★★ RAMAI SANGAT KENAL NI ★★

Assalamualaikum semua.

Malam ni cheq kerja lagi. Kena pulak kerja dengan anak-anak buah cik husband cheq. Mulalah diaorang bercerita betapa garangnya cik husband cheq masa mengajar dan bla, bla, bla....Pergi la ceruk mana pun, betapa banyaknya anak buah cik husband cheq. Takdak peluang la cheq nak berjimba-jimba, nanti kena repot. Kihkihkih, takde niat pun nak berjimba-jimba.

Dulu, husband cheq ni cikgu sekolah latihan. Dah beribu-ribu anak murid dia. Sekarang ni pun dia masih lagi mengajar. Kebanyakannya anak murid dia ni jadi anak buah cheq. Tak tahulah camna diaorang ni boleh kenal cheq. Takkanlah husband cheq nak cerita perihal cheq kat diaorang plak kan.

Ada untungnya bila anak-anak murid husband cheq ni ada merata-rata tempat. Contohnya, semasa kami satu family nak bercuti ke Cameron Highland tanpa dirancang. Telefon la anak murid dia minta bookingkan hotel. Dicarinya kitaorang homestay yang sebesar-besar alam dan dah siap dibayar. Bila husband cheq nak gantikan balik duit tu, dia taknak. Alhamdulillah.

Duk bersembang-sembang dengan anak buah ni. Last sekali dia bagitau " puan, bagitau cik H.... janganlah garang sangat masa mengajar." Cheq sekadar senyum ja sebab cgeq memang tak masuk campur hal kerja husband cheq kecualilah dia nak cerita.


Gambar ini tiada kena-mengena dengan cerita diatas.

11 comments:

  1. Biasa la tu, klu cikgu garang2 ni.. ;)

    ReplyDelete
  2. Cikgu garang tak pe...akan sentiasa diingati oleh pelajarnya.Mcm Fida dan kawan2 sekolah still sembang lagi pasal cikgu yang garang dulu..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Cikgu garang sbb sayangkan anak murid

    ReplyDelete
  4. cikgu granglah yang akan membentuk anak-anak murid. selalunya yg grang juga diingati hihi. paling ingat. yg lain2 pun ade function masing2 :)

    ReplyDelete
  5. kalau cikgu garang baru anak murid takut dan fokus..huhu

    ReplyDelete
  6. Cikgu yang garang dan tegas biasanya akan diingati sepanjang masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. betul tu... saya ingat lagi dengan cikgu Add Math saya. bunyi kasut dia dah buat orang gerun, terus lari terketar ketar duduk tempat masing2 hahahahhahaha

      Delete
  7. garang sangat ke husbank mama? dgn anak2 dia garang tak?

    ReplyDelete
  8. garang dengan anak murid je kot.. ngan family penyayang..

    ReplyDelete
  9. Assalam ann,
    takuit haih garanag2 ni
    tapi dengan uols tak garang kan3
    auummmmm (bunyi rimau :P)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.