Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, baru akan kesempatan yang menyudahkan sesi review ni. Dah beberapa kali draf entri ni tapi banyak dugaan yang datang. Nasib baiklah sis Mialana memanjangkan tempoh untuk review ni dan terima kasih juga telah memilih saya untuk menerima dan sekali gus menjadi pengguna produk My Beauty Herbs ni.



Produk My Beauty Herbs ini mengandungi bahan Marine Plant Stem Cell adalah tumbuhan yang berasal dari laut. Ianya boleh mengalakkan pertumbuahn kulit mati dan melindungi kulit. Selain itu, ianya jugak mampu menghilangkan jerawat dan jeragat di muka dan juga sebagai anti penuaan. Dapat membantu mencerahkan kulit wajah sekiranya menggunakannya secara kerap dan konsisten. Sel kulit mati akan diperbaharui dan menambah kolagen untuk menegangkan kulit wajah kita.

Sekotak My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skin Care ini mengandungi
1. Whitening Booster Soap 
2. MBH Whitening Booster Day Cream 
3. MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream

1. Whitening Booster Soap
Sabun ini mengandungi marine plant Stem Cell,Collagen,Pearl Powder,vitamin C,Vitamin E,Rice Extract, dan nutrisi tumbuhan laut yang berkesan mengekalkan kulit muka.
-Membersihkan,mencerahkan,menggebukan,melembap,melembut dan menegangkan kulit
-Menanggalkan semua kotaran,minyak dan sel kulit mati
-sesuai untuk semua jenis kulit
-menanggalkan bintik hitam
 
 

2. Whitening Booster Day Cream
-melindungi kulit daripada sinaran UV
-Kulit nampak cerah
-Menegangkan kulit wajah
-Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
-Melembutkan dan melicinkan
-Menganjal dan menghaluskan
-Menyerikan wajah kusam
-Wajah lebih sihat dan muda
 
 

3. Whitening Booster Oxygenating Night Cream
-mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
-Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
-Melembabkan dan menyegarkan
-Mengurangkan liang roma terbuka 
-Menjadikan tona lebih sekata dan berkilau

Setelah menggunakan produk My Beauty Herbs ni lebih kurang sebulan, ternyata ianya memang benar berkesan. Kulit wajah saya jenis berminyak dan akan ditumbuhi jerawat semasa period. Selepas penggunaan produk ini, kulit saya kurang berminyak dan jerawat di muka juga cepat mengecut. Selain itu, kawan-kawan sekerja pun ada menegur kulit muka saya makin cerah. Sekarang ni saya tiada masalah ke tempat kerja tanpa menggunakan olesan bedak di muka, sekadar menyapu krim siang My Beauty Produk saja. Saya sukakan bau sabun dan krimnya yang harum. Sepanjang penggunaan produk ini, memang tiada sebarang effect untuk kulit muka saya seperti mengelupas ataupun pedih-pedih. Memang ternyata berkesan dan saya tidak ragu-ragu untuk mempromosi produk ini kepada rakan-rakan saya.
 
Sebelum : baru lepas period,
jerawat besar di hidung dan dagu

Selepas : kulit semakin cerah dan jerawat
cepat mengecut



Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


10 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.