★★ BAHAYANYA DEMAM CAMPAK ★★

Tengah asyik duk senang-lenang kat rumah, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang. Dah cuak pulak. ingatkan bos cheq yang datang cari cheq sampai kat rumah. Sebabnya sebelum tu 2 kali dia telefon cheq tak angkat. Cheq tengah bercuti pun sibuk lagi nak cari.

Rupa-rupanya nurse datang bagi nasihat dan soal selidik tentang demam campak ni. Sebabnya ada anak seorang penghuni kat sini demam campak. Kesian kat dia, ayahnya baru berpindah kerja kat Bachok, emak dia pulak tengah pregnant. Kena berpisah la dulu dia dengan emak dia sehingga dia sembuh.



Meh nak cerita sikit pasal demam campak ni. Semua maklumat ni cheq dapat melalui pamplet ni. Sharing is caring. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

APA ITU DEMAM CAMPAK
Demam campak adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam  campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk dan bersin.
Kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal ( immun ) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

APAKAH TANDA-TANDA DEMAM CAMPAK
Antara 10 - 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti :
* demam tinggi
* batuk, selsema dan sakit tekak
* mata berair dan sensitif pada cahaya
* sakit otot
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula di bahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 - 7 hari.
Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

ADAKAH SETIAP DEMAM YANG DISERTAI RUAM MERUPAKAN DEMAM CAMPAK
Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2 - 3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

APAKAH KESAN DEMAM CAMPAK PADA KANAK-KANAK
Kebanyakan kanak-kanak yang menghadapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimanapun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghadapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah :
* jangkitan pada telinga
* jangkitan paru-paru (pneumonia)
* jangkitan pada otak (encephalitis)
* cirit-birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.   

BAGAIMANA MERAWAT DEMAM CAMPAK
Tiada rawatan yang spesifik tetapi perkara berikut dapat mengurangkan gejala :
* panadol untuk mengurangkan demam
* hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
* berehat dan minum air yang cukup
 Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal dirumah supaya tidak menjangkiti orang lain ( 4 hari sebelum ruam timbul )

BOLEHKAH DEMAM CAMPAK DICEGAH
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR ( measles, mumps and rubella ) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.  MMRadalah adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi. Sekiranya terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor dan petugas kesihatan.     

nota jarihalus : jumpa nurse tadi baru tersedar, Damia sepatutnya ke klinik untuk pemeriksaan 2 tahun semalam. Macamana la boleh lupa. Terus minta tarikh baru kat nurse tadi. 
   

17 comments:

  1. terima kasih atas infonyaa mama

    ReplyDelete
  2. ada satu lagi.elakkan terkena air hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh Afidah, nanti jadi parut.. Izzat ada satu kat belakang badan..

      Delete
    2. Xkena air hujan ada tinggal parut huhuhu

      Delete
  3. mama! ingat kita lagi tak? hehe...

    bagusnya kalau datang rumah buat macam tu.. tapi demam campak ni kompem semua kena.. lagi lagi kalau cacar air.. gatalnya. eii

    ReplyDelete
  4. Baik dan rajin nurse tu.. ^_^
    Btw, thanks for tha info mama ^_^

    ReplyDelete
  5. betul, memang bahaya. tak leh buat main2..

    ReplyDelete
  6. kesian kalau kena pada bayi dan kanak-kanak...tuari awfiyah kena chicken pox pun dah risau..

    ReplyDelete
  7. Assalam ann,
    my boboboy baru ja lepaih kena demam campak :)

    ReplyDelete
  8. Info yang baik..thank for sharing mama :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas info ni nanti boleh utk kita bila ada anak.nanti...

    ReplyDelete
  10. Nice info,mama.mmg bahaya demam campak ni.

    ReplyDelete
  11. saya memang banyak memabaca dan mencari maklumat2 tentang demam campak ni sebab anak saya dua2 belum kena..risau la..kawan2 nya semua dah kena campak katanya...

    ReplyDelete
  12. Ank sulong sye dah kena campak..masa baby lg.kesuan tgk, tp mudah diuruskan..

    ReplyDelete
  13. Bagus info macam ni kan Kak..nasib wana dah kena time kecik..

    ReplyDelete
  14. dah kena beberapa tahun yang lepas.. mula2 Izzat yang kena, jangkit kat Kimie dan Eyda.. boleh tahan laa sementara nak sihat betul.. MC lama jugak laa, asyik ulang ke klinik sambung MC..

    ReplyDelete
  15. huuurm alaa shian nya dia.. takpe ada hikmah..
    nanti da sihat okaaay boleh ceria balik..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.