GUNA SEMULA KERTAS TERPAKAI

Assalamualaikum 💕💕💕

Harini masuk ofis semula setelah 3 hari bercuti. Tengok dalam ofis tu banyak sangat kertas yang dah terpakai. Kadang-kadang bila buat laporan, dah siap print pun baru perasan ada yang tak betul. Jadi print semula. Jadinya, laporan yang print awal tu dah tak guna. Semua kertas-kertas ni tergolong dalam kategori SULIT jadi tak boleh buang gitu saja. Kena lupus dalam mesin shredder (pencincang).

Bila tengok sehelai-helai masuk dalam mesin tu, rasa sayang sangat kertas tu. Hanya sebelah bahagian ja yang bertulis, bahagian belakangnya masih kosong. Jadi cheq punya idea, guna kertas terpakai tu selagi boleh guna.


Kertas yang dah digunakan dan tunggu masa
nak buang ja

Gunting / potong kepada 2 bahagian

Buatkan lubang dengan menggunakan punch

Masukkan tali dan kemaskan. Siap, dah boleh
conteng-conteng


Mula-mula cheq kumpulkan kertas yang mana bahagian belakangnya masih kosong. Potong kepada 2 bahagian. Guna punch untuk buat lubang dan ikat dengan tali. Maka bolehlah, cheq catit apa-apa yang patut nanti. Takdaklah nampak membazir sangat kan.


5 comments:

  1. Selalu macam tuh kan..sebelum print kemain check semua..rasa macam dah ok..bila print baru sedar ada mistake! apa pon ini idea yg bagus. Recycle balik! kalau buang membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang sangat tengok terbuang gitu ja. Baik kita guna habis-habisan

      Delete
  2. Masa keje kerani dulu selalu buat begini... Hihihihihi

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.