★★ A NIGHT TO REMEMBER ★★

Assalamualaikum semua

Ni cerita semalam-malam sebelumnya.
Baru naik kerja, tup-tup kena attend dinner yang jabatan cheq anjurkan.
Dah la sebelah siangnya cheq kena iring Dato dan Datin.
Sampai rumah pun dah nak dekat pukul 6 petang.
Tak sempat nak cari baju labuci, manik-manik ke.
Sarung jer dress yang emak cheq buatkan, nasib baik muat lagi.

Sampai di dewan kat Hotel Perdana, cheq terus masuk ambil tempat.
Cari tempat yang paling dekat dengan pintu, senang nak selinap balik.






Tunggu ketibaan para-para VIP dan tetamu yang diraikan.
Selepas itu ada gimik dari pihak hotel sebelum serve makanan.
Bab makanan yang cheq suka, sebab malam tu diaorang jamu chienese food.
Selepas makan satu-satu hidangan barulah ada berbalas-balas ucapan.
Masa ni mata cheq dah mengantuk dah,makan dah kenyang.
Selepas berucap, penyampaian cenderahati kepada tetamu yang diraikan.






Selesai bab tu, barulah masuk ke acara yang tak formal iaitu acara hiburan.
Cheq memang tunggu tarian poco-poco jer.
Bukan cheq nak bangun menari tapi cheq nak cabut balik.
Time tu orang ramai-ramai bangun nak menari, so taklah nampak sangat cheq keluar.
Lagipun cheq segan nak bangun, bila dah duk dalam air-cond ni baju duk melekat kat badan ja.



Setelah pusing kanan, pusing kiri akhirnya cheq dapat keluar.
Cheq memang malas betul kalau kena hadir majlis-majlis formal camni.
Tapi, nak buat camna kan.
Dah kerja camni, kenalah ikut arahan.
Majlis ni adalah untuk meraikan pegawai-pegawai yang bersara dan jugak bertukar kontinjen.
Harap-harap nanti bila cheq bertukar, diaorang buatlah majlis untuk cheq jugak

11 comments:

  1. Wow..best..wana pun suka makan Chinese food ni..sedap :)

    ReplyDelete
  2. hihihi lawak la mama.. nasib dpt seludup keluar..

    ReplyDelete
  3. dah lama tak join dinner mcm ni..Opis Fida tak buat dinner sejak 2 tahun lepas lagi..
    kedekut sebenarnya...geram jer kita

    ReplyDelete
  4. hahaah tp kalau ayu mmg suke kalau ade dinner2 cmni
    cume cawangan ayu kurang buat sambutan ke event2 cmni susah sikit

    ReplyDelete
  5. opis sue x de buat dinner2 gini, kalo sue pun pikir nak cabut cepat jer.
    btw mama, u looks gojes ;)

    ReplyDelete
  6. bestnya..i suka chinese food..

    ReplyDelete
  7. bestnya dinner macam nih.. merasa time masa mula keja dulu jer.. dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  8. Assalam ann,
    waaaaaaaa
    bila kena tukor pun dapat dinner yer uols
    iols ni company buat dinner sekali ja setahun hokeyh

    ReplyDelete
  9. Zaman belajar je dulu2 ada attend dinner2 ni..sekarang xde :)

    ReplyDelete
  10. Wahh best dinner kat hotel hihhi

    ReplyDelete
  11. sebab tu la selalu function macam ni, dia berucappppp sampai habis, then baru makan. hahahaha. kalau x jadi mengantuk. tapi kalau berucap je, makan lambat, orang x concentrate juga

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.