JENIS-JENIS FOBIA YANG TAK PERNAH DENGAR


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ada kawan sorang kawan cheq ni dia fobia dengan lubang-lubang kecik. Contohnya lubang kat sinki, kat bilik air. Sebabnya dulu dia nampak ulat-ulat kecik keluar ikut lubang-lubang macam tu, jadinya sampai sekarang ni dia takut. Kawan cheq ni jugak fobia dengan ulat-ulat dan serangga. Jadinya, lubang-lubang kat rumah dia tu dia lindung atau tutup guna baldi ke, apa-apa benda pun, asalkan dia tak nampak lubang tu.

Ikutkan fobia kawan cheq tu kiranya normal lagi. Sebab ada lagi fobia yang pelik-pelik dan tak masuk akal. 
Jom, check it out..

Ehsan : Google

1. Pediophobia (Fobia terhadap patung)
Takut dengan semua jenis patung termasuklah robot dan mannequin. Ketakutan yang terlampau membuatkan orang camni susah untuk ke pusat membeli-belah.

2. Eisoptrophobia (Fobia terhadap cermin)
Penghidap fobia ini sangat takut terhadap cermin. Selalunya ia dikaitkan dengan kepercayaan karut seperti cermin boleh membawa nasib buruk dan lain-lain.

3. Agyrophobia (Fobia melintas jalan)
Golongan ini amat takut untuk melintas jalanraya. Tak kiralah jalan besar ataupun kecil, dia akan mengigil ketakutan.

4. Mageirocophobia (Fobia memasak)
Nama ini diambil daripada perkataan Greek iaitu "Mageirokos" yang membawa maksud seseorang yang tidak boleh memasak. Nampak kuali dan periuk terus fobia.

5. Pogonophobia (Fobia janggut)
Perkataan ini berasal dari bahasa Yunani iaitu "Pogono" yang bermaksud ada kaitan dengan janggut. Golongan ini fobia dengan janggut kerana menganggapnya sesuatu yang menyeramkan dan kotor.

6. Euphobia (Fobia mendengar berita baik)
Fobia yang pelik. Golongan ini sangat takut jika berita baik itu adalah berita palsu. Fikirannya sentiasa negatif menerima sesuatu perkara.

7. Pentheraphobia (Fobia terhadap ibu mertua)
Dalam banyak-banyak fobia yang wujud, fobia terhadap ibu mertua dikatakan paling banyak berlaku. Jika tak ditangani dengan bijak, fobia ini boleh membawa kepada penceraian.

8. Vestophobia ( Fobia memakai baju)
Golongan yang fobia untuk memakai baju yang mungkin didorong rasa trauma, misalnya pernah digigit senjata berbisa yang menyorok dalam lipatan pakaian. Kalau memakai pakaian pun, hanya pakaian longgar malah kalau boleh tidak mahu berpakaian langsung.

9. Venustraphobia atau Caligynephobia ( Fobia kepada wanita cantik)
Segelintir golongan lelaki menghidap penyakit ini. Mereka takut, cemas, gelisah malah tertekan bila berdepan wanita cantik. Seboleh-bolehnya dia akan mengelak daripada bertemu wanita cantik.

10. Panphobia (Fobia akan semua benda)
Fobia jenis ini paling jarang berlaku. Semua benda pun dia takut, payah sungguh.

Sumber : SP



3 comments:

  1. macam2 jenis fobia ada kan..kita tak taulah fobia pada apa..emmm...nanti fikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu apa benda yang saya fobia. heheeh

      Delete
  2. fobia masak?!
    masak la asben si fobia masak :)
    ha ha ha...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.