BILA ADA ANAK PEREMPUAN BERDERET-DERET

Aku tanya apa khabar?
Aku tanya apa khabar semua?

Harini hari minggu kat negeri kelantan ni.
Memang jadi rutin la mengemas rumah. 
Seminggu sekali nak sapu sawang pun, nak mengemop lantai.
Nak basuh bilik air, basuh kasut sekolah.
Termasuk la mengemas baju anak-anak dara cheq yang dalam almari tu.

Rasanya macam dah lama tak beli baju baru kat depa.
Tapi almari baju depa ni dah tak muat dah.
Muskhil jugak ni, mai mana baju banyak-banyak ni.

Selongkar almari baju baby, mana baju yang dah tak muat tu masukkan dalam kotak. 
 Cepatnya kamu membesar, banyak baju dah tak muat.
Baju-baju tu nanti boleh hantar ke kampung.
Adik bakal bersalin bulan enam ni, mudah-mudahan dapat baby girl.
Lagipun baju ni cantik-cantik lagi, pakai pun 2, 3 kali ja.

Dah siap susun dalam kotak baju baby ni.
Sayang tengok baju-baju ni. Nak tunggu
baby sendiri lambat lagi. 

Bukak almari baju adik pun sama, berlambak baju.
Asingkan baju yang boleh pakai dengan yang tak boleh pakai.
Yang boleh pakai, susun balik molek-molek dalam almari 
Baju yang dah sendat masuk dalam almari baby 

Next, kemas almari baju kakak plak.
Bersepah baju, bercampur-aduk.
Al-maklum la dah besar, baju ambik sendiri.
Pakai tarik-tarik ja, dah tak tersusun.
Sama jugak, baju yang dah kecik masuk dalam almari adik.
Kurang lah sikit semak almari baju kakak ni.

Untung ada anak dara berderet-deret ni.
Baju boleh buat warisan turun-temurun.
Macam ni jugak zaman cheq kecik-kecik dulu.
Kakak cheq, cheq sendiri dengan adik cheq memang macam ni emak buat dulu.
Sekali beli boleh pakai sampai 3 beradik.
Jimat..

24 comments:

  1. tulah kan pakai sekejap2..memang boleh pakai kan untuk yang lain..sayang

    ReplyDelete
  2. nani pon banyak jugak baju tak muat dah masuk kotak. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Sue pun macam fmly mama juga sbb kami 6 beradik perempuan sorang je kumbang. Perturunkan pada adik beradik sulong sampai last, menjimatkan belanja sikit ^^

    ReplyDelete
  4. tengok baju lama rasa sedih.. cepat betul anak-anak kita membesar.

    ReplyDelete
  5. baru anak sorang pon dah penuh lemari.. terus kemaskan ikut saiz bulan..nanti senang nak cari..kot ler nak tambah lg kaaaan..kuikui

    ReplyDelete
  6. tak cukup tempat yer sis... al maklum la anak perempuan ni mmg byk baju... baju depa mmg lawa2, rambang mata kita dibuatnya.... hehe

    jom cuba nasib join GA iPhone 5s sis
    http://www.bysyafiqspecki.com/2015/01/giveaway.html

    ReplyDelete
  7. samalah saya dulu pn macam 2.. almaklumlah kami dlm keluarga ada 6 org perempuan... hehehe

    ReplyDelete
  8. baju budak2 ni, tak dan nak lusuh dah kena beli baru.. cepat mmbesar.. ai dulu pn sama lah..asyik pakai baju kakak.. hehe.. habis kami adik beradik, pas kat sepupu plak..

    ReplyDelete
  9. wah, banyaknya baju yang masuk dalam kotak..betul tu mama..bagus juga bagi pada orang lain kan..sayang kalau tersimpan dalam almari ja..sekurang-kurangnya ada juga yang boleh pakai baju2 tu..

    ReplyDelete
  10. Family Cik Mimie pun guna baju turun temurun..hehehe..anak org ni pakai..anak org ni pakai..jimat sikit :)

    ReplyDelete
  11. ada anak perempuan berderet boleh la bantu mama bila dah besar nanti :)

    ReplyDelete
  12. kami turun temurun bukan anak2 je, dr anak kakak, turun anak kakak lg, sampai kita, naik semula ke anak kakak sulung pastu turun balik dan sekian sekian sekian. tak sempat nak bagi ke kedai bundle

    ReplyDelete
  13. samalah sis JM pun adik beradik ramai perempuan so mmg jimat lah...si adik pakai je baju si kakak

    ReplyDelete
  14. Saya pulak 3 anak lelaki berderet..memang baju kira recycle lah.
    Saya pun dah lama x beli baju jalan-jalan dorang.
    Suka beli kat Parkson time sale je:)

    ReplyDelete
  15. tulah jimat. baju2 kakak saya yang mereka taknak biasanya bg kat saya je hehe

    ReplyDelete
  16. kira senang bila ada anak yang jantinanya sma.. boleh passing2 jer.. macam Eyda laa ada dua orang hero tuh..

    ReplyDelete
  17. Kalau wanie sendiri tak dapat nak recycle baju kat adik perempuan sebab jarak jauh sangat..jadi memang bagi kepada yang lebih memerlukan..

    ReplyDelete
  18. untung semua perempuan kan..hhee..
    kitaorg dulu pun macam tu..recycle je balik...

    ReplyDelete
  19. kalau ekin semua baju xleh kongsi sbb saiz ekin ma kakak n adik brbeza hihihi

    ReplyDelete
  20. sama la yg kt rumah ni..
    now ngan baju ummi pun dah boleh kongsi :)

    ReplyDelete
  21. ehehe Mama nye cerita cem kakak sepupu CT.. anak empat orang perempuan..
    so pakaian boleh rotate.. tanya dia ko nak anak lagi dak ? hahaha
    'ko nak kena tumbuk ngan aku ?' haaa tu jawabnya ehehehe..

    ReplyDelete
  22. hahahhaa. betul tu kak... saya pun 3 beradik. memang senang. nak pergi jalan ke pergi raya ke, pakai baju tukar2 je... xyah beli baru banyak kali..

    ReplyDelete
  23. hihi, memang kak, macam tu jugak saya.. ngan adik2 kongsi jah baju. XD

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.