TAK SUKA BOMOHKAN JA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Rabu 2 minggu lepas, lebih kurang 9 malam kerani cheq (pompuan) hantar wassap dalam group mintak maaf, mintak halal segalanya. Kitaorang yang baca ni dah naik risau. Kerani cheq ni memang tengah skit.

Malam tu jugak, 3 biji kereta rakan sekerja cheq pergi melawat dia. Disebabkan malam, cheq tak dapat nak ikut. Keesokan paginya, lepas taklimat cheq serombongan pergi melawat dia. Sampai rumah dia memang rasa lain, rasa seram. Sedih tengok kerani cheq duk terbaring camtu, sebab sebelum ni dia ligat sangat. Yang lagi sedih, doktor pun tak dapat nak kesan sakit apa, hanya bergantung pada morfin untuk tahan sakit.

Seminggu dah berlalu, barulah keluar cerita yang pada malam tu kawan-kawan cheq kena kacau lepas melawat kerani cheq tu. Ada sorang anak buah ni, dia memang boleh nampak benda-benda ghaib ni. Malam depa sampai rumah tu, benda tu dah tercongok kat bumbung. Time balik pulak, benda tu muncul kat setiap selekoh. Nasib baik tak jadi apa-apa kat depa. Patutlah cheq rasa seram masa duk kat rumah dia.

Ehsan : Google

Sekarang ni kerani cheq tu ada kat ICU. Doktor terpaksa tidurkan dia. Rupa-rupanya kena buatan orang. Nasib baik jugak doktor tu benarkan ustaz masuk ubatkan kerani cheq ni. Orang yang buatkan dia pun dah dikenalpasti, cuma tak disangka orangnya. Mudahnya caranya, tak suka kat seseorang tu, bomohkan ja. Tak ingat dosa dah. Biar Tuhan ja yang balas perbuatan dia tu. Semoga kerani cheq ni sihat seperti sediakala. Amin.

10 comments:

  1. hurmmm.. kesian orang yang kena tu.. takde otak macam tu la jadinya.. tak takut balasan Allah..

    ReplyDelete
  2. Orang camni fikirannya cetek, tak mampu nak pikir lebih-lebih

    ReplyDelete
  3. kenapa lah kan zaman skrg ni masih wujud org macam ini...takut dengar macam ni..ibta jauh dr kitatp org yg buat cam ni.ksekejap je dia puas hati.nanti Allah balas balik cash

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia rasa dia lebih berkuasa dari Allah
      Nauzubillah..

      Delete
  4. kesiannya ... yang buat tu sah sah tak takut Allah ... semoga kita semua dijauhkan perkara2 mcm ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kesian tengok member kita yang kena tu. Kalau dia buat salah pun, bukan camtu cara nak ajar pun

      Delete
  5. pernah juga terkena tapi nasib baik la kesan awal sebelum jatuh sakit teruk macam ni..

    semoga kerani cheq cepat sembuh dan terus berkhidmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nasib baik cepat sedar. Semoga kita pun dilindungi daripada orang-orang begini

      Delete
  6. Replies
    1. Iye, mulut kita sendiri pun kena jaga. Kadang-kadang orang lain takleh terima apa yang kita cakap, sentap dan cari jalan mudah camni untuk balas balik.

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.