SEGMEN PROJEK SYUKUR

Assalamualaikum semua.
Ambil kesempatan last minit ni untuk join.

Klik banner untuk join 


1. Saya bersyukur sangat dilahirkan oleh seorang perempuan yang bergelar emak dan diasuk oleh lelaki yang dipanggil ayah. (Sayang sangat emak dan ayah)

2. Saya bersyukur dilahirkan dalam Islam dan mendapat dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan islam.

3. Saya bersyukur dapat memiliki suami yang penyayang, ringan tulang dan bertimbang rasa.

4. Saya bersyukur dikurniakan 3 orang puteri yang comel, cute-mute menjadi penghibur dan juga pengawal kesabaran saya. 

5. Saya bersyukur mempunyai pekerjaan dan dapat menyedikan keperluan anak-anak dengan duit yang halal. Selain membantu suami dalam kewangan keluarga.

6. Saya bersyukur berada di dalam keluarga yang begitu menitikberatkan pertalian keluarga. Cubit paha kanan, paha kiri terasa.

7. Saya bersyukur mempunyai badan yang sihat supaya dapat nelakukan kebaikan dan ibadat dengan baik.

8. Saya bersyukur mempunyai tempat tinggal yang selesa, pakaian yang berganti dan makanan secukupnya.

9. Saya bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman damai.

10. Saya sangat bersyukur dapat berbakti kepada agama dan negara ;-)

19 comments:

  1. Alhamdulillah. Banyak perkara buat kita rasa bersyukur kan mama ..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah bersykur ada keluarga bahagia :)

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya.
    Bersyukur masih diberikan nafas.

    ReplyDelete
  4. Saya bersyukur saya masih diberi kekuatan melawan kesakitan saya.... hehe... all the best for ur life kak...

    ReplyDelete
  5. Blogwalking sini.

    Terima kasih kerana sudi join segmen saya.
    Boleh blogwalking peserta lain disini..

    http://nazirahnyerr.blogspot.com/2015/02/senarai-peserta-segmen-projek-syukur.html?m=1

    Dan jangan lupa tinggalkan, Nama: Alamat:
    No fon di ruangan komen entry tersebut.

    Untuk pengeposan hadiah saguhati.
    4 hadiah misteri menanti yg bertuah.

    **Komen berkenaan detail tidak akan dipublish

    ReplyDelete
  6. Pemenang dah diumumkan..mama menang x?

    ReplyDelete
  7. Tak sempat join. Hehe. Papepun sentiasa bersyukur :)

    ReplyDelete
  8. Jalan-jalan sini dan follow sekali. Jemputlah singgah

    http://dielacraft.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html

    ReplyDelete
  9. atas semua benda kita kena bersyukur =) maaaari ramai2 sebut..
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. saya dah lihat besarnya penangan jiwa yg tidak pandai bersyukur.

    "nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan."

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.