Pen Oh Pen !!

Assalamualaikum semua...

Baru berkesempatan nak menulis entri. Busy bebenor mengalahkan menteri. Tengah busy menulis, pen kegemaran cheq pulak habis dakwat. Bukannya sebatang tapi 2 batang sekali habis dakwat. Pen tu banyak sebenarnya tapi ada yang duk dalam kereta, dalam beg tangan dan ntah mana-mana lagi. 

Bukannya tak boleh guna pen lain, tapi tangan ni akan gatal-gatal nanti.... (hehehe..mengada-ngada tau Ann ni). Start masuk kerja dulu, cheq dah guna pen ni. Beli dengan duit sendiri. Kiranya dah sebati dengan tangan cheq ni. Time belajar dulu beli pen kilometriko tu jer, berkilo-kilo meter menulis baru habis dakwat. Kuikuikui...

Inilah dia pen kegemaran cheq, PILOT.
Bila guna pen ni rasanya macam bawak
kapal.

Dah la semua kerja nak segera. Bagi last minit tapi nak segera. Ingat cheq ni robot kot. Nasib baik la extra ink ada lagi satu ja. Lancar kembali menulis. Cheq lebih prefer menulis lagi daripada menaip. Lagi laju cheq menulis dari menaip.

Inilah semua fail yang nak segera tu. Nasib baik la
tak terlucut tangan.
Alhamdulillah selesai jugak kerja harini. Kalau macam ni hari-hari, memang jenuh la cheq nak beli refill ink selalu. Maju jaya la kilang ink tu, cheq pulak yang bangkrap. Kena ubah strategi la gitu. Guna pen hak kerajaan punyalah..

24 comments:

  1. suka jugak guna pilot. mak aihh banyak betul fail nyaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan guna pilot.
      Macamni lah kerja akak ni, hari-hari menulis ja..

      Delete
  2. Betimbunnya fail..memang patut pun pen habis ink..hihi..wana time belajar dulu suka pakai pen macam tu..best kan mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak time study dulu tak mampu nak pakai pen ni...mahal sangat rasanya time tu.

      Delete
  3. Nad mmg paling lambat menulis...seriously haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya laju lagi menulis tapi tulisan tu mulanya boleh dibaca. Bila dah banyak menulis, tulisan pun dah jadi macam tulisan cina dah...hehehe

      Delete
  4. banyaknya fail.. nasib nipis2, kalau tak memang tak nampak orang dah laa.. Eyda kalau fail atas meja, semua jenis tebal2.. mana taknya pelan2 yang ada pun tebal2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang tak nampak tuan meja la kalau fail tebal-tebal atas meja.

      Delete
  5. sis JM pulak x suka menulis..lambat!!..menaip lagi cepat berdesup lagu ihihihi

    ohh gua pen PILOT no wonder lah semua kerja siap cepat..PILOT kan...bawak kapal terbang kan laju lah hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lambat la nak menaip, dengan nak tengok keyboard, nak tengok monitor lagi... huhuhu. Kena pergi kursus komputer balik ni.

      Delete
  6. tak lenguh tangan ka kak? Saya suka taip lagi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maunya tak lenguh cik fafa oi... malas nak menaip sebab kena buka kertas satu-satu masuk dalam printer. Kertas setiap fail tu pulak berlainan. Jadi makin lambat nak buka dan masukkan balik kertas dia.

      Delete
  7. Amboi fail atas meja mama..macam gunung..hikhik..Cik Mimie guna je pen yg ada kat opis..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jugak guna pen opis tapi lepas tu tangan gatal-gatal...hahahaha

      Delete
  8. mcm pilot ek?kekeke

    byk tuu fail.. akak keje ape ek?huu

    ReplyDelete
  9. Akak pun suka guna pilot gel pen begitu :)

    ReplyDelete
  10. Pen kalau letak dalam kete..panas..rasenye cepat dakwat kering.

    ReplyDelete
  11. whoaa...banyaknya fail tu..huhu...samalah wanie pun,bab pen memang kena pilih,kalau dah serasi tak boleh nak guna yang lain...jadi kekok,tak best..

    ReplyDelete
  12. Kalo dah hafal apa nak ditulis okay la tu kak. Hehe.

    ReplyDelete
  13. tak sangka mama farhanah ada kebolehan menulis dengan laju

    ReplyDelete
  14. banyaknyer.. hehehehe. pen kerajaan tu. PILOT, kuikui

    ReplyDelete
  15. Bnyaknya fail... bab menulis memang laju... tetapi dah banyak gitu tulisan mcm2 ada

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.