BERAT MULUT

Assalamualaikum semua.

Dah acap kali dengar pengasuh Diyanah ni duk mengadu kat cheq. Diyanah ni kat taska payah sangat nak bersuara. Kalau dia nak apa-apa dia akan tarik tangan pengasuhnya dan tunjuk benda tu. Tapi dengan kawan-kawan dia, boleh bersembang. Itupun suara antara dengar tak dengar ja. Kalau dia perasan siapa-siapa perhatikan dia, terus dia tutup mulut. Jangankan nak cakap, senyum pun cukup payah...alahaiiii, adik ni ikut perangai siapa tah. Mama ngan abah ni bukan main peramah lagi.

Macam-macam la pengasuh dia buat semata-mata nak bagi Diyanah ni bercakap. Siap offer nak belanja makan lagi....(bagi mama la tolong cakap untuk adik, dapat makan free). Bila cheq hantar video Diyanah ni menyanyi, bersembang ke pengasuhnya, diaorang terkejut. Lain benar bila dia kat taska.


Bila dengan cheq lain pulak perangai dia. Ambil dia kat taska, masuk kereta ja..mulut diia dah potpetpotpet bercerita. Macam-macam la dia cerita. Pasal kawan dia nama Ira, Anis, Ikram la. Makan macam-macam la kat taska. Sampaikan cheq suruh dia diam la. Kalau bergelak, meraung..memang bingit telinga dengar suaranya.

Walaupun tak bersuara kat taska, alhamdulillah apa yang pengasuhnya ajar dia boleh ikut. Kadang-kadang dengar mulut dia terkumat-kamit baca doa. ABC dah lancar... menyanyi tu jangan kira la. Kadang-kadang buat lirik sendiri.

Agaknya dalam mulut Diyanah ni ada emas kut. Hishhh, jangan buka mulut luas-luas bila ada dengan orang lain, nanti diaorang ambil emas tu pergi jual..heheheh



22 comments:

  1. anak saya speech delay tapi abc sampai z boleh baca one - ten boleh baca.. semua huruf & nombor kenal.. sekarang baru byk words sikit dia sebut. takpe la.. at least anak akak berat mulut dengan orang luar jer kan...

    ReplyDelete
  2. singgah sini .. jom join GA niii .. hadiah berharga RM500 !

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/02/giveaway-by-ekinrazalli-worth-rm500-to.html

    ReplyDelete
  3. macam cousin nani yang kecik tu jugak. dia sekolah tapi kalau cakap apa apa dengan cikgu mesti berbisik. heheh

    ReplyDelete
  4. haha..bestnya kalau dalam mulut diyanah ada emas..cepat kaya mama..hehe..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. doktor mai dah..ngan word medical..hihi..

      Delete
    2. mayb dia perlukan masa nk biasakan diri.dgn org lain yg xbpa kenal. jgn jdu anak sedara saya, potpet xkira siapa. haha..

      Delete
  6. anak sue pun dulu mcm tu pemalu dengan org. dengan kita bukan main lagi bercakap mcm bertih jagung ^^

    ReplyDelete
  7. agaknye dy malu kot dgn orang.. xpon dy takot pengasuh tu marah dy sebab bnyak cakap.. heheh.. comel anak akak secomel maknye.. huhhu..

    done follow blog sis #491

    ReplyDelete
  8. ambil masa kot..lama-lama OKlah tu.tak pun dia jadi pendiam bila ramai sangat orang agaknya..

    ReplyDelete
  9. pemalu Diyanah ni ..lelama ok lah tu

    ReplyDelete
  10. pemalu ni, mama... anak buah kak ana pun sama,lama-lama nanti oklah tu.. :)

    ReplyDelete
  11. kekadang ada orang dengan orang luar memang berat mulut nak bercakap.. kalau kat umah boleh plak cakap.. adik dulu macam tuh, sampai time Eyda pi beli buku dia kat koperasi, cikgu tegur kata dia tak mau cakap kat sekolah.. sampai cikgu saja suruh berdiri bila dia tak mau jawab atau cakap bila cikgu suruh..

    ReplyDelete
  12. Hehehe..dia segan agaknya..mcm anak buah Cik Mimie dekat skolah pendiam..balik rumah suara dia yang terjerit2..hahaha

    ReplyDelete
  13. Haha. Biasa la. Saya pun macam anak kak gak. Diam kt sekolah. Tapi kat rumah..hehe

    ReplyDelete
  14. dia malu kot dgn org lain hi hi hi...
    elok la tu malu-malu, anak dara kan :)

    ReplyDelete
  15. Dia pemalu ni kot..hehe...mungkin take time untuk dia biasakan diri dengan orang luar..yang penting bijak..hehe

    ReplyDelete
  16. pemalu ni hehehe.. or kekadang amek masa nak mesra dengan orang lain =)
    jadi anak buah CT membebel pula x henti2.. pening dengar.. ada aje mende nak bebel..

    ReplyDelete
  17. Ini karakter Harith...jumpa org lain terus shy shy cat

    ReplyDelete
  18. Mungkin diyanah berhati2 apabila dengan orang lain. Takut tersalah kata. Kalau dgn mama xpe. Hehe

    ReplyDelete
  19. kann?? anak d rumah dan d tempat belajar lain sgt yg kita pun x jangka. inshaAllah sdg dalam proses belajar

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.