BENTO SEPARUH JALAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Bila anak-anak dah masuk sekolah, cheq  sebagai seorang mama dah berazam nak siapkan bekal makanan setiap hari untuk anak-anak.

Tiap-tiap hari memikir juadah untuk esok harinya. Petangnya kelam kabut singgah kedai beli bahan masak.



Minggu pertama dan minggu kedua persekolahan berjalan lancar. Adik suka bawak bento walaupun cheq tak berapa nak reti nak pelbagaikan juadah. Masuk minggu ketiga, adik dah takmau bawak. Katanya kawan-kawan dia tak bawak bekal. Pujuk jugak bawak tapi tengahari balik tengok bento tak terusik pun.




Kakak pula dari awal-awal lagi memang dah takmau bawak. Malu dah besar kut.  Mama depa ni siap sekodeng resepi-resepi bento untuk depa lagi. Nampaknya azam mama depa ni sekerat jalan ja la.

3 comments:

  1. alahai..bak mai cik nor..cik nor hari2 bwk bekal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman gawat ni kena banyak berjimat kan. Bagus cik nor 😆😆

      Delete
  2. anak2 aida memang bwk bekal, ann.
    so far x pernah la mereka kata x nak bwk.
    dlm setahun skola, 3-4 kali je aida bagi duit utk diorang belanja kat skola tau.
    tu pun sebab aida x sempat prepare bekal.
    yes. kena jimat la ann zaman skang :(

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.