IBU MEROYAN DITUDUH HARINI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Masih ingat lagi dengan kes dimana seorang ibu telah kelar leher bayinya sehingga maut. Harini ibu tersebut telah di bawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Ehsan : Metro
Kiri dan kanan tu anak buah cheq. Depa ni dah
glamor, kerap masuk TV ngan paper.

Tertuduh berusia 32 tahun yang masih lagi mendapat rawatan di wad psikiatrik, HRPZ II kelihatan murung ketika di bawa ke mahkamah. Pertuduhan dibaca dan tertuduh dapati faham dengan pertuduhan tersebut tetapi tiada sebarang pengakuan dari tertuduh.

Perbicaraan akan disambung semula pada tarikh yang telah ditetapkan untuk mendapatkan laporan perubatan dan psikiatrik tertuduh.

Doa cheq supaya ibu dan keluarganya tabah hadapi dugaan ini. Insyaallah, akan mendapat pengakhiran yang baik.

4 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.