ja, buat goreng mata kerbau tu sekali-sekala ja. Kadang-kadang buat sambal telur, memang terangkat. Kalau makan telur rebus banyak-banyak nanti kentut busuk sangat, hehehe. Kalau yang buat bisnes kek, roti dan biskut lagilah kerap guna telur ni.

Biarpun sedap dan sellau dijadikan menu hidangan, sebenarnya ada beberapa kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan jika kita makan telur secara kerap.





1. Meningkatkan kolestrol

Telur menagndungi lemak sekitar 200mg sebiji. Jadi pengambilannya perlu dihadkan kepada hanya 6 biji telur dalam tempoh seminggu. Namun jumlah itu harus diimbangi dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Pengambilan telur yang berlebihan dan gaya hidup yang kurang sihat boleh meningkatkan kadar kolestrol dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung.

2. Risiko diabetes 

Kandungan lemak dalam telur juga boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis, terutamanya pada kaum wanita. Kamu lelaki mempunyai risiko 55% terkena kencing manis jika makan telur setiap hari manakala untuk kaum wanita pula 77% risikonya.

3. Masalah jerawat 

Mengambil telur secara kerap sama kesannya seperti memakan kacangiiatu akam membuat kulit mudah berminyak. Bila kulit cepat berminyak, maka mudahlah untuk jerawat tumbuh di muka.

4. Menambahkan berat badan

Telur mempunyai kandungan lemak yang tinggi, jadi memakan telur secara kerap boleh mengakibatkan penambahan berat badan.


5. Ketidakseimbangan hormon

Pengambilan terlalu banyak telur juga membuat hormon menjadi tidak stabil lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Jadi sebaiknya bila makan telur eloklah diseimbangkan dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

6. Menyebabkan alergi

Telur juga boleh menyebabkan alergi. Terutamanya jika megambil telur yang tidaks egar, kurang berkualiti, kulit retak dan sebagainya. Jadi perlu berhati-hati setiap kali membeli telur, pastikan telur tersebut segar dan dalam keadaan yang baik dan bersih.


22 comments:

  1. hmm, banyak kesan buruk nya juga ye.. takut pula nak makan telur terus. hahaha

    ReplyDelete
  2. ana ni feveret jugak mkn telur. hehe

    ReplyDelete
  3. kite makan telur dekat 30 biji dalam sebulan tu sebab diet
    http://nuruleimanhikmah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. samla ler kita hihihi.. zaza ada baca..
      [Makan telur setiap hari tak akan meningkatkan paras kolesterol, malahan ia tak meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Makan telur juga boleh membantu mengawal berat badan dengan lebih baik].
      http://doknorm.blogspot.com/2013/11/benarkah-telur-menyebabkan-kolesterol.html

      Delete
  4. wahhhh... terima kasih atas perkongsian maklumat ye mama (:

    ReplyDelete
  5. saya suka makan telur... lagi2 telur separuh masak

    ReplyDelete
  6. makan kena berpada-pada la kan mama :)

    ReplyDelete
  7. baru tahu..hihi..thanks for da info :)

    ReplyDelete
  8. Anak sue eczema. Telur pun sue pantang mkn.

    ReplyDelete
  9. nice info.tapi rasanya kalau yang nombor 4 tu,mesti Atkiners tak setuju.hehe.sebab dengan telur boleh kurangkan berat badan.seperti yang miss eimanhikmah katakan.

    p/s: IbuNoey bukan Atkiners.tapi selalu baca info pasal diet Atkins.

    ReplyDelete
  10. banyak juga kesan buruk..anak saya 2 thn 6 bulan hari2 mkn telur..hihi

    ReplyDelete
  11. bukan kalau atkin boleh makan telur hari2 ke??

    ReplyDelete
  12. Uiks,banyak jugak kesan sampingan makan telur ni..kena kurangkan lah lepas ni..heee

    ReplyDelete
  13. Tak sangka pulak telur boleh buat kita gemuk ...lepas ni kena control makan telur..

    ReplyDelete
  14. baru ku tahu..tapi anak saya suka makan telur

    ReplyDelete
  15. huhuhu alergi dengan telur.. dulu2 ok jer makan telur.. sekarang nih nak alergi laa plak.. tapi sekali sekala makan jugak.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. Assalam ann,
    he3
    weols sefamilia memang antu telor :P
    he3

    ReplyDelete
  17. byk sgt fakta...xthu lah yg mna stu yg betul...dlm diet atskin byk menu ny telur...tapi ramai yg kurus...

    ReplyDelete
  18. sy nk gemuk.. kna mkn telur banyak lah nyh

    ReplyDelete
  19. Terlur kampung ok kolesrol rendah

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.