Kan Senang Camni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bersiaran lagi harini tapi by phone jer. Sementara nak tunggu court bersidang sempatlah nak tulis cerita sikit. Sementara idea tengah berlegar kat otak ni.

Nak cerita pasal anak sulung cheq, kakak Dinah. Dalam seminggu, ada 2 hari matapelajaran pendidikan jasmani kat sekolah dia. Cheq memang dengan senang hati kalau ada PJ ni sebabnya kakak akan pakai baju senaman ja sepanjang hari. Tak payah nak pakai baju kurung sekolah. Risiko kecomotan baju sekolah pun berkurangan. Lagi satu diaorang budak-budak pun jadi selesa, nak melangkah naik tangga pun senang. Apatah berlari-lari...budak-budak zaman sekarang semuanya nak laju.

Hari kedua PJ.Sepatutnya pakai baju sukan
warna biru tapi tak sempat kering.

Tak macam zaman mama dia dulu. Walaupun PJ, waktu matapelajaran lain tetap kena pakai baju sekolah. Kalau PJ awal waktu, dari rumah dah pakai baju senaman, pastu saruk baju kurung sekolah plak. Panasnya.. sampai sekolah awal baru buka baju kurung tu. Pastu sidai la kat kerusi. Takut kedut.

Itu kalau PJ awal, kalau PJ masa kedua atau ketiga, memang bertambah panas la nak tunggu masanya. Kadang-kadang bawak baju senaman tu, salin kat toilet. Salin baju ja dah 10 minit, waktu senamannya  tinggal tak seberapa dah. Lepas senaman kena tukar baju sekolah balik. Memang tak selesa dengan peluhnya.

Memang sesuai la pihak sekolah buat gini. Tak payah nak bawak 2, 3 beg untuk baju salin.
Memudahkan pelajar.

#cheq pun tak tahu dah berapa lama dah pihak sekolah buat camni. Al maklumla tinggalkan sekolah dah berbelas tahun. Anak pun baru masuk sekolah...kihkihkih


30 comments:

  1. betul tue mama3farhanah;)
    senang sikit tak payah nak bawak baju dalam beg ... waktu pj pakai baju pj sampai balik ;)
    senang sikit kerja umi nyer heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh seminggu nak bagi kakak pakai baju pj ja..senang kerja

      Delete
  2. teringat zaman sekolah dulu. masa pj lepas rehat. ishh rimaslah nak tukar-tukar baju. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dah masuk tengahari dah. Panasla senaman waktu tengahari..heheheh

      Delete
  3. betul tu han...dulu kita kena bawak baju pj masuk dalam beg
    skrg depa senang terus pakai baju pj sepanjang hari...senang dan jimat baju tak pyh iron:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang sukanya. Baju kurung ada 3 pasang..maknanya seminggu sekali ja la iron pun.

      Delete
  4. betul mama.. mudah dan senang.. memang suka kalau bab hari ada PJ nih.. tak payah nak susah payah iron baju banyak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lar kannn...bab nak iron tu la malas. Kalau banyak-banyak sekali iron takpe, nak iron hari-hari yang malas tu

      Delete
  5. dulu pun msa sekolah suka masa pj. hahaha ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka. Nak plak bila cikgu kata main ikut suka hati sendiri...yahooo

      Delete
  6. memudahkan pelajar dan ibu bapa bila pihak sekolah buat macam ni kan mama..dulu waktu sekolah suka sangat subjek PJ ni..bukannya bersuka sangat pun tapi pegi melepak ngan kawan..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat memudahkan parents dan student.
      Akak dulu pun suka PJ ni, boleh skodeng budak laki main bola sepak..hehehe

      Delete
  7. Aah kan senang. Takpayah nak panas2 pakai 2 lapis kat dalam baju kurung.
    Risiko tertinggal baju PJ pun kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dr.
      Selesa budak-budak kat sekolah dengan baju PJ ja.

      Delete
  8. Untung budak sekarang boleh pakai bju PJ sepanjang hari..kalau Cik Mimie dulu..lepas PJ kena tukar semula uniform..hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan time akak sekolah dulu-dulu. Kadang-kadang dah sidai baju tu tapi terjatuh. Pakailah baju sekolah kedut-kedut tu.

      Delete
  9. Dulu masa zumal sekolah, kalau tak tukar baju sekolah semula mesti cikgu next subject akan tanya ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang salin baju lambat masuk kelas, next cikgu dah marah-marah.

      Delete
  10. haah la setuju...PJ 2x seminggu memang mama nya yang rasa lega..baju kurung save sikit..tak kotor sangat..tapi kena jugak pakai untuk sekolah KAFA..hmm tapi takpe tak kotor sangat lah half day..

    ada masa jenguk kite ye..http://mamasihatcantik.blogspot.com seronok baca blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAFA kat sana pakai baju sekolah jugak ke? Kat sini pakai baju kurung warna merah bata, jadi tak la nampak kotor sangat.

      Delete
  11. Bagus la macam tu...Nad paling nyampah time waktu PJ sebab nak kena tukar baju dalam kelas....heeeeee tak suka...tp time tu girls school huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berul tu Nad, menyampah sangat time nak salin baju. Kitaorang salin dalam toilet, nak pulak banyak kelas PJ waktu yang sama. Memang sesak la toilet tu.

      Delete
  12. setuju dgn pihak sekolah punya pengurusan..x perlu nak bawa pakaian sekolah lagi jika da PJ kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaorang sebagai parents pun sangat-sangat setuju ;-)

      Delete
  13. Sekarang memang senang. Hari koko pun budak2 leh pakai uniform persatuan sepanjang hari. Comel je nampak polis2, kadet bomba,...

    ReplyDelete
  14. kalau dulu kita kena bawak baju pastu tuka kan...lagi leceh sebab dah berpeluh pj,kena tuka baju kurung pulak...tak selesa...baguslah macam ni,mudahkan urusan bnyak pihak...

    ReplyDelete
  15. betul dulu tak suka sangat PJ sebab kena bawa baju pastu tukar tukar rimas!

    ReplyDelete
  16. Samalah kita dulu. Terpaksa rebut toilet nak salin baju lepas pj. Huhu

    ReplyDelete
  17. betul tu zaman mamamyja pon sama asal PJ kena tukar. sekarang sudah mudah. Sekolah agama pon tiap hari rabu pakai baju sukan.

    ReplyDelete
  18. tengok gambar tu rasa tak sabar pula tggu kakak sulung ni masuk sekolah nanti. bahagia hati, sejuk pandang mukanya

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.