CARA UNTUK HILANGKAN GELAP DI BAWAH MATA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ehsan : Google

Minggu lepas adalah salah satu minggu yang paling busy dalam jadual kerja untuk tahun ni. Lawatan kerja dari Pengarah hanyalah sehari saja tapi persiapannya makan seminggu jugak nak siap. Cheq pulak kena bahagian untuk siapkan laporan. Hari-hari tengah malam baru sampai rumah. Nasib baik laki ngan anak-anak memahami. 

Disebabkan tak cukup tiduq dan mata sentiasa duk mengadapkan komputer, makanya  bawah mata pun gelap atau lebih mesra cheq panggil "mata panda". Time tu nak tengok cermin pun takut.

Jadi, cheq cari jalan penyelesaiannya dengan bantuan pakcik google. Rupanya bukan setakat tak cukup tiduq ja, kemungkinan juga disebabkam kekurangan vitamin atau zat dalam badan, masalah hidung sering tersumbat dan mungkin juga disebabkan faktor genetik atau keturunan boleh menyebabkan jadinya gelap bawah mata ni.

Berikut merupakan beberapa tips mudah untuk menghilangkan lingkaran di bawah mata :-

1. Pudina
Hancurkan daun pudina dan sapu pada bahagian bawah mata. Cara ini dikatakan mampu untuk mengurangkan warna gelap di bahagian bawah mata.

2. Ubi kentang
Kalau daun pudina susah nak cari, kita guna ubi kentang yang mana senang nak cari. Caranya cuma potong ubi, dan hirisannya tu letak kat bawah mata. 

3. Dehidrasi
Bila dah busy, makan dan minum pun kita lupa. Banyakkan minum air. Bila badan kurang air badan akan alami dehidrasi akan menyerlahkan lagi lingkaran gelap bawah mata.

4. Tidur yang secukupnya.
Kurang tidur bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap bawah mata cumanya ia akan memburukkan lagi masalah itu. Bila kurang tidur, kulit akan hilang keanjalan serta kelembapan.

5. Uncang teh
Petua ni la yang cheq gunakan sebab uncang teh memang sentiasa ada dalam peti ais. Sebabnya cheq selalu buat teh ais dan simpan dalam peti sejuk. Jadinya uncang teh berperisa teh susu cheq letak kat bawah mata cheq. Boleh letak dalam tempoh 15 - 20 minit.

Sapa-sapa yang alami masalah bawah mata gelap bolehlah ikut petua ni. Diulang sekali lagi masalah bawah mata gelap bukan gelap mata. Sharing is caring.


4 comments:

  1. nice tips . aril pun ade gelap bawah mata ni .. rasa mcm nk koyak je kulit ni . hahahah . Aril ade entri baru. Jom baca .

    Demam Boleh Menyebabkan MATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau orang pompuan buh la foundation tebal mana pun tetap nampak hitamnya.

      Delete
  2. ubi kentang boleh guna ea nanti nak cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ann pun tak pernah guna lagi. Sayang sebab boleh masak. Kalau uncang teh tu kita dah guna, tak terasa sangat sayang tu, hehehe

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.