Cabaran 30 Hari | Hari #4 : Buku Kegemaran Mama3Farhanah

Yeahhh....dah masuk cabaran hari ke 4..
Chaiyok, chaiyok..
Cabaran hari ke 4, buku kegemaran  cheq...
Hobi cheq dari kecik sampai la sekarang adalah membaca..
Kadang-kadang sambil makan pun selak buku...
Cuma pada zaman sekarang ni, masing-masing dh tak pegang buku...
Nk membaca, semuanya dihujung jari...
Canggih dah, baca online ja dr ipad, tab...
Macam cheq sekarang ni, suka baca cite-cite dari blogger-blogger...

1. BUKU KEGEMARAN PADA ZAMAN BUDAK-BUDAK


Kisah 5 Sekawan karya Enid Blyton. Kisah pengembaraan 3 adik-beradik (Julian, Dick, Anna) dengan sepupu diaorang (Georgina) dan seekor anjing nama Timmy. Buku ni ada banyak siri dan dulu memang cheq ada koleksinya. Kadang-kadang pinjam kat library, sampai kesudah tak pulangkan, punya la tersangat minat. Selalunya cheq akan imagine kan diri cheq dalam cite diaorg. Best gila bila diorang mengembara sambil menyelesaikan misteri-misteri yang berlaku semasa mereka mengembara. Sekarang buku ni pn dh takdak. Dah 2 kali pindah rumah, mungkin tertinggal atau dh reput...

2. BUKU KEGEMARAN PADA ZAMAN REMAJA


Bukan saja zaman remaja tapi sampai cheq dah beranak sorang, cheq masih gila kumpul koleksi majalah kecik molek ni. Baca berulang-ulqng. Setiap bulan cheq akan pastikan akan membeli setiap keluaran, sampaikan cik husband cheq pn dh faham..kadang-kadang dia yang akan tolong belikan. Mungkin cheq ni suka cite-cite misteri kot. Lagipun banyak pengajaran dalam buku ni. Koleksi buku ni pn masih ada lagi dalam kotak besar kat stor. Tak kuasa cheq nk punggah aihhh.

3.  BUKU KEGEMARAN PADA ZAMAN JIWA DAH JIWANG

Model comel bersama koleksi novel-novel cheq. Kebanyakannya dh bawak balik ke kampung. Tinggal yang ni ja la.

Bila anak dah 2 dan baru pindah ke Kelantan, cheq mula berjinak-jinak baca novel cinta...chewahhh, jiwang karat. Cik husband cheq yang serabut..ye la kannn, novel kan tebal, kalau dh baca cheq memang nk habiskan terus. Takmau stop-stop, hilang feel...dh tu satu keja pn tak jalan la selagi tak abis baca..hehehe. Kalau cite yang sedih, sampai nangis-nangis cheq dibuatnya. Kalau yang cite bab pengkianatan, perampas...mula la cheq maki hamun. Begitu menjiwai watak dalam novel tu.

Sekarang ni minat membaca cheq.ni turun ke si kakak. Masuk kedai ja, tak cukup tangan pilih buku cite..

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

8 comments:

  1. mastika... mama takut nak jadikan kegemaran.. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca je...jgn tengok gambar. Jawabnya malam takleh tido..hihih

      Delete
  2. Kak sama la zaman kecik kita. Best kan kisah lima sekawan tu. hehe. Mastika abg sy dr dulu smpai skg dia beli. Bnyk gila kt umah. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kannn. Walaupn cite tu kadang-kadang tak masuk akal, tapi best. Mastika rumah saya pn banyak. Sejak pndah 3 tahun dulu, saya tak punggah pn, biarla dlm kotak tu jer..

      Delete
  3. wah bagus nye suka membaca dr kecik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kena pantau jugak jenis-jenis buku yang nk dibaca tu. Takut tak bersesuaian dgn umur...;-)

      Delete
  4. akak ni tak minat baca buku..jap g nk terlelap je..minat lagi baca blog :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. Skrg ni nk pegang buku pn payah, semuanya dh di hujung jari...on laptop ja.

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.